Menghadapi Abad Kedua Puluh Satu

HASSAN LANGGULUNG (b. 1934 – d. 2008) adalah seorang ilmuwan dan pakar pendidikan dan psikologi. Beliau adalah salah seorang yang paling menonjol dalam kajian pemikiran dan teori kependidikan di Indonesia dewasa ini. Beliau dikenal sebagai sosok yang produktif; menulis banyak buku dalam bidang psikologi, pendidikan, dan filsafat.

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, 1993)
65 halaman termasuk Rujukan

Siri Syarahan Perdana UKM

RM20.00

In stock

ISBN N/A Product ID: 22719 SKU: 9789679421767 Categories: , Tags: , ,

Menghadapi Abad Kedua Puluh Satu merupakan Syarahan Perdana jawatan Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia yang dipersembahkan pada 29 Oktober 1987 oleh Hassan Langgulung. Tamadun manusia sekarang menghadapi suatu cubaan yang dahsyat, persis seperti yang pernah dihadapinya di negara Yunani pada abad ketiga sebelum Masihi, di Semenanjung Arabia pada abad keenam Masihi, dan di Eropah pada abad ke lima belas Masihi. Persamaannya adalah pada keruntuhan berbagai pola kehidupan yang biasa digunakan oleh manusia untuk menanggapi hidup ini. Munculnya pola baru dalam hal ini memang belum dikenal orang sebelum itu.

Kalau akan ditumpukan pada salah satu aspek dari krisis itu, iaitu krisis ekonomi, yang bukan hanya dirasakan oleh segelintir pemikir, tetapi juga oleh rakyat jelata dan orang-orang di pinggir jalan, terutama gejala meningkatnya pengangguran di seluruh dunia, maka lebih yakin lagi kita bahawa Kkrisis-krisis ini tidak lebih dari simpton-simpton kepada penyakit yang lebih besar, iaitu penyakit tamadun.

Dengan perkataan lain, apa yang kita saksikan sehari-hari sebagai krisis, pengangguran misalnya, tidak lebih dari suatu hujung tungkul ais (tip of iceberg) yang induknya, sebenarnya, bersembunyi di bawah permukaan air, yang tadi dipanggil krisis tamadun. Mengikut Alvin Toffler, krisis sekarang ini bukanlah krisis agihan semula, atau pengeluaran rendah, dan lain-lain, tetapi suatu krisis penyusunan semula (crisis of restructure), hancurnya masyarakat gelombang kedua (second wave), iaitu ekonomi industri dan munculnya ekonomi gelombang ketiga (third wave), iaitu ekonomi maklumat (information), suatu perekonomian yang beroperasi di atas prinsip-prinsip yang berlainan. Dan segala bentuk pemulihan yang masih menggunakan kaedah-kaedah gelombang kedua, atau ekonomi industri akan hanya menambahkan krisis yang sudah teruk itu.

Jadi yang diperlukan adalah kesanggupan menggemblengkan segala bantuan dan potensi untuk mendidik orang-orang yang masih memiliki mental gelombang kedua menuju transformasi ke arah masyarakat gelombang ketiga, atau masyarakat maklumat (information). Di sinilah peranan pendidikan yang terpenting. akan merupakan industri yang terbesar dalam ekonomi gelombang ketiga. Malah pendidikan merupakan industri eksport yang terpenting.

Namun panorama pendidikan di Dunia Ketiga sengat menyedihkan sebab ia terjerat oleh sistem raksasa yang telah meroboh dunia lain sekadar sebagai bangsa-bangsa pengguna yang akan menuruti telunjuknya sehingga bila negara-negara tadi menjadi merdeka atau dimerdekakan, sebenarnya dari segi praktiknya, negara-negara tadi hanya memperolehi bendera dan lagu kebangsaan, sedang segi-segi kehidupan yang lain seperti ekonomi, kebudayaan, bahasa, pemikiran , kesenian dan lain-lain masih tetap menuruti sistem raksasa itu.

Sistem raksasa yang berprinsip mancari keuntungan ini telah meroboh negara-negara dan dunia lain tidak lebih dari pasar besar yang siap untuk membeli barangannya. Namun, seperti telah ditunjukkan oleh pakar sejarah dan falsafah Roger Groudy, kehadirannya yang menguasai tamadun umat manusia selama lima (5) abad tanpa tandingan akan berakhir dengan bunuh diri, sebab ia telah menciptakan model bunuh diri yang belum pernah dikenali oleh sejarah. Di antaranya pemusnahan sebagai ras dan budaya seperti orang-orang Indian di Amerika, penciptaan bom-bom yang kalau di agih-agihkan kekpada penduduk dunia, setiap penduduk dunia, termasuk 3/4 penduduk dunia ketiga, memperolehi 4 tan bom. Implikasinya dalam pendidikan di dunia ketiga sangat menyedihkan persis seperti kata pepatah, “Ditelan mati emak, diluah mati bapak”.

Oleh yang demikian, sekelompok negara-negara Dunia Ketiga, jaitu negara-negara Islam, telah mengajukan sebuah alternatif sebagai tandingan kepada sistem raksasa yang menjerat mereka selama ini. Sedar akan besarnya tanggungjawab demi kelanjutan hidup umat manusia di atas permukaan bumi ini, maka negara-negara Islam yang tergabung dalam ISESCO mencadangkan agar sistem pendidikan yang sekarang berjalan di Dunia Ketiga haruslah ditinjau semula sampai ke akar-akarnya dan ditempatkan pada tempatnya yang wajar. Ia menghendaki usaha raksasa yang melibatkan semua pihak dengan perbelanjaan yang sangat besar.

Syarahan Menghadapi Abad Kedua Puluh Satu mencadangkan suatu strategi pendidikan yang terdiri dari tiga komponen utama, iaitu tujuan, dasar dan prioriti tindakan. Pada tahap tujuan strategi itu mencadangkan pembentukan insan dan masyarakat yang soleh, sebagai tujuan terakhir. Pada tahap dasar, dicadangkan keutuhan, kesepaduan, kesinabungan, keaslian, saintifik, praktikal, kesetiakawanan dan keterbukaan sebagai dasar pokok. Sedang pada tahap prioriti tindakan , dicadangkan penyerapan semua kanak-kanak yang mencapai umur persekolahan, pelbagai jalur pengembangan, tinjauan semula kandungan dan kaedah pendidikan, pengukuhan pendidikan agama dan akhlak, penciptaan gaya pentadbiran dan perancangan yang lebih fleksibel, dan kerjasama regional dan antara negara di dalam dunia Islam.

Weight 0.14 kg
Dimensions 22.6 × 15.2 × 0.4 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Menghadapi Abad Kedua Puluh Satu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.