Neofeudal UMNO: Politik dan Pembangunan Luar Bandar

Penulisan bersama MAZLI BIDU dan JAMAIE HAMIL

SIRD (Cetakan Pertama, 2018)
150 halaman termasuk Rujukan

RM25.00

In stock

Neofeudal UMNO: Politik dan Pembangunan Luar Bandar mengkaji budaya neofeudal UMNO di kawasan luar bandar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya, Johor yang menjadi skop regional kajian. Walaupun kawasan tersebut bukanlah sepenuhnya kawasan luar bandar, namun perbincangan buku ini sering merujuk contoh-contoh di Nusajaya kerana ia menepati ciri-ciri perkembangan budaya feudal yang berevolusi sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara. Situasi sosiopolitik Nusajaya adalah sejajar dengan budaya politik luar bandar-politik bandar kerana sebahagian dari kawasan DUN tersebut sedang mengalami proses urbanisasi. Namun demikian, dalam kerancakan pembangunan di sekitar Nusajaya, masih terdapat kampung-kampung tradisional, aktiviti pertanian dan perikanan yang sinonim dengan gaya hidup masyarakat luar bandar.

Walaupun Nusajaya bukanlah satu kawasan luar bandar yang berada jauh di pedalaman, membincangkan politik neofeudal parti pemerintah di kawasan ini masih tetap relevan. Analisis landskap politik luar bandar perlu lebih progresif dengan mengambil kira elemen-elemen politik baharu seperti media sosial dan gerakan sosial, serta kewujudan agen-agen sosiopolitik baharu. Elemen-elemen berkenaan turut dikupas dalam buku ini. Manakala dari aspek geopolitik, terdapat kampung-kampung tradisional, bekas estet dan penempatan kampung tersusun (penempatan Felcra) di kawasan ini. Kawasan FELDA merupakan salah satu jenis penempatan di luar bandar, namun kampung tradisional masih merupakan penempatan yang paling banyak di luar bandar dengan populasi melebih 60 peratus. Demografi penduduk di beberapa jenis kawasan luar bandar turut dikupas bagi menunjukkan ciri-ciri yang statik dan ciri-ciri yang organik masyarakat.

Bermula daripada pilihan raya umum (PRU) yang pertama sebelum negara mencapai kemerdekaan, iaitu Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Julai 1955, Barisan Nasional (dahulunya Parti Perikatan) masih kekal memerintah selama lebih daripada 60 tahun, PRU ke-14 sekali lagi merupakan ujian kepada parti gabungan tersebut sama ada mampu mengekalkan hegemoni kuasa pemerintahan ditunjangi parti UMNO yang terkenal dengan budaya politik neofeudal berlandaskan politik pembangunan. Percaturan politik UMNO selama ini cukup membuahkan hasil terutama di kawasan luar bandar yang menjadi deposit tetap kemenangan mereka setiap kali pilihan raya diadakan. Mengapa dan bagaimana UMNO berjaya mengekalkan kuasa dan mampu mempertahankan nilai-nilai feudal/neofeudal selama lebih 60 tahun khususnya di luar bandar terus menjadi persoalan penganalisis dan pemerhati politik. Justeru buku ini cuba membincangkan budaya politik neofeudal UMNO dalam landskap politik luar bandar sejak pasca kemerdekaan sehingga pasca PRU ke-13.

Neofeudal merupakan amalan dan nilai feudal yang dihidupkan semula pada zaman moden ini. Namun buku ini bukanlah bertujuan untuk membincangkan politik feudal yang membabitkan golongan monarki secara mendalam. Walau bagaimanapun ciri-ciri feudalisme yang disebut Critchley (1978) dan Azmi (2015) iaitu fief, lord, vassal, dan hubungan antara penaung dan dinaung (patron and client) menjadi intipati perbincangan budaya neofeudal parti pemerintah di negara ini. Neofeudal yang dibincangkan dalam buku ini juga hanya memberi tumpuan kepada budaya politik dan tidak menjurus kepada ekonomi neofeudal seperti yang dibahaskan oleh sarjana seperti Immanuel Wallerstein dan Karl Marx. Sebagai tambahan buku ini turut merujuk banyak pandangan sarjana lain bagi menganalisis perbandingan Ciri-ciri neofeudal kontemporari dengan ciri-ciri feudal klasik monarki di negara ini.

Senarai Jadual
Senarai Ilustrasi
Senarai Singkatan
Prakata

1. Neofeudal: Apakah Isunya?
2. Masyarakat Luar Bandar di Malaya, Malaysia, dan Nusajaya
3. Amalan Neofeudal UMNO di Luar Bandar
4. Neofeudal dan Survival UMNO Dalam Landskap Politik Luar Bandar
5. Neofeudal Katalis Kuasa UMNO di Luar Bandar

Rujukan
Lampiran

Weight0.268 kg
Dimensions22.6 × 15 × 1 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.