Mengapa Saya Tidak Ikut U-Wei

MOHD SHAH IBRAHIM adalah ahli asal Kopratasa, sebuah kumpulan penyanyi dari Malaysia. Beliau kekal menjadi ahli kumpulan tersebut secara tidak rasmi dan telah menyumbangkan beberapa gubahan lagu untuk Kopratasa.

DBP (Cetakan Pertama, 2022)
247 halaman termasuk Indeks

RM55.00

Only 1 left in stock

Mengapa Saya Tidak Ikut U-Wei merupakan himpunan anekdot pengalaman penulis mengenai satu-satunya sutradara yang rapat dengan beliau serta serba sedikit mengenai pengalaman dan apa-apa yang penulis tahu mengenai dunia filem. U-Wei sahabat yang membawa penulis berada di pinggiran dunia filem. Penulis sekadar mencatat pengalaman yang mungkin sedikit sebanyak membuka minda para pengamal dan peminat filem. Mungkin ramai orang berpendapat buku ini tidak menyentuh dunia filem tempatan secara menyeluruh. Memang benar, penulis tidak pernah berhasrat untuk menulis mengenai sejarah filem Melayu.

Sudah banyak ditulis mengenai sejarah filem Melayu sejak zaman Jalan Ampas dan Cathay Keris. Begitu juga memoir yang ditulis oleh beberapa orang pengarah dan pelakon yang boleh dirujuk daripada daftar buku filem Finas. Penulis hanya menulis perihal apa-apa yang penulis alami dan apa-apa yang beliau tahu. Dalam pada itu, penulis turut mengusik beberapa perkara secara sambil lalu yang mungkin membawa makna besar kepada pihak tertentu. Kepada para peminat filem, mungkin juga ada beberapa untold stories yang menarik yang turut penulis kongsi.

Penulis juga melihat U-Wei sebagai seorang born director yang hidup untuk bikin filem dan bukan bikin filem untuk hidup. Pertama kali bertemu pada tahun 1988, sejak awal lagi beliau dapat mengesan pemikiran seorang intelektual filem yang dimiliki U-Wei. Mungkin beliau mendahului zaman, tetapi itulah yang cuba diyakinkan di hadapan Rustam Sani dalam satu sesi sembang petang pada tahun 1992 bersama-sama penulis prolifik dan pemikir terkenal itu. Rustam tertarik mendengarnya dan mencadangkan supaya beliau menulis buku. Segala keluarbiasaan dan kelainan yang ditemukan oleh penulis dibicarakan merata-rata dalam buku ini. Namun demikian, akhirnya keluarbiasaan dan kelainan itu menyedarkan penulis bahawa filem bukan dunianya. Beliau menarik diri, tetapi terus bertenggek di pinggiran dunia filem.

Selama 27 tahun, beliau sekadar memerhatikan dan mengikuti perjalanan hidup dan kerjaya sahabatnya sambil mencatat apa-apa yang pernah dilalui bersama-sama. Kelainan itu telah memisahkan mereka. Ironinya, kelainan itu terus mengikat jiwa penulis sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melihat sahabatnya mencapai apa-apa yang diimpikan. Mengapa Saya Tidak Ikut U-Wei amat besar maknanya bagi penulis kerana buku ini seperi membawa beliau ke satu dimensi lain. Mengapa Saya Tidak Ikut U-Wei membawa pengertian yang amat besar dan mengandungi lebih banyak yang tersirat.

Pembuka Bicara
Pengenalan
Penghargaan

1. Warung Depan McDonald’s Bangsar
2. Belum Ketemu Jodoh
3. Ikut U-Wei
4. Kru Tanah Licin
5. Sakit Hati
6. You can have the painting
7. Sembang Petang Bersama Rustam Sani
8. Kenapa Saya Tak Ikut U-Wei
8a. Sisipan (i) Perempuan, Isteri dan Jalang
9. Kaki Bakar
10. Ikhlas, Saya Bukan Orang Filem
11. Sepetang Bersama U-Wei Haji Saari
12. Nak Tulis Semula
12a. Sisipan (ii) Pantun U-Wei
13. Tak Jadi Juga Menulis
14. Bersarapan dengan Tan Sri
15. Lipis-Jerantut-Pekan
16. Sepetang di Taman Rimba Kenong
17. Air Mata Julia
17a. Sisipan (iii) Hanyut — Hari Pertama
18. Amanat Seorang Sutradara
19. Berbaloi Tapi Masih Tak Cukup
20. Siapa Buku Siapa Ruas
20a. Sisipan Terakhir — Kehilangan
21. Sarjana Filem dan Diplomat Seni Biodata

Indeks

Weight0.429 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 1.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.