Nasionalisme Melayu

WILLIAM R. ROFF (b. 1929 – d. 2013) adalah sejarawan berpengaruh dalam bidang Pengajian Melayu. Beliau juga adalah Professor Emeritus dalam Pengajian Sejarah di Columbia University, New York Felo Kehormat dalam Pengajian Islam dan Timur Tengah di University of Edinburgh.

Diterjemah daripada karya asal berbahasa Inggeris, The Origins of Malay Nationalism oleh AHMAD BOESTAMAM

Penerbit UM (Cetakan keempat, 2018)
331 halaman termasuk Indeks dan Bibliografi

RM45.00

In stock

If you purchase this book you will earn 9 reward points!

Nasionalisme Melayu adalah terjemahan daripada The Origins of Malay Nationalism karya William R. Roff, yang diterjemahkan oleh Ahmad Boestamam. Menerusi karya ini, Roff bukan sahaja mengisi suatu kekosongan, bahkan telah menulis sesuatu yang dengan wajarnya dapat diistilahkan sebagai sejarah sosiologis yang pertama tentang masyarakat Melayu moden. Buku ini bukanlah sebuah karya sejarah yang berupa pemeriksaan terhadap perubahan sosial yang ditimbulkan oleh keadaan sekeliling yang berubah, iaitu munculnya golongan atasan yang baru dalam lapangan politik yang menjadi inti analisisnya.

Kita diperkenalkan dengan tiga golongan atasan, yang berbeza-beza kerana asal-usul sosial mereka dan yang lebih penting lagi, oleh orientasi pendidikan dan seterusnya kebudayaan dan politik mereka. Yang mula-mula di antara mereka datang daripada bourjois Islam yang warak, yang kebanyakannya tinggal di Negeri-negeri Selat. Golongan yang kedua ialah intelek Melayu. Mereka memperoleh pendidikan di sekolah-sekolah Melayu dan datang daripada kalangan petani dan bukan daripada latar belakang kota. Golongan yang ketiga ialah orang-orang Melayu yang rapat dengan istana serta mendapat pendidikan Inggeris. Oleh sebab mereka menikmati kedudukan dan kemudahan tradisional serta pendidikan moden, maka golongan ini, dengan hubungan rapatnya dengan penjajah, menjadi golongan yang dominan dalam perjuangan nasionalisme Melayu.

Dalam tempoh 20 tahun yang lalu para penulis sejarah telah memberikan perhatian yang kian bertambah besar terhadap sejarah politik dan ekonomi Malaya dalam zaman pemerintahan kolonialnya, yang menurut perbandingan agak pendek itu. Perhitungan-perhitungan dagangan, strategi, dan lainnya yang membawa bertapaknya Inggeris di pinggir bumi Semenanjung pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 kini telah difahami dengan baik, sekalipun tekanan yang seharusnya diberikan kepada salah satu daripada unsur-unsur dalam proses ini masih dapat diperdebatkan.

Pemindahan tadbir Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Singapura, Pulau Pinang dan Melaka dari Pejabat Hal Ehwal India ke Pejabat Jajahan dalam tahun 1867 dan terutamanya perkembangan Singapura dalam abad ke-19 sebagai pusat ekonomi dua buah kuasa kolonial telah dihuraikan dengan terperinci dalam beberapa buah karya sejarah.

Dalam tahun-tahun yang akhir, ini perhatian yang khusus diberikan pula kepada motif-motif di sebalik campur tangan Inggeris di Semenanjung dalam tahun-tahun 1870-an, kepada pembentukan sistem pentadbiran keresidenan, dan juga kepada soal meluasnya kekuasaan politik Inggeris terhadap negeri-negeri Melayu lainnya setelah tahun 1900. Untuk abad ke-20 ini hingga pecahnya Perang Dunia Kedua, terdapat beberapa kajian tentang dasar dan pentadbiran Inggeris di Malaya serta kemajuan ekonomi eksport. Meskipun karya-karya ini mula diterbitkan beberapa puluh tahun dahulu, namun kini masih merupakan karya-karya berwibawa.

Dalam lapangan ekonomi, terdapat beberapa hasil kajian sejarah tentang perkembangan perusahaan-perusahaan getah dan bijih dan juga tentang kegiatan bahan-bahan permodalan Barat di Malaya. Sejarah sosial, terutamanya yang berhubungan dengan pelbagai kumpulan bangsa yang membentuk masyarakat majmuk di Malaya tidak begitu banyak dikaji, namun terdapat huraian sejarah tentang orang-orang Cina dan India atau tentang beberapa aspek kehidupan mereka.

Dalam semua kegiatan ini, terdapat pengabaian yang ternyata, dengan beberapa kekecualian tentang pemilik asal negeri-negeri di Semenanjung, tentang orang yang menjadi asas pembinaan Malaya moden yang terperinci dan yang sekarang masih memegang teraju kekuasaan politik di Malaya. Sehingga ini belum ada percubaan dilakukan untuk menelaah kesan-kesan naungan kolonial Inggeris dan tentang perubahan sosial, ekonomi dan politik yang ditimbulkannya terhadap penduduk peribumi, iaitu orang-orang Melayu. Nasionalisme Melayu ditulis dengan harapan untuk memperbaiki kekurangan-kekurangan itu, terutamanya pada tahun-tahun yang utama dalam zaman pemerintahan Inggeris antara tahun 1900 hingga 1941.

Meskipun kita sesungguhnya perlu menoleh kepada masa yang terdahulu, namun pemilihan tempoh masa ini dilakukan pertamanya sebagai menandakan suatu jangka waktu yang bermula dengan pelanggaran tenaga-tenaga pemodenan setempat dalam alam bangsa Melayu, iaitu dalam bentuk orang-orang yang menyarankan pembaharuan keagamaan, sehingga jatuhnya pemerintahan Inggeris oleh penaklukan Jepun. Kejatuhan Inggeris itu merupakan permulaan suatu zaman perubahan yang pesat lagi kacau bagi orang-orang Melayu, iaitu zaman yang memerlukan kajian yang lebih terperinci daripada yang mungkin dilakukan menerusi Nasionalisme Melayu.

Tidak ada percubaan dilakukan untuk memberikan huraian yang terperinci dan bersambung-sambung tentang dasar dan pentadbiran Inggeris di Malaya kecuali jika hal-hal tersebut ada hubungannya dengan orang Melayu. Namun latar belakang yang ada perkaitannya dengan isi buku ada dimasukkan jika dirasakan penting atau perlu. Sejauh mungkin, kajian ini dibuat sebagai suatu penelitian lanjut dan perubahan, atau perubahan” perubahan yang baru bermula dalam masyarakat Melayu itu sendiri.

Bahagian terbesar daripada perubahan ini berlaku atau dapat dilihat sebagai akibat daripada faktor-faktor luar atau faktor-faktor yang amat sedikit hubungannya dengan peristiwa-peristiwa dalam zaman pemerintahan Inggeris. Perhatian ditumpukan terutamanya kepada munculnya tiga golongan atasan yang baru dalam masyarakat Melayu dan kepada hubungan golongan ini dengan pimpinan Melayu tradisional.

Kata Pengantar oleh Harry J. Benda
Prakata
Penghargaan

1. Orang Melayu dengan Inggeris: Kesan Pertama

Masyarakat Melayu pada Pertengahan Abad Ke-19
Kesan Pertama Pemerintahan Inggeris

2. Dunia Melayu-Islam di Singapura

Penghijrahan ke Kota Raya
Orang-orang Arab dengan Pengambilan Haji ke Makkah
Bahasa, Persuratan dan Surat Khabar

3. Kaum Muda-Kaum Tua: Perubahan dan Reaksi

Al-Imam dan Tokoh-tokoh Pembaharuan
Golongan Elit Tradisional dan Badan-badan Keagamaan
Penjelmaan Kaum Muda dalam Politik

4. Orang-orang Melayu dengan Inggeris: Tahun-tahun Pertengahan

Masalah Percampuran Melayu dalam Kerajaan
Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Pembentukan Golongan Elit Pentadbiran

5. Berkembangnya Angkatan Intelek Bumiputera

Kemajuan Pelajaran Anak Negeri
Maktab Latihan Sultan Idris
Peranan Surat-surat Khabar Anak Negeri

6. Persatuan Sukarela dan Kemajuan Politik

Meluasnya Masyarakat Kota dan Perubahan Sosial
Kelab-kelab dan Persatuan di Negeri-negeri Semenanjung
Kesatuan Melayu Singapura
Pertelagahan Politik dan Pimpinan Tradisional Dekad 1920-an

7. Golongan-golongan Atasan Baru dan Pertubuhan-pertubuhan Nasional dalam Dekad 1930-an

Pembaru-pembaru Agama dan Sahabat Pena
Golongan Intelek yang Radikal dan Kesatuan Melayu Muda
Para pentadbir dan Persatuan Melayu

Memandang ke Belakang
Bibliografi
Indeks

Weight 0.523 kg
Dimensions 22.8 × 15.3 × 1.8 cm
Author(s)

,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.