Memoir Khatijah Sidek: Puteri Kesateria Bangsa

KHATIJAH SIDEK (1918-1982) atau nama sebenarnya Che Khadijah Mohd Sidik, adalah ahli politik dan nasionalis Melayu sewaktu zaman kolonial Malaya dan ketua Kaum Ibu UMNO pada tahun 1954.

Terjemahan kepada Bahasa Melayu oleh ABDUL RAHMAN EMBONG

Penerbit UKM (Cetakan Ketiga, 2010)
190 halaman termasuk Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM20.00

In stock

ISBN: 9789679423082 Product ID: 1815 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Memoir Khatijah Sidek: Puteri Kesateria Bangsa merupakan karya terjemahan daripada memoir asalnya yang telah disiarkan secara bersiri dalam majalah Eastern Horizon yang diterbitkan oleh Ta Kung Pao di Hong Kong pada pertengahan tahun 1960-an. Naskhah asal dalam bahasa Melayu tidak dapat dikesan. Versi bahasa Melayu ini telah diterjemahkan oleh Abdul Rahman Embong dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia dan naskhah asal dalam bahasa Inggeris telah diperolehi dan disunting oleh Prof K.S. Jomo.

Khatijah Sidek ialah pemimpin wanita UMNO yang pertama dengan lantang dan terbuka memperjuangkan supaya hak wanita dalam parti disamatarafkan dengan hak kaum lelaki. Di Persidangan Agung UMNO 1953, beliau menuntut supaya kaum ibu diberikan hak mengundi dan ditambahkan bilangan wakil mereka di peringkat kebangsaan. Gaya bicara dan tindakan beliau di persidangan ini telah menjadikan beliau lebih kontroversial di kata mata ahli biasa dan pemimpin konservatif dalam UMNO yang belum bersedia untuk memberi tempat kepada wanita dalam pucuk pimpinan parti.

Beliau dilabel sebagai keterlaluan, panas baran dan tidak sesuai untuk perjuangan UMNO yang mempunyai imej sederhana, mementingkan cara perundingan, mengelak daripada pertentangan terbuka, bertolak ansur dan mengalah kepada pucuk pimpinan. Ini bertentangan dengan gaya kepimpinan beliau sendiri yang sentiasa bersifat berani, mencabar dan menentang sebarang penyelewengan atau kelemahan secara terbuka. Gaya inilah yang banyak menyebabkan sejarah kegiatan politik Khatijah Sidek dirempahi oleh ketegangan, krisis pucuk pimpinan dan penyingkiran. Demikianlah Khatijah memperlihatkan bagaimana gaya politik kita yang sejak dahulu sering menenggelamkan orang-orang seperti beliau.

Senarai Gambar
Prakata Editor
Kata Pengantar
Pengenalan

1. Masa Kecilku
2. Perjuangan Kemerdekaan
3. Kekuatan Bersama
4. Kita Semua Satu Rumpun
5. Kehidupan di Penjara
6. Restoran Merdeka
7. Perkauman di Malaya
8. Wanita Malaya dan Merdeka
9. Kaum Ibu UMNO
10. Kerusi untuk Kaum Wanita
11. Menyara Hidup
12. Malaya Merdeka
13. Impian Saya

Indeks

Weight0.308 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.1 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.