Memoir Hamzah Hussin: Dari Keris Film Ke Studio Merdeka

HAMZAH HUSSIN, lebih mesra dengan panggilan Pak Hamzah ketika hayatnya, merupakan salah seorang daripada pengarang yang menggagaskan penubuhan ASAS50 bersama-sama Keris Mas, Jymy Asmara, dan Asraf; telah mula menulis cerpen sejak dari tahun 1947 hingga ke tahun 1968. Beliau juga terkenal sebagai wartawan dan tokoh perfileman Melayu yang tidak asing lagi.

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, 2004)
141 halaman

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM18.00

In stock

Dalam Memoir Hamzah Hussin: Dari Keris Film Ke Studio Merdeka, penulis melakarkan kembali detik-detik awal perkembangan dunia perfileman melayu hingga dekat 90-an. Ho Ah Loke mencetuskan saingan terhadap Shaw Brothers apabila menubuhkan Rimau Film Production. Beliau mahu memecahkan monopoli Shaw dalam pengeluaran dan pengedaran filem Melayu. Bermulalah perang antara dua gergasi, Cathry Organisation dengan Shaw Brothers. Rimau Film Production adalah perkongsian Ho Ah Loke dengan syarikat Gian Singh, Singapura yang mengedar filem Hindustan untuk rangkaian Cathay.

Usahasama ini kemudiannya berpecah kerana Gian Singh Film Distributors tidak lagi mahu menuangkan wang ke dalam suatu usahasama yang tidak menguntungkan. Pemecahan monopoli bukanlah semata mata untuk mewujudkan syarikat pengeluaran filem baru di Singapura, tetapi pertimbangan yang lebih besar adalah untuk mencari untung. Ho Ah Loke kemudian menubuhkan syarikatnya sendiri, iaitu Keris Film pada 1953.

Beliau mahu mencetuskan yang menggegarkan Shaw Brothers. Ternyata strategisnya itu belum cukup matang dan kuat untuk memberi kesan kepada pihak lawan. Maklumlah Shaw Brothers sudah teguh sebagai pengeluar filem Melayu yang unggul. Loke Wan Tho, kemudian menjadi rakan kongsi Ho Ah Loke dalam usaha mengeluarkan filem melayu. Daripada perkongsian itu, lahirnya Cathay Keris pada tahun 1954. Dalam tahun pertama Cathay Keris menghasilkan enam buah filem, kesemuanya diarah oleh dua pengarah yang ditarik daripada Shaw Brothers, iaitu B.S. Rajhans dan L. Krishnan. Shaw Brothers mula merasai kesannya. lalu menukar namanya kepada Malay Film Productions sesuai dengan kegiatannya mengeluarkan filem Melayu.

Senarai Gambar
Penghargaan

1. Permulaan
2. Tahap Awal Selepas Perang
3. Warna Menjadi Pilihan
4. Sistem Studio
5. Sasterawan Sebagai Pengarah
6. TV Menjejaskan Filem Melayu
7. Ragam Tema Filem Melayu
8. Pontianak Menguntungkan
9. Perintis dan Pencabar
10. Mogok dan Kesatuan Buruh
11. Mitos Yunani Jadi Tema
12. Era Kerjasama
13. Ho Ah Loke dan Keris Films
14. Hussin Hanif dan Hang Jebat
15. Era Baru Filem Melayu
16. Filem Cina dalam Industri Filem Melayu
17. Cabaran Sebenar
18. Badang Dipersoalkan
19. Daripada Novel dan Bangsawan kepada Filem
20. Studio Merdeka
21. Keluarga Comat Menempa Sejarahnya Sendiri
22. Era Bumiputera
23. Perkembangan Filem Dekad 80-an dan 90-an
24. Kejayaan dan Keyakinan Baru Dekad 90-an

Indeks

Weight0.287 kg
Dimensions23 × 15.2 × 1.2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.