Sale!

Memoir Hamzah Hussin: Dari Keris Film Ke Studio Merdeka

Hamzah Hussin, lebih mesra dengan panggilan Pak Hamzah ketika hayatnya, merupakan salah seorang daripada pengarang yang menggagaskan penubuhan ASAS50 bersama-sama Keris Mas, Jymy Asmara, dan Asraf; telah mula menulis cerpen sejak dari tahun 1947 hingga ke tahun 1968. Beliau juga terkenal sebagai wartawan dan tokoh perfileman Melayu yang tidak asing lagi. Dalam tempoh tersebut beliau telah menghasilkan tujuh buah novel, iaitu Tarikh Berlari Liar (1949), Di Mana Terbitnya Si Matahari (1950), Rumah Itu Dunia Aku (1951), Pemburu ke Rumah (1952), Samseng (1956), Hujan Air Mata (1958), dan Rumah Kosong (1965). Selepas meninggalkan ASAS50, beliau menubuhkan Persatuan Angkatan Persuratan Melayu baru yang berlandaskan ‘seni untuk seni’. Hamzah Hussin kemudian terjun ke dunia perfileman sebagai perunding pembikinan filem selain menjadi penulis berpuluh skrip. Beliau meninggal dunia pada 21 April 2007 pada usia 80 tahun kerana sakit tua di rumahnya di French Road, Singapura.

Penerbit UKM (Cetakan Kedua 2004)
141 halaman

RM17.50 RM15.00

Only 1 left in stock

Product ID: 1107 Categories: ,

Dalam Memoir Hamzah Hussin: Dari Keris Film Ke Studio Merdeka, penulis melakarkan kembali detik-detik awal perkembangan dunia perfileman melayu hingga dekat 90-an.

Ho Ah Loke mencetuskan saingan terhadap Shaw Brothers apabila menubuhkan Rimau Film Production. Beliau mahu memecahkan monopoli Shaw dalam pengeluaran dan pengedaran filem Melayu. Bermulalah perang antara dua gergasi, Cathry Organisation dengan Shaw Brothers. Rimau Film Production adalah perkongsian Ho Ah Loke dengan syarikat Gian Singh, Singapura yang mengedar filem Hindustan untuk rangkaian Cathay.

Usahasama ini kemudiannya berpecah kerana Gian Singh Film Distributors tidak lagi mahu menuangkan wang ke dalam suatu usahasama yang tidak menguntungkan. Pemecahan monopoli bukanlah semata mata untuk mewujudkan syarikat pengeluaran filem baru di Singapura, tetapi pertimbangan yang lebih besar adalah untuk mencari untung. Ho Ah Loke kemudian menubuhkan syarikatnya sendiri, iaitu Keris Film pada 1953.

Beliau mahu mencetuskan yang menggegarkan Shaw Brothers. Ternyata strategisnya itu belum cukup matang dan kuat untuk memberi kesan kepada pihak lawan. Maklumlah Shaw Brothers sudah teguh sebagai pengeluar filem Melayu yang unggul. Loke Wan Tho, kemudian menjadi rakan kongsi Ho Ah Loke dalam usaha mengeluarkan filem melayu. Daripada perkongsian itu, lahirnya Cathay Keris pada tahun 1954.

Dalam tahun pertama Cathay Keris menghasilkan enam buah filem, kesemuanya diarah oleh dua pengarah yang ditarik daripada Shaw Brothers, iaitu B.S. Rajhans dan L. Krishnan. Shaw Brothers mula merasai kesannya. lalu menukar namanya kepada Malay Film Productions sesuai dengan kegiatannya mengeluarkan filem Melayu.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.287 kg
Dimensions 15.2 × 1.2 × 23.0 cm
Edition

Format

ISBN

9789679423600

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Memoir Hamzah Hussin: Dari Keris Film Ke Studio Merdeka”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…

  • Bintang Bukan Saja Di Langit
    Sale!

    Bintang Bukan Saja di Langit

    , RM20.00 RM15.00
  • Pagar Bukan Penjara Kumpulan Cerpen 1947—1968 Hamzah Hussin

    Pagar Bukan Penjara: Kumpulan Cerpen 1947—1968

    RM60.00