Mitos Peribumi Malas: Imej Orang Jawa, Melayu dan Filipina dalam Kapitalisme Penjajah

SYED HUSSEIN ALATAS (1928–2007) adalah bapa sosiologi Malaysia, pengasas Parti GERAKAN, dan bekas Naib Canselor Universiti Malaya sekitar tahun 1980-an.

Terjemahan daripada judul asal The Myth of the Lazy Native

DBP (Cetakan Keenam, 2019)
280 halaman

RM30.00

In stock

Mitos Peribumi Malas cuba menganalisis asal usul dan fungsi “mitos tentang peribumi yang malas” dari abad ke-16 hingga abad ke-20 di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Pendekatan metodologisnya adalah melalui sosiologi pengetahuan. Fungsi mitos sebagai unsur yang penting dalam ideologi kolonial digambarkan dengan mengambil contoh-contoh sejarah dan sosiologi. Dua konsep yang secara tekal digunakan di sini memerlukan penjelasan: yakni” ideologi dan kapitalisme kolonial. Suatu kerancuan telah muncul berkenaan dengan definisi ideologi khususnya di Amerika Syarikat, suatu kerancuan yang sebahagian diakibatkan oleh banyak gejala yang perlu dimasukkan ke dalam definisi tersebut, dan sebahagian oleh logik yang rancu daripada beberapa pihak yang cuba mendefinisikannya. Tanpa terbawa dalam perbincangan tersebut, kita hanya sekadar akan menunjukkan bagaimana kita mendefinisikan istilah tersebut di sini. Pilihan kita tentang erti tidaklah sembarangan atau sekadar mencari yang mudah. Terlalu mengandalkan konsep Mannheim tentang ideologi, bererti mewakili dunia pemikiran yang telah menjadi ciri falsafah politik kolonialisme dalam konteks Asia. Ini mewakili suatu kenyataan objektif—ideologi kolonialisme.

Dalam rangka buku ini, ideologi adalah suatu sistem anutan yang dicirikan oleh sifat-sifat seperti yang berikut: (a) untuk mencari bukti suatu tatasosial, ekonomi dan politik tertentu, (b) dalam usaha ini, sistem membelokkan sebahagian daripada kenyataan sosial yang kelihatan tidak sesuai dengan anggapan yang utama, (c) sistem wujud terutama dalam bentuk isi fikiran yang tampak, berbeza daripada isinya yang tersembunyi, (d) bersifat berwibawa, (e) mewakili kepentingan kelompok tertentu, (f) ketika berkuasa sistem mencipta kesedaran palsu bagi kelompok yang diwakili dan kelompok yang dikuasainya, (g) dapat mengambil idea daripada sebarang sumber ilmu, agama, kebudayaan, ekonomi, sejarah, dan sebagainya, (h) muncul daripada berbagai-bagai kepentingan yang bertentangan daripada berbagai-bagai kelompok,2 dalam suatu masyarakat dengan pembahagian kerja dan kelas sosial yang tegas, dan (i) gagasan utama pada akhirnya, sebahagian besar ditentukan oleh pola pengeluaran (mode of production) menurut waktu dan tempat tertentu.

Citra tentang kemalasan golongan peribumi yang digembar-gemburkan oleh para penjajah tidak berasas, malah ternyata tanggapan tersebut dimanfaatkan untuk kepentingan ideologi mereka. Perbuatan mereka itu antara lain bertujuan untuk member tempat dari sisi undang-undang amalan penindasan dan ketidakadilan dalam kalangan tenaga kerja pribumi dan mencari alasan penaklukan serta penguasaan Eropah terhadap tanah jajahannya. Malah mereka juga menyelewengkan kenyataan sosial untuk menjamin penyebaran ideologi mereka sesuai dengan kepentingan mereka sendiri. Dalam hal ini, para penulis kolonial melemparkan tuduhan atau hujah ideology mereka berdasarkan faktor iklim dan lingkungan tropika yang dianggap sebagai punca utama kemalasan golongan peribumi. Pada anggapan mereka, iklim tropika yang lembab dan panas, jangkitan penyakit serta kemewahan para pemimpin mereka telah menyebabkan rakyat sengsara—mereka jadi manusia beku tanpa cita-cita. Syed Hussein Alatas menyangkal semua anggapan tersebut dan menunjukkan bukti bahawa golongan peribumi masyarakat Indonesia, Malaysia dan Filipina bekerja keras untuk hidup sebagai manusia. Mereka rajin dan mahir dalam bidang masing-masing, tetap sebagai bangsa yang bermaruah mereka tidak bersedia menjadi alat pengeluaran kaum kapitalis yang mahu melayani mereka sebagai hamba abdi.

Prakata

1. Imej Orang Melayu hingga Zaman Raffles
2. Imej Orang Melayu di Mata Inggeris pada Akhir Abad ke-19 dan Abad ke-20
3. Imej Orang Filipina antara Abad ke-17 hingga Abad ke-19
4. Imej Orang Jawa Sejak Abad ke-18 hingga Abad ke-20
5. Imej tentang Kemalasan dan Hakikat Kemalasan
6. Kapitalisme Penjajah dan Sikapnya terhadap Tenaga Kerja pada Abad ke-19 dan Awal Abad ke-20
7. Kemalasan Masyarakat Filipina
8. Imej Penjajah dan Kajian tentang Watak Nasional
9. Konsep Kerajinan dan Kemalasan dalam Kalangan Orang Melayu
10. Revolusi Mental dan Kemalasan Orang Melayu
11. Penyimpangan Watak Orang Melayu
12. Kehilangan Golongan Pedagang Peribumi

Penutup
Bibliografi
Indeks

Weight0.385 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 1.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author