Out of stock

Meniti Lautan Gelora: Sebuah Memoir Politik

SAID ZAHARI (1928–2016) adalah bekas ketua editor akhbar Utusan Melayu. Pada 1961, dia memimpin wartawan mogok kerana membantah tindakan UMNO menguasai Utusan Melayu.

Utusan Publications (Ulang Cetak, 2007)
374 halaman termasuk Lampiran

RM40.00

Out of stock

Product ID: 30740 Subject: Sub-subjects: , , ,

Meniti Lautan Gelora-Sebuah Memoir Politik menukilkan pengalaman, pengamatan dan penglibatan Said Zahari sebagai wartawan dan aktivis politik. Ia juga merangkumi perkembangan politik dan persuratkhabaran tanah air, Malaya/Singapura dalam konteks Asia Tenggara, khususnya pada zaman perubahan politik yang kualitatif pada tahun-tahun 1940-an hingga 1960-an. Memoir ini menyingkap kisah suka duka Said Zahari sebagai wartawan Utusan Melayu yang menjadi suara rakyat menyuarakan hasrat kemerdekaan daripada penjajahan British. Tekanan dan himpitan yang diterima Said Zahari dalam mempertahankan Utusan Melayu sebagai akhbar bebas daripada mana-mana tekanan parti politik memaksa beliau melancarkan mogok Utusan pada Julai 1961 yang akhirnya membawa beliau tersingkir dari Malaya. Menyebut nama Said Zahari ramai yang mengecapnya sebagai komunis dan atas alasan itu jugalah Lee Kuan Yew memenjarakan beliau selama 17 tahun. Memoir ini menceritakan kisah sebenar tuduhan terhadap beliau dan mengapa beliau dipenjarakan selama 17 tahun sehingga dibebaskan pada 22 Ogos 1979.

Penghargaan
Tinta Penerbit
Sekapur Sirih
Seulas Pinang
Selayang Pandang
Kata Penghantar
Pendahuluan
Kandungan

BAHAGIAN PERTAMA
ZAMAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

BAB 1 +ANAK MELAYU KETURUNAN JAWA
Cerita Abang Harun
Bagaimana Dapat Nama Lias?
Kampung Chari’an
Kematian Bapa

BAB 2 +DUNIA SEMPIT HIDUP TERHIMPIT
Dunia Kecilku di Kampung Kebun Bunga
Suami Isteri Berbangsa Hailam
Apek, Sahabat Orang Kampung
Hari Raya Aidilfitri

BAB 3 +PENCEROBOHAN JEPUN
Nasib Berubah
Jepun Gugurkan Bom
Jepun Masuk Kampung Kebun Bunga
Belajar Nippon Go

BAB 4 +TEMBELANG JEPUN TERDEDAH
Agenda Politik Jepun
Tumbuhnya Bibit Dokuritsu
Penjajahan Jepun Berakhir

BAB 5 +MENGHAYATI PERJUANGAN MENENTANG MALAYAN UNION
Mengikut Politik Dalam Diam-diam
Muslihat MacMichael

BAHAGIAN KEDUA
TAHUN-TAHUN SEBAGAI WARTAWAN

BAB 6 +MEMASUKI DUNIA KEWARTAWANAN
Pesan Keris Mas
Langkah Pertama
Menemui Yusof Ishak
Dahari Ali Belanja Kopi

BAB 7 +BERTUGAS DI BAHAGIAN BERITA
Bersama Salim Kajai dan Mazlan Nordin
Kecekapan Salim Kajai
Mengunjungi Medan Perang Indo-China

BAB 8 +UTUSAN MELAYU DURI DALAM DAGING INGGERIS
Tan Cheng Lock
Ugutan Saman Malu
That Pink Newspaper?”
“Aziz, Wartawan Tikus”

BAB 9 +BERTUGAS DI KUALA LUMPUR
Penangkapan Samad Ismail
Berpindah Operasi ke Kuala Lumpur
Bersemuka dengan Tunku
Tamatnya Suatu, Era

BAB 10 +MENJADI PENGARANG UTUSAN MELAYU
Hamid Tuah dan Kaum Tani Sungai Sirih
Dato Razak Memarahi Utusan Melayu
Aziz Ishak dan Isu Baja Urea

BAB 11 +KERUSI PANAS
Irian Barat
Pencerobohan Amerika ke Atas Cuba
Partice Lumumba

BAB 12 +MOGOK UTUSAN MELAYU
Ibrahim Fikri dan Utusan Melayu
Aku Diharamkan Masuk ke Malaya

BAB 13 +UTUSAN MELAYU DAN SAMAD ISMAIL
Misteri Samad “Dibuang” ke Jakarta
“Bukan Saya,” kata Yusof
Siapa Sebenarnya Takut pada Samad Ismail?
Apa Kata Syed Jaafar Albar?

BAB 14 +KERJAYA KEWARTAWANAN SAMAD ISMAIL
Samad Ismail di Berita Malai
Menyertai Utusan Melayu
Berpindah ke Berita Harian
“Pertentangan Kepentingan”
Samad Ismail Semasa di Jakarta
Aku dan Samad Ismail

BAB 15 +SAMAD ISMAIL GURUKU?
Melawat Samad Ismail di Pulau St. John
Bekerja dengan Samad Ismail
Kak Midah
Utusan Melayu Tanpa Samad Ismail
Samad Ismail Seorang Komunis?

BAHAGIAN KETIGA
PERJUANGAN POLITIK DI SINGAPURA

BAB 16 +LEE KUAN YEW TAKUT AKU HANYUT
Berkenalan dengan Lee Kuan Yew
Lee Kuan Yew dan Mogok Utusan Melayu
Lee Kuan Yew Takut Aku ‘Hanyut’

BAB 17 +ALEX JOSEY DAN DEVAN NAIR
Propagandis Politik Lee Kuan Yew
Devan Nair yang Mengecewakan

BAB 18 +‘KEPRIHATINAN’ LEE KUAN YEW TERHADAPKU
Tawaran Lee Kuan Yew
Bersama Aktivis Politik di Singapura
Pelbagai Tohmahan

BAB 19 +PARTAI RAKYAT SINGAPURA
Dilantik Ketua Umum
Menamatkan Spekulasi
Tawaran Memimpin Barisan Sosialis

BAB 20 +MASALAH DALAM PARTI
Penyimpangan Ideologi
PRS Menurut Kaca Mata Lim Chin Siong

BAB 21 +KEBENCIAN LEE KUAN YEW TERHADAP PRS
Gejala yang Membimbangkan
Menggaris Arah Baru

BAB 22 +PLEN DAN PARTAI RAKYAT SINGAPURA
Arahan Plen
Barisan Bersatu Antipenjajah?
Nasi Sudah Menjadi Bubur

BAB 23 +TAKTIK LEE KUAN YEW
Momok Komunis
Teori Domino
Azahari dan Partai Rakyat Brunei
British Sabotaj Rancangan PRB

BAB 24 +DARI TANAH MELAYU KE MALAYSIA
British dan Pembentukan Malaysia
Berita di Singapura
Reaksi Partai Rakyat Brunei
PAP Berpecah Dua

BAB 25 +REAKSI TERHADAP GAGASAN MALAYSIA
Ucapan di Universiti Singapura
Tunku ke England
Tentangan Terhadap Gagasan Malaysia
Konfrontasi Indonesia
Berkuburnya Maphilindo
Tunku Tolak Perangkap British

BAB 26 +SAHABATKU LIM CHIN SIONG
Gemar Sambal Tumis Telur Rebus
Sama-sama Kena Tangkap
Lim Chin Siong Cauvinis?
“Sebutir Bintang di Langit Zaman”

BAB 27 +LEE KUAN YEW MENANGIS
Air Mata Buaya?
Singapura Merdeka

BAHAGIAN KEEMPAT
DALAM TAHANAN

BAB 28 +CITA-CITA TIDAK KESAMPAIAN
Pulang dari Mesyuarat
Ditangkap Tiga Jam Kemudian

BAB 29 +MALAM MASIH MEMANJANG
Menulis Sajak di Penjara
Tujuh Belas Tahun Malam Memanjang
Janji “Nak Bawa Kejap Saja”
Kurungan Persendirian dan Penyeksaan
“Jangan Nak Tunjuk Berani”
Dituduh ‘Agen Kuasa Asing’

BAB 30 +UGUTAN TEMBAK
Soal Siasat oleh Ahmad Khan
Gelisah

BAB 31 +DI PENJARA CHANGI
‘E Hall’
Belajar Mandarin
Perdebatan Ideologi

BAB 32 +BERCAKAP MENERUSI DINDING
Belajar Berhubung dengan Tahanan
Mesej di Bilik Air
Bercakap Melalui Dinding

BAB 33 +DOUGLAS HYDE DI MSP
Temu Ramah
Maksud Douglas Hyde

BAB 34 +SURAT DARIPADA LORD GOODMAN
Penahanan Berterusan
Surat Lord Goodman

BAB 35 +DIBUANG KE PULAU UBIN
“Nak Makan Apa?”
Jadi ‘Batin’ Pulau Ubin
Jadi Buangan politik
Dibebaskan Menjelang Hari Raya
Kenangan

BAHAGIAN KELIMA
ISTERI DAN KELUARGA

BAB 36 +ISTERIKU SALAMAH
Mendirikan Rumah Tangga
Kelahiran Anak Pertama
Born Unfree

BAB 37 +SALAMAH DI HOSPITAL
Menghidap Barah Payu Dara
Mengelamun Nasib Anak-anak

BAB 38 +RAKANKU GURKHA
Anak Muda dari Nepal
Doktor Nasihat Jangan Risau
Melawat Salamah di Hospital

BAB 39 +BERTENGKAR DENGAN PEGAWAI PENJARA
Peraturan Tidak Munasabah
Lawatan Sempena Hari Raya
Ibu Chang Ding Pun Bertengkar

BAB 40 +SELAMAT TINGGAL IBU YANG KUSAYANGI
Menziarahi Ibu di Rumah
Ibu Melawatku di Pusat Tahanan
Berita Amat Sedih

BAHAGIAN KEENAM
RAKAN WARTAWAN DAN KEBEBASAN AKHBAR

BAB 41 +MENEMUI RAKAN-RAKAN LAMA DI INDONESIA
Minum Teh Bersama Pak Adam
Siapa Dalang G30S
Cerita Rakyat Jembel

BAB 42 +UTUSAN MELAYU ERA PASCAMOGOK
Mahathir Batalkan Perintah Tunku
Kuasa Politik Menguasai Kuasa Akhbar
Tiba-tiba Johan Jaaffar Berhenti
Budaya Baru Pengamal Media

BAHAGIAN KETUJUH
PKM DAN PERDAMAIAN

BAB 43 +DIBAYANGI TUDUHAN KOMUNIS
“Betulkah Cik Said Komunis?”
Pegawai Angkuh Kena Perli
Orang Termakan Tuduhan

BAB 44 +MELIPUTI RUNDINGAN BALING
Siapa Cetuskan Darurat
Agenda Politik British
Strategi Politik Tunku
Satu Soalan, Satu Jawapan
Chin Peng Tulis Surat kepada Tunku
Nampak Chin Peng dari Dekat
Tunku Bukan ‘Anjing Buruan’ British
Chin Peng Tempelak David Marshall

BAB 45 +MENTARI DAMAI TERBIT DI HAADYAI
PKM Sesudah Sidang Baling
Kebijaksanaan Mahathir dan Chin Peng
Lim Chin Siong dan PKM
“Masuk” Barisan Parti Komunis

EPILOG +JUMPA CHIN PENG DI BANGKOK

LAMPIRAN
Senarai Gambar
Surat-surat
Keratan Akhbar
Sajak

Biodata

Weight0.595 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 2.2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.