Out of stock

Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini

AZHAR IBRAHIM ialah felo pelawat di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS)

SIRD (2016)

266 halaman

ISBN 9789670960159

RM38.00

Out of stock

Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini

Kerancuan fikiran yang wujud dalam masyarakat dan individu adalah penghalang utama bagi membangunkan masyarakat yang berakal sihat, waras, beradab, bermartabat dan seimbang. Pemikiran yang rancu itu boleh kita sifatkan sebagai pola pemikiran yang kusut, kabur, kalut dan kelam kabut. Kerancuan fikiran wujud dan bertahan kerana rapuh atau punahnya akal sihat, renungan berhemah, rasa pertanggungjawaban akan kesan dan akibat, persekongkolan dengan anasir yang regresif serta mundurnya cara berfikir yang tertutup dan berdegil bahawa ia sahaja yang benar dan betul. Kerancuan fikiran bisa datang dari pelbagai penjuru dan bisa terjelma dalam pelbagai bentuk, tempat dan masa. Ia bukan datang tidak semena-mena, tetapi lahir dari cara berfikir dan tindak tanduk manusia, yang mungkin disebabkan kejahilan, keangkuhan, kelekaan, ketidakmatangan, kemaruk akan kuasa dan banyak lagi.

Kerancuan fikiran kian subur kerana pernanahan idea yang kusut dan gerak fikiran yang berkarat dengan sentimen autoritarian, prejudis, rasis, fasis, fundamentalis, seksis serta pelbagai rencam fikiran yang regresif sifatnya. Kerancuan Hkiran seperti ini disebabkan keterabaian dan kedegilan dalam memahami realiti sosial, politik dan ekonomi. Ia tidak dapat memahami apakah yang terbaik untuk kemaslahatan bersama. Di saat kita berbicara tentang kewarganegaraan yang adil, terjamin haknya dalam perlembangaan, ada pula yang melatah membicara tentang kewatanan atau kedaulatan etniknya dengan singgahsana ketuanannya. Di saat kita membicarakan perlunya ditegakkan perlembagaan agar semua hak warga terjamin, ada pula yang asyik membicarakan kitab sucinya saja menjadi perlembagaan yang utuh; di saat kita membicarakan kesejahteraan ekonomi untuk semua, khasnya yang miskin melarat, mereka sombong membicarakan hak keistimewaan yang tidak boleh dilentur. Kerancuan fikiran seperti ini sangat-sangat terparah lagi apabila suara-suara yang tersumbang ini cepat mendabik dada bahawa mereka pembawa panji Islam rahmatan alamin dan kedaulatan rakyat untuk semua dalam kesatuan itu dan ini.

Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini merungkai permasalah bangsa dengan mengangkat sejarah dan mengekalkan nilai adab dan adat Melayu.

Sebagai seorang ilmuan, Dr. Azhar Ibrahim menghayati isu-isu dalam Pengajian Melayu sebagai rangkaian yang kait mengait, memahami satu bidang memerlukan pengolahan bidang yang lain dalam wacana yang semakin meluas; sejarah menjurus ke tema kebebasan; orientalisme menilai kembali kesulitan dalam feudalisme; humanisme memperluaskan lagi makna dalam teks Melayu; multikulturalisme menyentuh pembinaan identiti; kekaburan akademik menyekat kefahaman masyarakat; neo-liberalisme menentukan arah pengajian seni dan sastera; idealisme diimbangi oleh perancangan dalam wacana pengajian yang baru. Dr. Azhar Ibarhim menyeru orang-orang muda supaya mengenali sejarah dan mengekalkan adab dan adat Melayu. Tema berpasangan ini yang dikupas begitu mendalam menaikkan lagi darjat Pengajian Melayu sebagai satu bidang ilmu yang sah dan berguna. — Prof Dr Zakaria Ali, Malaysia.

Kelangkaan inteligensia Melayu Singapura yang peduli akan jatuh bangunnya bangsa Melayu Singapura, khususnya terhadap budaya yang menjurus mengenai seni sasteranya, menurut saya mula tumbuh kembali apabila kita mahu mengenal sosok peribadi Dr Azhar Ibrahim. Kegiatannya yang memunculkan pertemuan-pertemuan seperti CITA, KULIAH BUSTAN menjadi kenyataannya. Begitu pula dengan terbitnya buku Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini ini, mudah-mudahan akan lahir satu sosok ahli fikir yang berani mendobrak cara berfikir yang lazim membelenggu bangsa kita, insya-Allah. — Suratman Markasan, Sasterawan, Singapura.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.440 kg
Dimensions 15.2 × 1.5 × 22.7 cm
Edition

Format

ISBN

9789670960159

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…