Memoir Politik Asri: Meniti Arus

TAN SRI DATO’ DR. HAJI MOHD ASRI BIN HAJI MUDA (10 Oktober 1924 – 28 Ogos 1992) atau Dato’ Asri merupakan bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Penerbit UKM (2016)

136 halaman

ISBN 9789674123055

 

 

RM30.00

Only 1 left in stock

Memoir Politik Asri: Meniti Arus

Pekikan kalimah Iran ‘Marakbar Asri’ (pergi mampus Asri) yang berselang seli dengan kalimah Allahuakbar! Dalam muktamar ke-28 PAS, Oktober 1982 akhirnya menumbangkan Asri daripada kepimpinannya.

Pada ketika itu, pemuda PAS hanya ada satu tekad “Menegakkan Negara Islam di Malaysia”.

Sepuluh tahun kemudian Asri menulis memoir politiknya dan PAS belum lagi dapat melaksanakan quo vandis itu.

Sebaliknya, PAS terpaksa berkongsi kuasa di Kelantan dan mempunyai wakil dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu, Perlis, Kedah dan Perak.

Politik kompromi cara Asri bahkan memberi tempat kepada PAS dalam kabinet pusat, menjadi exco negeri, selain wakil PAS dapat hadir dalam Dewan Negara, menjadi duta dan menduduki beberapa badan berkanun.

Demikianlah Asri memperlihatkan political will yang ada padanya sehingga turut diajak membangunkan semula kedudukan politik negara yang telah runtuh sama sekali sesudah pilihan raya umum 1969.

Kini, Asri sudah tiada. Apakah PAS tetap mahu menolak politik kompromi cara Asri, tetapi pada masa yang sama berkongsi kuasa dengan Semangat 46 di Kelantan?

Double standard PAS dalam mempertahankan quo vandis negara Islamnya itu sudah lama ditolak oleh Asri kerana itu juga menurut Asri adalah penolakan rakyat.

Sekapur Sireh

Saya masih teringat, kira-kira hampir dua tahun yag lalu, ketika Dr. Wan Hashim Wan Teh menyampaikan hasrat Universiti Kebangsaan Malaysia menjemput saya untuk menjadi Karyawan Tamu di Institusi Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, saya diserang oleh dua perasaan yang bertentangan

Pertama, saya merasa begitu terharu dan gembira kerana serang yang sudah tua seperti saya ini dirasakan masih lagi berguna, khususnya kepada sebuah menara gading seperti UKM. Saya menganggap ini suatu penghormatan yang tinggi kepada saya kerana pada kebiasaanya, perlantikan sebagai Karyawan Tamu cuma dikhususkan kepada mereka yang mempunyai kepakaran tertentu sahaja. Seperti A. Samad Ismail umpamanya, dia seorang penulis yang pintar dan seorang wartawan veteran dan profesional yang tidak perlu diragui kepakarannya dalam bidang penulisan. Malangnya, saya tidak mempunyai kepakaran khusus dan pengalaman yang mencukupi dalam bidang ini seperti A. Samad Ismail.

Kedua ialah perasaan gementar atau gemuruh saya untuk menerima tawaran ini. Saya khuatir kemampuan saya yang amat rendah ini (dalam bidang penulisan) tidak mencapai hasrat atau harapan yang diletakkan oleh UKM ke atas bahu saya. Dengan itu, saya dikuasai oleh rasa keberatan pula untuk menerima tawaran yang amat tinggi ini.

Namun, Dr. Wan Hashim yang membahasakan kepada saya dengan panggilan mesra ‘Pak Tua’ berkali-kali berkunjung ke rumah saya untuk memberi keyakinan bahawa dengan latar belakang persuratan yang pernah saya lalui pada zaman lampau, beliau penuh yakin saya mampu menghasilkan sesuatu dalam masa setahun-dua di UKM. Malah, isteri saya Sakinah juga turut memberi perangsang dan galakan agar saya dapat menghasilkan sesuatu untuk ditinggalkan, sebelum saya menutup mata meninggalkan alam yang fana ini.

Akhirnya, saya menerima tawaran dari UKM itu dengan harapan agar Dr. Wan Hashim sendiri dan rakan-rakan lain di IBKKM dapat memberi bimbingan kepada saya yang sudah semakin tua ini.

Kerja-kerja penulisan Memoir Politik Asri: Meniti Arus ini melalui dua tahap. Pertama dengan saya bercerita secara topik demi topik, iaitu mengikut urutan sejarah, dengan dibantu oleh Puan Kalthum bt. Ibrahim yang kemudiannya mengemaskannya ke dalam bentuk teks. Selepas selesai tahap bercerita ini, saya meneliti semula teksnya untuk dipinda, ditambah dan dibersihkan.

Walaupun akhirnya saya merasa berpuas hati dengan apa yang saya hasilkan, tetapi saya masih tetap ragu-ragu apakah hasil usaha saya selama setahun (Januari hingga Disember 1991) di IBKKM ini berguna untuk masyarakat di Universiti dan kepada orang ramai? Namun, saya terpaksa mengakui itulah sahaja kemampuan yang dapat saya berikan sebagai seorang yang tidak begitu mahir dalam bidang penulisan. Selepas projek ini saya bercita-cita menulis sebuah lagi buku mengenai ‘Politik Bangsa Melayu di Zaman Empat Perdana Menteri’, khusus mengenai pertikaian dan kerjasama di antara PAS dan UMNO. Tetapi apakah saya mampu menyelesaikannya, belumlah dapat dipastikan.

Saya amat terhutang budi kepada Dato’ Wan Hashim Wan Teh yang telah bersusah payah membimbing saya dan memungkinkan saya dapat menghasilkan Memoir Politik Asri: Meniti Arus ini; kepada Prof Dato’ Ismail Hussein bekas Pengarah IBKKM yang telah memberi ruang dan masa untuk saya berada di kampus UKM yang indah ini; kepada A. Samad Ismail yang turut sama menghidupkan suasana berforum di IBKKM pada setiap pagi Khamis semasa kami bertemu di majlis seminar mingguan dan kepada semua rakan-rakan lainnya di IBKKM terutama sekali Tuan Syed Othman Syed Omar, Sdr. A. Halim Nasir, Puan Kalthum Ibrahim, serta semua kakitangan am yang memberi keselesaan kepada saya untuk menjadi ‘tetamu’ dan ‘mahasiswa tua’ di sini. Terima kasih juga kepada Penerbit UKM yang membaiki dan menerbitkan Memoir Politik Asri: Meniti Arus ini.

Tidak ketinggalan saya menyampaikan setinggi penghargaan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah sudi menerima saya di UKM, dan istimewa kepada isteri saya Sakinah bt. Junid yang merestui saya menerima jawatan baru ini di samping memberi lham dan dorongan untuk saya menyiapkan Memoir Politik Asri: Meniti Arus ini. Kepada isteri saya Sakinah, buku ini saya tujukan.

Mohd. Asri Muda
No. 10, Lorong Titiwangsa 5,
Off Jalan Pahang
Kuala Lumpur

 

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.240 kg
Dimensions 15 × 0.8 × 22.7 cm
Edition

Format

ISBN

9789674123055

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Memoir Politik Asri: Meniti Arus”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.