Memoir Penghulu Dato’ Zainal Abidin Lati

HARUN JOHARI adalah penulis bebas dan telah menghasilkan karya dalam bentuk biografi dan novel sejarah. Bekas anggota Rejimen Askar Melayu Diraja ini juga meminati bidang seni lukis. Beliau adalah pengasas Persatuan Pelukis Negeri Sembilan (PELUKIS) dan sehingga kini menjadi anggota kehormat persatuan itu.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2002)
81 halaman, termasuk Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM15.00

Only 1 left in stock

Product ID: 21480 Subject: Sub-subjects: , ,

Memoir Penghulu Dato’ Zainal Abidin Lati adalah sebuah biografi salah seorang penghulu terkenal di Negeri Sembilan, dalam Mukim Labu. Beliau berkhidmat kepada Yang DiPertuan Besar dan Undang Luak sebelum menyambungnya dalam Pemerintahan Tentera British dan Jepun semasa penjajahan.

Penghulu dan penggawa pernah menjadi institusi penting dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Institusi raja bergantung pada penghulu dan penggawa dalam hubungannya dengan rakyat jelata. Sistem moden Dewan Undangan Negeri dan pemilihan wakil rakyat melalui pilihan raya diperkenalkan di negara ini pada tahun 1959. Sebelum itu pentadbiran secara tradisional diamalkan sepenuhnya. Segala usaha pembangunan kawasan atau mukim di setiap daerah di Negeri-Negeri Tanah Melayu adalah tanggungjawab Penghulu serta Penggawa mukim untuk melaksanakannya. Maju mundur sesebuah Mukim itu terletak kepada kebijaksanaan kepemimpinan mereka. Dekad-dekad itu adalah dekad penerokaan ke era pemodenan pentadbiran negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Kesinambungannya sebagai penghulu bukan semata-mata kerana darah keturunannya dari kalangan atasan, kerana apabila sistem demokrasi moden diterima, rakyat menghantarnya ke Dewan Undangan Negeri menerusi pilihanraya. Beliau disayangi penduduk kerana iltizamnya yang tinggi dalam memajukan kampung. Rekod perkhidmatannya yang cemerlang disenangi oleh istana, British dan Jepun. Sepanjang khidmatnya sebagai Penghulu, banyak sekolah baru dibuka dalam Mukimnya termasuk sekolah Inggeris untuk anak-anak Melayu dan sekolah khas untuk anak-anak orang asli.

Orang Melayu menolak sekolah Inggeris yang dipandang sekular dan Kristian. Namun Penghulu Zainal menongkah arus demi memajukan fikiran anak bangsanya. Beliau berusaha mendapatkan tanah untuk tapak sekolah berpakat dengan Inggeris bagi memulakan sekolah baru. Beliau menggunakan helah memujuk pegawai tentera Jepun daripada mengerahkan tenaga muda lelaki ke sempadan Thailand-Burma. Apabila British menguasai semula Tanah Melayu, Penghulu Zainal bersama pemimpin Melayu lain di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar menggerakkan kesedaran bagi menolak Malayan Union.

Sehubungan dengan itu untuk mengenali seorang tokoh penghulu mukim bagi dekad tersebut yang telah berusaha menyemai bakti kepada anak bangsanya, marilah kita mengikuti Memoir Penghulu Dato’ Zainal Abidin Lati seorang penghulu mukim pada 1931 64 di Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau adalah di antara pengasas Persatuan Penghulu Negeri Sembilan yang ditubuhkan pada 1949, juga salah seorang pengasas kepada Persatuan Penghulu Penggawa Mukim Negeri-negeri Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 1950.

Weight0.186 kg
Dimensions22.1 × 15.3 × 0.7 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.