Mencapai Ketinggian Dunia Akhirat

ZA’BA (1895-1973) adalah penulis dan ahli fikiran serta ahli Bahasa Melayu yang paling terkenal pada hari ini di seluruh Malaya hingga ke Indonesia.

DBP (Cetakan Ketiga, 2015)
152 halaman

RM20.00

In stock

ISBN: 9789836209535 Product ID: 4378 Subject: Sub-subjects: ,

Mencapai Ketinggian Dunia Akhirat merupakan himpunan 15 rencana tulisan Pendeta Za’ba yang ditulisnya pada sekitar 1952 dan 1953. Rencana-rencana ini telah disiarkan dalam majalah Qalam. Walaupun, rencana ini telah ditulis hampir 40 tahun yang lalu, namun persoalan yang dikemukakan, pembaikan yang dicadangkan masih panas dan relevan pada zaman ini.

Persoalan falsafah hidup Melayu yang sering dibincangkan oleh ahli akademik, ahli politik dan oleh orang Melayu sendiri bukan sahaja sejak negara ini merdeka, sebenarnya, telah dibincangkan dengan panjang lebar pada zaman sebelum merdeka lagi. Ahli fikir Melayu seperti Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaludin. Za’ba dan sebagainya telah banyak melahirkan idea dan fikiran, kritikan dan nasihat bagi memajukan masyarakat Melayu.

Za’ba, sebagai pemikir dan pendakwah kepada bangsanya, telah tidak bosan-bosan dan dengan penuh sabar meluahkan ilmu dan pengalaman yang dimilikinya sama ada yang digarap melalui perpustakaan, pemerhatian dan pergaulan tentang punca masalah yang dihadapi oleh orang Melayu dan cara menyelesaikannya. Za’ba lebih cenderung melihat kelemahan orang Melayu dari faktor dalaman. Orang Melayu sendiri yang menjadi punca masalah kemunduran orang Melayu. Maka itu, dalam dakwahnya, beliau menyarankan dengan serius tentang pentingnya perubahan teologi. Za’ba amat percaya, bahawa teologi memainkan peranan yang ampuh dalam membentuk peribadi dan psikologi orang Melayu. Oleh yang demikian, kita melihat Za’ba menggunakan ayat Quran dan hadis, sejarah dan juga pepatah Arab bagi mengobarkan perubahan.

Sebagai hasil penulisan seorang pendeta bahasa Melayu, maka bahasa dan gaya bahasa Allahyarham dikekalkan seperti asalnya. Tujuannya untuk menjadikan keseluruhan karya ini iaitu Mencapai Ketinggian Dunia Akhirat , pengganti diri dalam membangunkan bangsanya. Didoakan semoga Allah menggandakan pahala sedekah jariahnya ini dan diampuni segala dosa-dosanya.

Pengantar

BAHAGIAN I: ASUHAN PERANGAI
1. Asuhan Perangai Menurut Islam
2. Jangan Seperti Hati Tikus
3. Undang-undang Tuhan kepada Makhluk-Nya
4. Kepentingan Perangai yang Mulia
5. Meneladani Rasulullah
6. Tak Lebih Arab daripada Ajam

BAHAGIAN II: KEWAJIPAN MANUSIA KEPADA DIRI SENDIRI
7. Tubuh Badan dan Harta Benda
8. Hati dan Budi Pekerti
9. Keselamatan dan Perangai
10. Kesihatan dan Akhlak
11. Menahan Hawa Nafsu

BAHAGIAN III: PERANGAI BERGANTUNG PADA DIRI SENDIRI
12. Mencari Kejayaan
13. Kekurangan Kita
14. Jangan Bertaklid Buta
15. Bersendiri pada Ilmu dan Amalan

Weight0.175 kg
Dimensions21.5 × 13.9 × 0.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author