Out of stock

Memoir Pegawai Perhilitan: Cerita dari Rimba

JASMI ABDUL adalah pesara Pegawai PERHILITAN yang bertugas sejak tahun 80-an.

DBP (Cetakan Kedua, 2020)
327 halaman termasuk Indeks

RM50.00

Out of stock

ISBN: 9789834922443 Product ID: 27013 Category: Sub-subjects: , , , ,

Memoir Pegawai Perhilitan: Cerita dari Rimba memuatkan himpunan koleksi 33 buah kisah benar suka duka yang telah dialami oleh penulis sepanjang mengharungi kehidupan sebagai seorang pegawai PERHILITAN selama hampir 29 tahun. Di samping itu, terdapat satu bab khas yang memperincikan segala persiapan serta petua-petua penting bagi kemandirian diri (self survival) kepada mereka yang ingin mengembara di dalam hutan bagi jangka masa yang agak lama dengan hanya berbekalkan makanan dan peralatan yang minimum.

Latar penceritaan ini bermula sekitar tahun 1980, ketika penulis mula ditugaskan di Ibu Pejabat PERHILITAN Kuala Lumpur sebelum ditukarkan ke Kuala Tahan, Taman Negara Pahang dan menggalas tanggungjawab sebagai Penguasa Taman Negara pada usia yang masih muda, iaitu 31 tahun. Penulis telah diberi peluang untuk menimba pengalaman berada di hutan sehinggalah beliau bersara wajib daripada perkhidmatan awam pada 6 September 2007. Kesemua kisah ini masih menjadi ingatan kepada penulis dan juga kepada mereka yang terlibat ketika menjalankan tugas-tugas di dalam hutan rimba sama ada dalam ekspedisi mencari rintis baru, menyelamatkan hidupan liar, penguatkuasaan undang-undang serta tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Ketua Pengarah PERHILITAN dari semasa ke semasa.

Matlamat ulama penulis mencoretkan kisah-kisah ini adalah untuk berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang seangkatan dengan beliau atau mereka yang ada bersama-sama beliau ketika peristiwa ini berlaku sebagai bacaan dan tatapan kepada anak cucu mereka. Selain itu, buku ini juga boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada mereka yang mempunyai jiwa cinta akan alam semula jadi serta hidupan lIlar terutamanya dalam kalangan kakitangan Jabatan PERHILITAN sendiri yang masih berada dalam perkhidmatan.

Prakata
Penghargaan

BAB 1 Terserempak Tapak Harimau Taman Negara

BAB 2 Mimpi Ngeri di Rumah Penguasa

BAB 3 “Sikapak” Naik Angin

BAB 4 Nyaris Hanyut di Sungai Tembeling

BAB 5 Kali Pertama Mendaki Gunung Tahan

BAB 6 Hampir Terbakar di Bukit Malang

BAB 7 Kumbang Sahabatku Yang Baik

BAB 8 Merentasi Denai Sungai Badong

BAB 9 Menjejak Rintis Mat Kilau

BAB 10 Nyaris Lemas di Lata Berkoh

BAB 11 Badak Sumbu di Bukit Gebok

BAB 12 Pemburu Pelanduk Terperangkap

BAB 13 Harimau Belang Sungai Tekam

BAB 14 Gajah Mati Dua Kali

BAB 15 Bermesyuarat di Slimbridge, London

BAB 16 Meneroka Rintis KE Puncak Gunung Tahan

BAB 17 Hantu Andang di Puncak Gunung Tahan

BAB 18 Badak Mengamuk di Taman Negara Chitwan, Nepal

BAB 19 Menyelamat Seladang Jantan Simpang Pulai

BAB 20 Mek Jah Naik Minyak

BAB 21 Menangkap Burung Kuang Gunung

BAB 22 Mendaki Bukit Terisek Bersama-Sama Putera Philip

BAB 23 Menyelamat Badak Sungai Ara

BAB 24 Menangkap Buaya Puchong

BAB 25 Gara-Gara Cuba Dirasuah

BAB 26 Berlanggar Dengan Bot Orang Asli

BAB 27 Berpuasa di Tokyo

BAB 28 Terbang ke New York

BAB 29 Memburu Harimau Pulau Tujuh

BAB 30 Tragedi di Hutan Belum

BAB 31 Ditikam Gajah Sungai Siput

BAB 32 Tenggelam di Lombong Sungai Galah

BAB 33 Minum Pagi Bersama-Sama Perdana Menteri

BAB 34 Persediaan Kepada Pengembara Hutan

Dalam Kenangan
Biodata Penulis
Indeks

Weight 0.504 kg
Dimensions 22.6 × 15.3 × 1.8 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Memoir Pegawai Perhilitan: Cerita dari Rimba”

Your email address will not be published. Required fields are marked *