Merentasi Sempadan yang Melewati Zaman: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Profesor Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman

Disunting oleh AMER SAIFUDE GHAZALI, ZULKANAIN ABDUL RAHMAN dan ROSMADI FAUZI

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2018)
577 halaman termasuk Indeks

RM98.00

Only 1 left in stock

Merentasi Sempadan yang Melewati Zaman: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman mengetengahkan himpunan tulisan para sarjana tempatan yang sememangnya telah terkenal dalam bidang pengkhususan masing-masing yang dihasilkan sebagai satu tanda menghargai jasa, sumbangan dan penglibatan Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman dalam bidang akademik sepanjang perkhidmatan beliau di Universiti Malaya selama lebih 30 tahun. Bab-bab yang dimuatkan dalam buku ini merupakan hasil kajian di peringkat pascasiswazah; pembentangan kertas kerja dalam persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa; dan ucap utama. Justeru, sumber yang digunakan sangat berwibawa dan boleh dipertanggungjawabkan dalam setiap bab yang ditulis.

Merentasi Sempadan yang Melewati Zaman terbahagi kepada dua bahagian, iaitu sosiopolitik dan sosiobudaya; dan merangkumi pelbagai tajuk dan dimensi. Topik-topik dalam sosiopolitik menyentuh pelbagai isu. Antaranya termasuklah perkembangan semasa politik dan kepartian di Malaysia; peranan dan pemikiran tokoh-tokoh politik tertentu; persoalan politik berteraskan perkauman; dan juga menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia. Dalam perspektif sosiobudaya pula, perbincangan mencakupi isu-isu seperti sejarah pendidikan Islam dalam masyarakat, peranan dan pencapaian ABIM dalam suasana politik semasa, penglibatan dan sumbangan ulama kepada pembentukan modal insan; dan juga isu-isu hak asasi di peringkat serantau dan antarabangsa.

Senarai Rajah
Senarai Jadual
Senarai Peta dan Gambar
Sanjungan Budi Kenangan Bakti

Bahagian A – Sosiopolitik

1. Dari Desa ke UMCEDEL: Menelusuri Perjalanan Kesarjanaan, Idealisme dan Kepimpinan Mohammad Redzuan Othman
– Nor Salimah Abu Mansor

2. Ulama Bangkangan: Proses Politik dan Pembentukan Masyarakat Madani di Malaysia
– Mohamad Abu Bakar

3. Tarekat Qodiriyyah dan Naqsabandiyyah dalam Gerakan Politik Antikolonial di Jawa
– Ajid Thohir & Hasanudin Daud

4. Pilihan Raya 1937 dan Nasionalisme Islam di India
– Azharudin Mohamed Dali

5. Jejak Juang yang Terabai: Senu Abdul Rahman dalam Politik Malaysia, 1946-1985
– Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Nur Hannah Ahmad Zainy & Aisah Tohiruddin

6. Konflik Umno – Pas di Kelantan 1959-1969
– Mustafa Ahmad & Mohammad Zain Musa

7. Dorongan Penglibatan Wanita Melayu dalam Politik di Malaysia, 1999-2008
– Fatimi Hanafi, Zulkanain Abdul Rahman & Arbai‘yah Mohd Noor

8. Analisis Pengundian Kewilayahan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-12, 2008
– Amer Saifude Ghazali & Rosmadi Fauzi

9. Menilai Prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam Konteks Bidang Kuasa Kerajaan Negeri 2008-2011
– Akmal Hisham Abdul Rahim

10. Polemik Politik Bukit China di Melaka
– Osman Abu Hassan & Zulkanain Abdul Rahman

11. Isu-Isu Pemerkasaan Islam dalam Persaingan Politik UMNO dengan PAS
– Mohd Sabri Md Nor

12. Islam Memimpin Demokrasi di Malaysia: Cabaran dan Peluang
– Mohd Izani Mohd Zain

13. Pola Pengundian Etnik Melayu dalam Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor, Kelantan
– Junaidi Awang Besar

14. Parti Keadilan Rakyat Sebagai Parti Oposisi Amalan Demokrasi di Malaysia
– Hamdan Mohd Salleh

15. Islam dan Demokrasi di Indonesia: Satu Tinjauan Teori dan Praktis
– Lili Yulyadi Arnakim

Bahagian B – Sosiobudaya

1. Pengaruh Islam dalam Pendidikan Orang Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua
– Faezah Kassim

2. Pergaduhan Melayu-Cina Semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Kerjasama Sosial dalam Menangani Konflik Perkauman 1945-1955
– Mohamed Ali Haniffa

3. Tindakan Awal British Terhadap Pengurusan Rumah Anak-Anak Yatim di Terengganu, 1945-1950
– Amran Zakir Saad

4. Penghormatan Terhadap Mesir dalam Kalangan Masyarakat Melayu, 1950-an hingga 1970-an
– Abu Hanifah Haris

5. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Manjung, Perak, 1977-1990
– Ishak Saat

6. Pengaruh Kebangkitan Semula Islam Terhadap Perkembangan Majalah Melayu Dekad 1980-an
– Hamedi Mohd Adnan & Siti Ezaleila Mustafa

7. Intelektualisme ABIM: Menelusuri Jejak Kecendekiawanan Generasi Perintis
– Siddiq Fadzil

8. Sumbangan Ulama Tradisional kepada Pembangunan Ilmu dan Perundangan
– Abdul Halim Muhammad & Asma Hakimah Ab Halim

9. Impak Krisis Ekonomi Global 2008/2009 ke atas Pelabuhan Utama di Asia Tenggara
– Hanizah Idris

10. Gerakan ABIM dan Implikasinya Terhadap dan Perubahan Pengamalan Islam dalam Kalangan Masyarakat, 1970 hingga 2000-an
– Norazlan Hadi Yaacob

11. Kemerosotan Hak Asasi Manusia dan Kebangkitan Radikalisasi di Xinjiang
– Roy Anthony Rogers

12. Dasar Sosial dan Pembinaan Modal Sosial di Malaysia
– Siti Hajar Abu Bakar Ah & Haris Abd. Wahab

Indeks

Weight0.874 kg
Dimensions22.8 × 15 × 2.3 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.