Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api

Ahmad Boestamam (30 November 1920 – 19 Januari 1983; nama asal: Abdullah Thani bin Raja Kechil) ialah seorang aktivis politik anti penjajah Inggeris di Malaysia. Beliau ditangkap dan dipenjarakan sebanyak 3 kali. Beliau bersama-sama Ibrahim Yaakob menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM), kemudian menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA), dan kemudiannya menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Beliau menggunakan nama Ahmad Boestamam mulanya sebagai nama pena ketika menubuhkan akhbar Suara Rakyat pada tahun 1945 di Ipoh, Perak. Nama ini lekat sebagai nama yang popular. Beliau juga pernah menggunakan nama pena Ruhi Hayat dan Jiwalara.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama 2004)
384 halaman

RM50.00

Only 1 left in stock

Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api hasil tulisan Ahmad Boestamam yang diterbitkan pada 2004. Buku ini hasil himpunan tiga buku iaitu Lambaian dari Puncak, Merintis Jalan ke Puncak dan Tujuh Tahun Malam Memanjang. Ahmad Boestamam mendapat inspirasi daripada Subhas Chandra Bose, seorang pejuang kemerdekaan India.

Boestamam tersohor sebagai seorang tokoh nasionalis dan penulis yang disegani, tajam dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Pembentangan sejarah tanah air dan perjuangan Boestamam menentang penjajah sewaktu memperjuangkan kemerdekaan dan dilihat dengan jelas menerusi Lambaian dari Puncak. Keterlibatannya dalam politik pula dapat dilihat dengan jelas menerusi Merintis Jalan ke Puncak.

Karya beliau lebih tertumpu kepada pergolakan dalam satu kehidupan yang sarat dengan perjuangan, pengorbanan dan penderitaan yang pernah ditanggungnya. Lewat naskhah Tujuh Tahun Malam Memanjang, Boestamam lebih memberikan tumpuan tentang kisah suka duka pengalaman silamnya yang berkali-kali ditahan dan merana dengan kehidupan hitam di sebalik tirai besi. Edisi terbitan ini menghimpunkan ketiga-tiga karya Boestamam agar dapat dihayati oleh pembaca lain.

Rentetan kehidupan beliau yang gemilang dan tragis dapat dikesan menerusi penulisannya. Justeru, dalam keadaan penerbitan yang segar begini diharapkan generasi muda patut menghayati dan menghargai nilai kemerdekaan yang pernah diperjuangkan oleh Boestamam dan rakan-rakannya. Kekentalan semangat yang ditiup oleh Subhas Chandra Bose turut membakar jiwa Ruhi Hayat sehingga beliau sanggup mengabadikan nama popularnya sebagai Boestamam.

Satu lagi sumbangan besar Boestamam ialah menyusun Testament Politik API. Merdeka dengan darah yang menjadi tema dokumen tersebut begitu sinonim dengan perjuangan hidupnya yang selalu membara. Testament ini menerangkan tentang kebangkitan pergerakan tanpa mengira ras tenaga pemuda dan pemudi di Malaya dan di seluruh dunia. Bahan ini sesuai untuk bacaan masyarakat umum terutama mereka yang berminat dalam bidang sains politik.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.799 kg
Dimensions 15.2 × 3.1 × 22.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789679426120

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.