Naratif Ogonshoto

ANWAR RIDHWAN (1949 – ) adalah penerima Anugerah Sastera Negara 2009.

Penerbit Arsalia (Cetakan Kedua, 2006)
256 halaman

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM25.00

In stock

ISBN: 9789833768035 Product ID: 953 Subjects: , Sub-subject:

Naratif Ogonshoto ialah sebuah karya novel yang menghimpunkan 12 buah cerpen tulisan Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan yang mengisahkan sebuah negara kepulauan yang menjadi mangsa salah laku ekonomi dan politik. Menurut Dr. Anwar, beliau mendapat ilham untuk mengarang Naratif Ogonshoto daripada krisis kewangan dan kemelut politik Dato Seri Anwar Ibrahim yang melanda Malaysia pada tahun 1998, maka terhasilnya “naratif politik” yang bukan sahaja menyentuh perkembangan politik di negara ini, bahkan juga di mana-mana negara yang mengalami kemelut politik dan ekonomi.

Beliau mengarang kebanyakan isi kandungan buku ini ketika menjadi Professor Pelawat di Universiti Bahasa Asing di Tokyo, selebihnya di Kuala Lumpur. Nama Ogonshoto, ihsan seorang kenalan Dr. Anwar di Jepun, dipetik dari bahasa Jepun iaitu ōgon shotō (黄金諸島) yang bermaksud “kepulauan emas.” Naratif Ogonshoto diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan tajuk Tales of Ogonshoto pada tahun 2004, dan juga ke bahasa Rusia oleh Victor Pogadaev dengan tajuk Bili i nebili ostrovov Ogonsoto (Были и небыли островов Огонсото) pada tahun 2006.

Weight0.263 kg
Dimensions17.8 × 10.5 × 1.7 cm
Format

Language

Publisher

Year Published

  1. Kawah Buku (store manager)

    “Naratif Ogonshoto muncul sebagai sebuah teks sastera rakyat moden yang dapat berdiri sebagai teks pascamodern multiwacana—pascakolonial, tekstualisme baru dan realisme magis… Kedudukannya dapat dibariskan dalam jejeran sastera antarabangsa.”—Mohamad Saleeh Rahamad

    (0) (0)
  2. Kawah Buku (store manager)

    “Naratif Ogonshoto ialah sebuah teks sastera Melayu yang luar biasa.”—Kamaruddin M. Said

    (0) (0)
  3. Kawah Buku (store manager)

    “Selain berunsur metafiksyen yang merupakan sistem teks Yang berlapis lapis untuk memahami kandungan karya dan diegesis teks, novel Naratif Ogonshoto saya anggap sebagai pewacana ilmu politik hegemoni… Peranan Anwar bukan lagi sebagai tukang cerita konvensional, sebaliknya berfungsi sebagai pewacana.”—Awang Azman Awang Pawi

    (0) (0)
  4. Kawah Buku (store manager)

    “Anwar Ridhwan dan Gao Xingjian (pemenang Hadiah Novel, 2000) mempunyai persamaan wawasan… dengan karya yang lebih nyata dan lebih menyedarkan.”—Goh Teck

    (0) (0)
  5. Kawah Buku (store manager)

    “Novel ini mempunyai ciri sastera yang diperlukan bagi pertimbangan Hadiah Nobel.”—Victor Pogadaev

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.