Out of stock

Memoir Politik Asri: Meniti Arus

MOHD ASRI BIN HAJI MUDA (1924 – 1992) merupakan bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2016)
136 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM30.00

Out of stock

ISBN: 9789674123055 Product ID: 4056 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Memoir Politik Asri: Meniti Arus merupakan sebuah memoir tulisan Asri Muda, bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mengisarkan perjuangan beliau bersama parti politik itu sehinggalah disingkirkan daripada kepimpinan pusat PAS sekitar tahun 1982. Pekikan kalimah Iran ‘Marakbar Asri’ (pergi mampus Asri) yang berselang seli dengan kalimah Allahuakbar dalam muktamar ke-28 PAS, Oktober 1982 akhirnya menumbangkan Asri daripada kepimpinannya. Pada ketika itu, pemuda PAS hanya ada satu tekad “Menegakkan Negara Islam di Malaysia”. Sepuluh tahun kemudian Asri menulis memoir politiknya dan PAS belum lagi dapat melaksanakan quo vadis itu. Sebaliknya, PAS terpaksa berkongsi kuasa di Kelantan dan mempunyai wakil dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu, Perlis, Kedah dan Perak.

Politik kompromi cara Asri bahkan memberi tempat kepada PAS dalam kabinet pusat, menjadi exco negeri, selain wakil PAS dapat hadir dalam Dewan Negara, menjadi duta dan menduduki beberapa badan berkanun. Demikianlah Asri memperlihatkan political will yang ada padanya sehingga turut diajak membangunkan semula kedudukan politik negara yang telah runtuh sama sekali sesudah pilihan raya umum 1969. Kini, Asri sudah tiada. Apakah PAS tetap mahu menolak politik kompromi cara Asri, tetapi pada masa yang sama berkongsi kuasa dengan Semangat 46 di Kelantan? Double standard PAS dalam mempertahankan quo vadis negara Islamnya itu sudah lama ditolak oleh Asri kerana itu juga menurut Asri adalah penolakan rakyat.

Senarai Gambar
Sekapur Sirih
Kata Pengantar

1. Latar Belakang
2. Mula Berjuang dalam PAS
3. Konvensyen Nasional
4. Mencari Ganti Pemimpin
5. PAS Kelantan dan Terengganu
6. Menghadapi Pilihan Raya
7. Pilihan Raya 1959
8. Kelantan Bawa Malaysia ke Mahkamah
9. Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri
10. Konfrontasi dan Pilihan Raya 1964
11. Memikul Tanggungjawab Parti
12. Tumbangnya Kerajaan PAS Terengganu
13. Peristiwa Lompat-melompat
14. Tuduhan Penyelewengan Kerajaan Negeri
15. Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan
16. Kerajaan PAS-Perikatan (UMNO) 1973
17. Kerajaan Campuran dan Barisan Nasional
18. PAS Dikeluarkan daripada Barisan Nasional
19. Isu Kafir-mengkafir dan Revolusi Iran
20. Saat-saat Akhir dalam PAS
21. Perletakan Jawatan Yang Dipertua Agung PAS

Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3
Lampiran 4
Rujukan
Indeks

Weight0.24 kg
Dimensions22.7 × 15 × 0.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.