Naratif Filem: Satu Pengenalan

Penulisan bersama ZAIRUL ANUAR MD DAWAM, NUR AZLAN ZAINUDDIN dan MOHD. NOR SHAHIZAN ALI

Penerbit UPSI (Cetakan Pertama, 2022)
130 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

In stock

Naratif Filem: Satu Pengenalan dihasilkan sebagai sebuah buku teks bagi memberi panduan dan kefahaman asas kepada pelajar, penulis skrip, pengkritik filem untuk memahami naratif filem bagi memahami pembentukan sesebuah cerita untuk tujuan apresiasi, kritikan dan penghasilan sesebuah skrip filem yang baik. Melalui buku ini, diharapkan pelbagai pihak terutama pelajar yang mengambil bidang perfileman dapat memahami fungsi, faedah atau kepentingan setiap elemen naratif itu dalam membentuk sesebuah skrip atau filem. Sebagai contoh, pemahaman terhadap elemen naratif penting bagi seseorang penulis skrip. Antaranya seorang penulis skrip boleh memulakan sesebuah idea dari pelbagai perspektif berdasarkan salah satu daripada elemen tersebut. Permulaan untuk mendapatkan idea contohnya boleh dilakukan dengan melihat aspek tema. Apakah tema atau pokok persoalan yang ingin diutarakan. Selain itu, idea juga boleh dimulakan berdasarkan siapa atau watak yang ingin diketengahkan. Malah aspek-aspek lain dalam elemen naratif seperti konflik, latar masa dan tempat juga akan memberi permulaan yang baik untuk memulakan dan mengembangkan lagi idea tersebut. Malah pemahaman terhadap elemen naratif membolehkan penulis skrip mengeksploitasi idea tersebut sehingga menjadikan sesebuah cerita itu berbeza berbanding cerita yang lain.

Skrip merupakan asas kepada penghasilan atau pembikinan sesebuah filem. Maka skrip amat penting bagi menarik minat audiens untuk menonton sesebuah filem. Walaupun aspek promosi penting, namun kegagalan sesebuah filem di pawagam, biasanya akan merujuk kepada faktor skrip terlebih dahulu. Sebagai contoh, kemerosotan kutipan box-office filem Melayu pada tahun 2014 dan 2015 dikaitkan dengan penceritaan yang lemah. Malah ketandusan idea dengan mengulang konsep cerita yang sama menyebabkan audiens telah mula bosan dengan filem-filem Melayu. Ini dinyatakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bahawa puncanya adalah skrip yang merapu-rapu. Penonton juga banyak tertipu dengan promosi yang hebat namun apabila mereka ke pawagam filem yang dihasilkan amat membosankan. Kepentingan skrip juga jelas apabila ulasan dan kritikan terhadap sesebuah filem sering merujuk beberapa elemen yang terdapat dalamnya. Para pengulas dan pengkritik, contohnya akan menggunakan istilah-istilah seperti jalan cerita, metafora, isi cerita, teks, subteks dan lain-lain lagi dalam mengulas atau mengkritik sesebuah filem. Walaupun wujud pelbagai istilah, kritikan tersebut biasanya menumpukan aspek intrinsik atau kandungan yang terdapat dalam sesebuah skrip atau filem.

Malah kajian filem yang menggunakan pelbagai teori sastera seperti formalistik, strukturalisme, psikoanalisis, feminisme, historisme, dekonstruksi dan lain-lain juga menyentuh atau membincangkan elemen-elemen naratif yang terdapat dalam filem. Sebagai contoh apabila seseorang penulis menggunakan teori feminisme dan psikoanalisis, secara langsung mereka akan melakukan kajian terhadap watak dan perwatakan. Jika menggunakan teori dekonstruksi, perbincangan contohnya boleh menjurus kepada mesej, simbol dan pembinaan struktur plot. Analisis dan perbincangan yang dilakukan oleh para penulis atau pengkritik sebenarnya merujuk kepada konsep asas yang terdiri daripada elemen-elemen naratif yang membentuk sesebuah skrip dan filem. Apa yang dilakukan sama ada memberi tumpuan kepada salah-satu elemen atau menggunakan pendekatan atau teori tertentu sahaja. Ini bagi memastikan analisis atau perbincangan tersebut dapat disampaikan dengan lebih baik, menarik dan sesuai dengan sasaran pembaca masing-masing.

Senarai Rajah
Prakata
Penghargaan

1. Bentuk Filem dan Naratif
Pendahuluan
Perbezaan Bentuk Filem
Naratif
Elemen Naratif Filem
Pendekatan 5w + 1h

2. Premis, Tema, Plot dan Konflik serta Subplot
Pendahuluan
Premis dan Logline
Tema
Plot
Konflik
Subplot

3. Watak dan Perwatakan
Pendahuluan
Pengklasifikasian Watak dan Perwatakan
Pembangunan Watak dan Perwatakan

4. Latar Masa dan Tempat
Pendahuluan
Latar Masa dan Latar Tempat
Format dan Teknik Memperkenalkan Latar

5. Sudut Pandang (POV)
Pendahuluan
Pov Sebagai Syot
Pov Subjektif
Pov Objektif
Pov Neutral
Pov Sebagai Teknik Penyampaian Cerita

6. Simbol
Pendahuluan
Simbol dan Teori Semiotik
Simbol dan Bahasa Filem

7. Struktur Naratif dan Struktur Plot
Pendahuluan
Struktur Naratif
Struktur Plot
Paradigma Syd Field: Struktur Tiga Babak

8. Penutup
Elemen Naratif dan Penjanaan Idea
Elemen dan Struktur Naratif
Elemen Naratif dan Stail

Senarai Singkatan
Bibliografi
Indeks

Weight0.234 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 0.8 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.