Muhammad Haji Salleh dan Siti Zainon Ismail sebagai Penyair Alam

NORHAYATI AYIT adalah Pensyarah Cemerlang di Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.

Penerbit USM (Cetakan Pertama, 2020)
177 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM30.00

Only 1 left in stock

Muhammad Haji Salleh dan Siti Zainon Ismail sebagai Penyair Alam melihat secara kritis penggunaan dan keberkesanan gaya bahasa kiasan melalui kebijaksanaan dan kehalusan kedua-dua penyair mengolah dan mengeksploitasi unsur-unsur alam dalam puisi-puisi pilihan. Di samping itu, perbandingan dengan mengenal pasti persamaan dan perbezaan kedua-dua penyair mengekspresikan gaya bahasa kiasan dalam puisi-puisi pilihan turut dikupas. Penelitian terhadap gaya bahasa kiasan ini menggunakan konsep yang dikemukakan oleh Keris Mas dalam buku beliau yang bertajuk Perbincangan Gaya Bahasa Sastera (1990).

Alam semula jadi sering menjadi bahan pengamatan penyair untuk dijadikan perlambangan yang indah dalam puisi. Lumrahnya seseorang penyair tidak dapat memisahkan dirinya daripada alam semula jadi semasa berkarya. Sering kali penyair akan menjadi pemerhati dan penilai yang setia. Unsur-unsur seperti laut, ombak, pantai, sungai, gunung, embun, pohon, dan bulan sering diungkapkan dalam puisi.

Melalui penghayatan terhadap alam semula jadi sebegini akan tercernalah sebuah pemikiran yang global. Tidak dapat dinafikan betapa unsur-unsur alam dapat merangsang dan memperkayakan kreativiti penyair. Penggunaan unsur-unsur alam bukan sahaja untuk membina makna, tetapi berkembang mengikut tafsiran khalayak. Hal ini menunjukkan kecintaan penyair terhadap unsur-unsur alam dan seterusnya menyampaikan mesej untuk mencintai dan memulihara alam semula jadi.

Persoalan seterusnya yang diangkat dan cuba dirungkaikan dalam buku ini ialah mengenai cara dan gaya penyair lelaki dan wanita mengeksploitasi alam dan gaya bahasa kiasan. Hal ini ekoran daripada rentetan tanggapan khalayak terhadap puisi-puisi penyair lelaki dan wanita adalah berbeza.

Sering kali pandangan umum mengatakan bahawa puisi-puisi penyair wanita mementingkan gaya bahasa impresif, pengucapan yang indah dan berseni, dan mempunyai imaginasi dan gerak hati yang berbeza berbanding penyair lelaki yang gemar menggunakan ayat-ayat yang sederhana panjang, pendek, padat, kuat, bertenaga dan tidak mendayu-dayu atau melankolik. Khalayak akan didedahkan dengan kritis tentang cara Muhammad Haji Salleh dan Siti Zainon Ismail mengaplikasikan kebolehan dan kemahiran mereka dalam menghasilkan puisi dan sekali gus dapat membuktikan tanggapan khalayak mengenai perbezaan gaya bahasa kiasan antara penyair lelaki dan wanıta.

Prakata
Penghargaan
Pengenalan

Bab 1: Puisi dan Alam

Bab 2: Gaya Bahasa dalam Puisi

Bab 3: Analisis Unsur Alam dan Gaya Bahasa dalam Puisi-Puisi Muhammad Haji Salleh

Bab 4: Analisis Unsur Alam dan Gaya Bahasa dalam Puisi-Puisi Siti Zainon Ismail

Bab 5: Perbandingan Muhammad Haji Salleh dan Siti Zainon Ismail sebagai Penyair Alam

Bab 6: Penutup

Glosari
Rujukan
Bacaan Tambahan
Indeks

Weight0.341 kg
Dimensions24 × 16.6 × 1.5 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.