Out of stock

Modenisasi Pentadbiran Negeri Kedah, 1895-1957

MOHD SHARIFF ABU SAMAH pernah bertugas sebagai Pegawai Sempadan (Settlement Officer) dengan Kerajaan Kedah sehingga tahun 1971 apabila diserap ke dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri (KCS) sehingga bersara pada tahun 1997 sebagai Pegawai Daerah (DO). Semasa dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri memegang berbagai jawatan seperti Penolong Setiausaha Kerajaan, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Pentadbir Tanah Daerah Padang Terap, Pentadbir Tanah Baling, Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Kedah, Pegawai Daerah Pendang dan Pegawai Daerah Bandar Baharu.

Penerbit UUM (Cetakan ketiga, 2015)
229 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM55.00

Out of stock

Modenisasi Pentadbiran Negeri Kedah, 1895-1957 menumpukan perhatian kepada pentadbiran negeri Kedah secara moden, iaitu satu transformasi daripada pentadbiran tradisional yang terdiri daripada satu sistem yang dibahagikan kepada dua kategori, golongan yang memerintah (golongan atasan) dan golongan yang diperintah (golongan bawahan) kepada sebuah pentadbiran yang lebih mantap , berkesan dan efektif dengan undang-undang dan peraturan sebagai panduan bagi mengutamakan kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Penekanan diberi kepada modenisasi pentadbiran dan penubuhan Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah atau Kedah Civil Service (KCS) sejak tahun 1905 hingga tahun 1957 yang menyentuh zaman penjajahan British 1909-1957 iaitu sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pentadbiran negeri Kedah moden bermula sejak tahun 1895 apabila Sultan Abdul Hamid yang lebih dikenali sebagai Bapa Pentadbiran Moden, mewujudkan daerah pertama iaitu daerah Changlun dengan melantik seorang Pegawai Daerah.

Sejarah Ketuanan Melayu di negeri Kedah daripada pentadbiran tradisional kepada pentadbiran moden bermula se|ak tahun 1895 semasa di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid yang menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri dan Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah atau Kedah Civil Service (KCS). Pendekatan Modenisasi Pentadbiran Negeri Kedah, 1895-1957 tertumpu kepada fakta sejarah dan fungsi yang dilaksanakan bagi memajukan negeri Kedah dari segi kecekapan pengurusan yang teratur, dan sistematik.

Di bawah sistem pentadbiran moden KCS telah berjaya membangunkan negeri dengan menggunakan pendekatan sistem pentadbiran dan pengurusan yang mantap, berwibawa, bertanggungjawab dan berintegriti. KCS telah berjaya memperkukuhkan dan mempertingkatkan kedudukan kewangan negeri dari tahun 1905-1957. KCS didapati lebih matang kerana sepanjang kewujudannya terpaksa mengharungi pelbagai zaman seperti Perang Dunia Pertama, pemerintahan Jepun (Perang Dunia Kedua), di bawah naungan Siam (1942-1945), di bawah British Malayan Administration (BMA), pengisytiharan darurat (Emergency) 1948-1960, dan percubaan rampasan kuasa oleh Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Apa pun rintangan dan halangan KCS tetap teguh, mantap dan berjaya mencapai matlamat penubuhannya dengan cemerlang dan tetap unggul.

Modenisasi Pentadbiran Negeri Kedah, 1895-1957 juga banyak menyentuh tentang Sultan Abdul Hamid dan era riwayat dan pemerintahannya sepanjang 1864 hingga 1943. Era pemerintahan Sultan Abdul Hamid dikenali sebagai zaman transisi dalam struktur politik negeri Kedah. Pada tahap ini negeri Kedah mula menunjukkan tanda-tanda peralihan penaungan oleh Siam kepada Inggeris pada tahun 1909 Kedah telah diserahkan kepada Inggeris oleh Siam. Sebelum 1909, terdapat tanda-tanda yang jelas bahawa Inggeris cuba memasukkan Kedah dalam kekuasaan politiknya. Pada masa itu, corak pentadbiran Kedah kian matang dan maju di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid, dari tahun 1882 hingga 1943.

Pemerintahan Sultan Abdul Hamid dapat dilihat dari dua aspek yang berbeza. Pertama, melihat perubahan yang telah berlaku di sepanjang pemerintahannya. Kedua melihat perwatakan sebagai seorang pemimpin yang mempunyai kekuatan personaliti yang hebat. Kewibawaan dan kekuatan seorang pemimpin yang memimpin kerajaan bukanlah terletak sepenuhnya pada “kuasa ajaib” pemimpin tersebut. Kita harus menerima kenyataan bahawa dalam usaha membina sebuah bangsa yang bertamadun, bukanlah usaha perseorangan. Baginda telah dibantu oleh tokoh-tokoh yang mempunyai pandangan yang jauh ke arah meningkat martabat bangsa dan negara.

Wan Mohammad Saman merupakan seorang Perdana Menteri yang sentiasa dilihat sebagai satu pasangan yang secocok dengan baginda dalam menggerakkan organ pembangunan dalam negeri Kedah. Malah kedua-dua mereka ini boleh diibaratkan dwi-tunggal yang bersatu idea untuk menjadikan negeri Kedah sebagai sebuah negeri yang tidak tersisih dan’ arus pemodenan.

Baginda seorang Sultan yang layak menerima gelaran The Founder of Modern Kedah atau “Bapa Pemodenan Kedah” yang alim dan arif dalam bidang keagamaan. Generasi kini menikmati perubahan yang dibawa oleh baginda. Zaman pemerintahan baginda haruslah ditulis dengan “tinta emas” sebagai satu zaman yang menjadi asas kepada pembangunan yang seterusnya.

Weight0.494 kg
Dimensions32.5 × 23 × 2.2 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.