Menghubungkan Lautan: Malaysia Sebagai Negara Maritim

HANS-DIETER EVERS adalah Profesor Emeritus di University of Bonn dan Felo Utama IKMAS, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Diterjemahkan oleh ABDUL MUIEN ABADI

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2017)
55 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM20.00

Only 1 left in stock

Menghubungkan Lautan: Malaysia Sebagai Negara Maritim telah dipersembahkan oleh Hans-Dieter Evers sebagai syarahan umum Kerusi Pok Rafeah ke-12 pada 12 Mei 2017 di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kedudukan geopolitik Malaysia yang menghubungkan Lautan Hindi, Laut China Selatan, kepulauan Nusantara, dan Lautan Pasifik merupakan satu sumber maritim yang lestari, yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya dari segi ekonomi dan politik. Syarahan ini menggabungkan analisis geopolitik dengan teori peradaban dan menghujahkan bahawa Malaysia ialah sebuah negara maritim yang sudah lama sebati dalam peradaban Nusantara. Dalam konteks ini kita membicarakan peranan bandar pelabuhan dan perhubungkaitan bagi integrasi sosio-ekonomi ASEAN. Syarahan ini menunjukkan bagaimana konsepsi ruang yang berbeza—masing-masing berakarkan peradaban Nusantara dan China—mempunyai kesan ke atas penggubalan, perlaksanaan dan kejayaan dasar-dasar maritim. Sebagai kesimpulan, syarahan ini membuat penilaian ke atas impak jangka panjang dasar Laluan Sutera Maritim China (OBOR) ke atas posisi Malaysia sebagai sebuah negara maritim di samping mengajukan usul pentingnya Malaysia menggubal sebuah dasar maritimnya yang baru.

Abstrak
Abstract

1. Peradaban dan Geopolitik Nusantara
2. Teori Peradaban: Fukuzawa, Spengler, Elias, Huntington
3. Konsepsi Ruang Maritim lawan Konsepsi Ruang Darat
4. Konsepsi Ruang Melayu-Nusantara dan Sinik
5. Negara-negara Maritim dan Potensi Maritim Mereka
6. Bandar Pelabuhan dan Perhubungkaitan Maritim
7. Dasar Maritim: OBOR dan Laluan Sutera Maritim
8. Sorotan ke Belakang Sejarah Malaysia
9. Lautan Mediterranean
10. Renungan ke Hadapan

Penghargaan
Rujukan
Indeks
Biodata

Weight0.100 kg
Dimensions14.7 × 0.3 × 22.4 cm
Author(s)

,

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.