Out of stock

Meriam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu Nusantara

OTHMAN MOHD. YATIM adalah Profesor Sejarah dan kurator di Muzium Negara.

MOHD ZAMBERI ABDUL MALEK adalah mantan Karyawan Tamu Universiti Kebangsaan Malaysia dan mantan Karyawan Tamu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Jabatan Muzium Malaysia (Cetakan Pertama, 1994)
99 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM70.00

Out of stock

Meriam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu Nusantara memfokuskan kepada bentuk, jenis, negara asal, kedudukan tempat, sejarah dekorasi, bahan yang digunakan, fungsi bahagian tertentu dan falsafah yang tersembunyi serta kepercayaan yang terdapat pada atau yang berkaitan dengan meriam Melayu. Sebenarnya satu ciri penting yang membezakan meriam Melayu dengan meriam-meriam lain ialah meriam Melayu amat terkenal dengan ragam-hiasnya. Berdasarkan penulisan yang tertera di dalam karya-karya Melayu lama jelas menunjukkan masyarakat Melayu telah lama menggunakan senjata meriam dalam sistem pertahanan mereka. Jenis-jenis meriam yang dikenali sebagai meriam, lela, rentaka dan ekor lotong yang digunakan pada kurun ke-15 hingga 19 masih terdapat sehingga sekarang sebagai warisan sejarah yang tersimpan di muzium-muzium atau hanya menjadi hiasan di rumah orang kenamaan dan kota-kota bersejarah sahaja.

Meriam boleh dianggap sebagai senjata merbahaya kerana mempunyai kuasa pemusnah dari jarak jauh. Meriam turut memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan negeri-negeri Melayu apabila berhadapan dengan kuasa barat yang terdiri daripada Portugis, Sepanyol, Belanda dan Inggeris pada kurun ke-16 hingga 19. Namun demikian meriam-meriam buatan tempatan ini ternyata tidak dapat menandingi keupayaan meriam-meriam buatan barat yang lebih canggih dan mempunyai kuasa pemusnah yang lebih hebat di samping ilmu ketenteraan mereka yang lebih menyeluruh. Sejarah penentangan orang Melayu terhadap penjajah Barat merupakan salah satu babak penting dalam sejarah bangsa Melayu.

Apabila menyentuh soal peperangan, apa yang segera tergambar dalam fikiran kita adalah penglibatan dalam penggunaan alat-alat senjata bagi tujuan membantu menghancurkan pihak musuh. Antara alat senjata yang sering digunakan hingga kini ialah meriam. Meskipun zaman ketika mana ia digunakan telah lama dan begitu jauh ditinggalkan oleh masa, namun masih terdapat lagi tinggalan-tinggalan meriam lama ini yang merupakan salah satu hasil kerja tangan nenek moyang kita yang penting. Melalui analisis tinggalan ini pembaca akan dapat memahami secara lebih mendalam tentang kewujudan dan kepentingan alat senjata Melayu di alam Melayu ini pada suatu ketika dahulu.

Dengan meriam Melayu penulis maksudkan sebagai meriam-meriam yang dihasilkan sepenuhnya oleh tukang-tukang Melayu zaman dahulu termasuk meriam-meriam yang telah dibuat oleh bangsa-bangsa lain tetapi memainkan peranan dalam sejarah dan kebudayaan Melayu di Nusantara atau Alam Melayu. Dengan Alam Melayu (Peta 1), penulis maksudkan sebagai kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk pribuminya yang berbangsa Melayu. Untuk kajian ini batas-batas geopolitik yang ada sekarang ini penulis terpaksa lupakan.

Penekanan kajian adalah kepada meriam-meriam, khususnya meriam Melayu yang masih terdapat dalam simpanan Muzium Negara, Muzium-Muzium Negeri, Istana-Istana, Sekolah, Balai Polis, Pejabat Daerah dan di kubu-kubu pertahanan lama di Malaysia (Peta 2), juga tidak ketinggalan di beberapa negara jiran. Malangnya, melalui peredaran masa, meriam-meriam yang ada ini telah mengalami kerosakan yang disebabkan oleh beberapa faktor termasuk tindakan cuaca. Penulis berpendapat bahawa kerja-kerja merakamkannya perlu dibuat segera sebelum ianya pupus, terutamanya pada meriam-meriam yang berada di luar bangunan dan terdedah kepada panas dan hujan. Ini menyebabkan dekorasi yang terdapat pada badan meriam tersebut rosak dan sukar dianalisis.

Meriam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu Nusantara dilengkapkan dengan gambar-gambar berwarna, ilustrasi dan dua buah peta mengenai taburan meriam-meriam itu kini. Dengan melihat gambar-gambar yang diambil secara penuh, fokus dekat dan sudut-sudut tertentu ini penulis berharap akan memberi kesan yang mendalam kepada pembaca akan keindahan meriam tersebut kerana penulis berpendapat meriam-meriam tersebut juga merupakan sebuah hasil seni yang menarik di samping nilai tingginya sebagai bahan komersial semasa ia dibuat dan sebagai bukti sejarah yang penting, khususnya sejarah peperangan yang pernah berlaku di tanah air kita.

Dalam kajian ini di antara lain penulis akan cuba mengesan asal usul perkataan “meriam”, menjeniskannya dan memberi interpretasi makna-makna simbolik terhadap motif-motif yang menghiasi meriam-meriam tersebut. Melalui meriam-meriam itu juga penulis akan menyingkap sejarah negeri-negeri di Tanah Melayu ini, khususnya sejarah peperangan yang turut mewarnai sejarah tanah air kita.

Weight0.38 kg
Dimensions26.7 × 21.5 × 0.8 cm
Author(s)

,

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. OSMAN AHMAD (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.