Out of stock

Murut dan Pelbagai Etnik Lain di Sabah

Disunting oleh KNTAYYA MARIAPPAN dan PAUL PORODONG

Siri Etnik Sabah ITBM-UMS

ITBM & Penerbit USM (Cetakan Pertama, 2012)
518 halaman termasuk Bibliografi

RM50.00

Out of stock

Murut dan Pelbagai Etnik Lain di Sabah memerihalkan kajian etnografi terhadap sosiobudaya dan pembangunan sosioekonomi etnik-etnik kecil di Sabah termasuk Murut. Di Sabah, terdapat banyak kumpulan etnik kecil yang mempunyai ciri-ciri budaya yang tersendiri dan masih kukuh dengan identiti masing-masing. Biarpun bilangan mereka agak kecil, tetapi keunikan setiap kumpulan etnik ini terus terpelihara. Buku ini akan membawa kita mengenali keunikan tersebut yang sudah tentunya dapat meluaskan penghayatan dan penghargaan kita terhadap kerencaman warisan budaya dan etnik yang terdapat di negara ini.

Untuk pengenalan, adalah lebih baik sekiranya diberikan sedikit penjelasan kepada pembaca tentang tajuk yang digunakan dalam buku ini, Murut dan Pelbagai Etnik Lain di Sabah. Pertamanya ialah berhubung rangkai kata ‘Pelbagai Etnik’ yang terdapat pada tajuk buku ini. Istilah ini digunakan pada tajuk buku ini adalah semata-mata untuk menegaskan maksud bahawa komuniti-komuniti etnik yang dihuraikan dalam buku ini adalah secara relatifnya kecil dari segi bilangan penduduknya berbanding dengan kumpulan-kumpulan etnik utama lain di Sabah, khususnya jika dibandingkan dengan bilangan penduduk daripada etnik Kadazaf Dusun, Bajau dan Melayu.

Dalam hal ini, istilah minoriti mungkif boleh digunakan untuk merujuk maksud yang sama. Meskipun demikian, dalam penulisan sains sosial khususnya dalam bidang sosiologi, konsep minoriti telah ditakrifkan lebih spesifik. Istilah ini digunakan segara khusus bagi merujuk pengertian hubungan ketidaksamaan kuasa antara kumpulan etnik dominan dan subordinat dalam sesebuah masyarakat. Oleh sebab kandungan buku ini tidak bertujuan membicarakan persoalan hubungan kuasa atau isu-isu hubungan etnik di Sabah, maka difikirkan istilah ini tidak sesuai digunakan dalam tajuk buku ini biarpun dalam realiti, iaitu berdasarkan pengalaman banyak masyarakat berbilang etnik di dunia, kumpulan etnik kecil juga biasanya merupakan kumpulan etnik minoriti.

Selain daripada itu, istilah “Murut” juga hanya merujuk kumpulan etnik Murut di Sabah. Oleh sebab itu, pada tajuk buku ini, etnik Murut cuba dibezakan daripada kumpulan etnik kecil lain seperti yang dimaksudkan dalam huraian di atas. Memang benar bahawa dari segi bilangannya, etnik Murut juga secara relatifnya ialah etnik kecil di Sabah. Etnik Murut hanya berada di tangga keempat daripada segi bilangan penduduknya selepas Kadazan Dusun, Bajau dan Melayu.

Akan tetapi, bilangan mereka sudah tentunya jauh lebih besar daripada kumpulan-kumpulan etnik kecil lain yang biasanya dalam banci penduduk akan digabungkan dan disenaraikan dalam kategori Bumiputera lain. Etnik Murut juga ialah penutur salah satu daripada tiga rumpun bahasa etnik peribumi awal di Sabah. Ini jelas memberi pengiktirafan kukuh kepada orang Murut sebagai penduduk asal utama di Sabah selain daripada rumpun penutur bahasa Dusunik dan Paitanik. Sebilangan besar daripada etnik-etnik kecil lain di Sabah biasanya ditanggapi sebagai mempunyai asal usul daripada tiga kumpulan rumpun bahasa asal bumi Sabah ini.

Oleh yang demikian, biarpun bilangan penduduknya agak kecil jika dibandingkan dengan bilangan penduduk etnik Kadazan Dusun, Bajau dan Melayu, tetapi faktor sejarah asal usul mereka yang seiring dengan kumpulan etnik utama lain serta penglibatan dan pengaruh kepemimpinan mereka yang diakui dalam sejarah moden Sabah, maka etnik Murut sebenarnya juga salah satu daripada kumpulan etnik utama di Sabah. Jadi, tidak hairanlah jika mereka turut disenaraikan sebagai satu kategori yang tersendiri dalam banci penduduk di Sabah dan tidak digolongkan dalam kategori Bumiputera lain.

Prakata
Kata Pengantar
Senarai Penyumbang

KEPELBAGAIAN ETNIK DI SABAH: Pengenalan Ringkas

Murut

Rungus

Lotud

Bisaya

Lundayeh

Brunei

Iranun

Suluk

Tidung

Ida’an

Sino

Nota Hujung
Glosari
Bibliografi
Rujukan Lanjut, Responden dan Temu Bual

Weight0.962 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 3.4 cm
Format

Class

Language

Publisher

,

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.