Out of stock

Memoir Shaharom Husain: Selingkar Kenangan Abadi

SHAHAROM HUSAIN adalah seorang bekas guru Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Beliau juga seorang sejarawan dan penggiat drama serta penulis yang prolifik. Karyanya meliputi pelbagai genre termasuk novel, skrip drama dan biografi. Sebelum ini Penerbit UKM menerbitkan autobiografi beliau berjudul Memoir Shaharom Husain: Selingkar Kenangan Abadi (1996). Kerana ketokohan dan sumbangannya yang besar beliau dianugerahkan ijazah sarjana kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan kemudiannya ijazah doktor kehormat daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 1996)
411 halaman termasuk Indeks

RM40.00

Out of stock

Product ID: 21945 Subject: Sub-subjects: , ,

Memoir Shaharom Husain: Selingkar Kenangan Abadi ini terkandung di dalamnya pengalaman penulis sendiri selama setengah abad berkecimpung dalam lima bidang, iaitu sejak mulai menulis hingga kini (1934-85). Bidang-bidang itu ialah pelajaran dan pendidikan, bahasa dan sastera, sejarah, kebudayaan, khasnya drama, dan politik.

Antara bidang-bidang ini, bidang pelajaran dan pendidikan paling banyak menyentuh soal-soal penghidupan dan pengalaman penulis sebagai seorang murid sekolah Melayu, seorang penuntut atau guru pelatih di beberapa buah maktab perguruan Zaman Melayu Penjajahan Inggeris, maktab perguruan Jepun dan juga maktab Zaman Merdeka. Memoir ini juga merakam pengalaman dan kenangan penulis sebagai seorang guru sekolah Melayu, guru dan jurubahasa Jepun serta seorang guru maktab perguruan zaman penjajahan Inggeris dan zaman merdeka.

Dengan serba ringkas tetapi penting penulis tuliskan latar lakang pertumbuhan dan perkembangan pelajaran dan pendidikan bermula di Teluk Belanga. Pada waktu itu negeri Johor belum menerima sistem pelajaran yang dibawa masuk oleh penjajah Inggeris hingga ke zaman penjajah Inggeris dan merdeka. Memperkatakan pertumbuhan dan perkembangan itu, penulis singgung pula peristiwa sejarah berdirinya maktab-maktab latihan (guru) Melayu Singapura, Melaka, Matang, Johor Bahru dan Maktab Latihan Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim.

Di samping itu, penulis menerangkan latar belakang sejarah perjuangan beberapa orang tokoh guru penulis yang lahir dari maktab-maktab tersebut dalam bahasa dan sastera dan politik. Berhubung dengan penglibatan beliau dalam penulisan untuk perkembangan bahasa dan sastera, dalam memoir ini, penulis menerangkan beberapa buah buku karangan beliau sendiri yang menyentuh soal-soal bahasa dan sastera, novel, drama dan lain-lain.

Penulis juga di dalam Memoir Shaharom Husain: Selingkar Kenangan Abadi menyentuh sumbangan-sumbangan karangan yang berupa makalah-makalah, buku-buku novel, drama. kajian sastera, buku-buku pengembaraan dan lain-lain yang telah lahir, serta isi dan tujuan beliau mengarang semua itu. Beberapa kegiatan memimpin badan-badan budaya, seperti bahasa, sejarah serta kesenian dan membuat lawatan dan penyelidikan ke beberapa tempat di dalam dan di luar negara. Hasil lawatan dan penyelidikan itu dibukukan.

Sehubungan dengan itu, menerusi badan-badan sejarah, bahasa dan kesenian, saya mengarang skrip drama sejarah/moden dan mementaskannya, kemudian skrip-skrip itu dibukukan dan dilahirkan untuk dipentaskan di beberapa buah tempat di seluruh negara. Secara langsung dan tidak langsung, penulis juga telah terlibat dalam perjuangan politik di peringkat awal dan seawal kedatangan Malayan Union. Kemudian, menerusi penulisan, penulis berpolitik untuk menyedar dan membangkitkan semangat para pembaca agar berjuangan terus menumbangkan Malayan Union dan mencapai kemerdekaan.

Sebab itu, segala peristiwa yang penulis tuliskan dalam buku ini adalah kenangan yang tidak dapat dilupai, dan sebagai sumbangsih dan bingkisan kenangan yang sangat kecil daripada penulis kepada para pembaca – bangsa, negara dan agama.

Weight0.789 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 3 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author