Noordin Hassan: Jalan Panjang Teater Fitrah

S. M. ZAKIR adalah penerima S.E.A. Award 2011.

DBP (Cetakan Pertama, 2021)
165 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM25.00

Only 1 left in stock

Noordin Hassan: Jalan Panjang Teater Fitrah menghuraikan hubung kait watak-karakter serta matlamat dan kesudahan antara drama-drama karya Noordin Hassan yang melengkapkan satu pusingan fitrah. Juga dimuatkan perjalanan kehidupan beliau yang memainkan peranan penting dalam penghasilan karya-karya bermutu beliau. Noordin Hassan telah menerima Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1993. Beliau ialah penerima ke-7 bagi anugerah yang sangat berprestij dalam dunia kesusasteraan di Malaysia ini. Berbanding dengan Sasterawan Negara yang sebelumnya, Noordin Hassan diiktiraf pencapaiannya yang cemerlang dalam dunia kesusasteraan kebangsaan atas sumbangan yang sangat bermakna dalam genre drama, khususnya melalui teks-teks drama yang dihasilkan oleh beliau.

Sejarah kesusasteraan kebangsaan tidak dapat melupakan sumbangan besar Noordin Hassan dalam membentuk arah aliran drama di negara ini. Angin perubahan drama Melayu sebelum 1970-an yang rata-ratanya dikenali sebagai sandiwara, dikejutkan dengan kehadiran pementasan teater Bukan Lalang Ditiup Angin oleh Noordin Hassan pada tahun 1970. Pementasan pertama kali drama tersebut di Tanjung Malim mendapat sambutan yang baik sehingga kemudiannya dibawa dan dipentaskan sekali lagi di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur dan kemudiannya di Kompleks Budaya Negara. Pementasan tersebut disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan skripnya diterbitkan dalam majalah Dewan Sastera.

Keterujaan khalayak dan peneliti drama tanah air kepada gaya baharu seni persembahan teater yang dibawa oleh Noordin Hassan membuktikan betapa kuatnya pengaruh drama Bukan Lalang Ditiup Angin tersebut. Kekuatannya bukan sahaja kepada persembahan tetapi meliputi skrip drama tersebut yang dikatakan sebuah teks yang membentangkan kepada masyarakat sebuah drama yang mempunyai identiti yang tersendiri. Bermula dari detik itu, Noordin Hassan terus berkarya dan mencipta bentuk drama yang tersendiri hingga drama 1400 (1981) yang dihasilkan sempena dengan Sambutan Maulidur Rasul pada tahun tersebut. Selepas penghasilan drama tersebut, Noordin Hassan telah mengemukakan gagasannya mengenai teater fitrah. Melalui drama Jangan Bunuh Rama-rama (1982), beliau telah menterjemahkan gagasannya itu.

Dalam gagasan teater fitrah, Noordin Hassan cuba berdakwah dengan menyalurkan bentuk sastera Islam melalui seni persembahan teater. Suatu yang berbeza tetapi telah berjaya disatukan oleh Noordin Hassan melalui drama-dramanya. Beliau mahu, penonton dan pembacanya tidak dibiarkan menikmati hiburan semata-mata tanpa dapat merasainya nikmat kerohanian setelah menonton pementasannya atau membaca teks skrip dramanya. Kesedaran Noordin Hassan terhadap peranan sebagal pengarang dan pengarah drama adalah sesuatu yang bukannya datang begitu sahaja, tetapi tumbuh berjejak atas pencariannyé dalam memahami hakikat kehidupan ini.

Sehubungan dengan hal itu, buku ini telah dibahagikap kepada tiga bahagian yang seterusnya dipecahkan kepada limé bab. Bab 1 ialah riwayat perjalanan hidup Noordin Hassan. Kisah hidup beliau banyak dipaparkan semula dalam karya-karyanya. Bab 2 menghuraikan konsep teater fitrah mengikut tahap perkembangannya. Dalam perkembangan teater fitrah, penulis S.M. Zakir telah membahagikannya kepada tiga tahap yang dipecahkan kepada tiga bab, iaitu Bab 2 yang menghuraikan konsep teater fitrah, Bab 3 yang menghuraikan Tahap Perkembangan (Daripada Nasionalisme — Perkembangan Teater Fitrah) dan Bab 4, iaitu Tahap Akhir (Teater Fitrah sebagai Citra Kesejagatan).

Melalui tahap-tahap ini, penulisnya telah menghuraikan secara menarik yang sekaligus dikaitkan setiap drama yang dihasilkan oleh Noordin Hassan dengan gagasan teater fitrah yang diperjuangkan oleh beliau. Bab 5 pula sebagai kesimpulan yang memaparkan keunikan dan keluarbiasaan karya Noordin Hassan kepada gagasan teater fitrah menjadikan drama-drama beliau berada dalam kesatuan fitrah itu sendiri. Di bahagian Lampiran, disertakan petikan skrip karya terpilih yang menjadi kajian untuk rujukan ringkas pembaca. Para pembaca boleh mendapatkan teks lengkap Noordin Hassan melalui buku-buku skrip drama beliau yang kebanyakannya telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prakata
Kata Pengantar Perjalanan Panjang Teater Fitrah

BAB 1 Riwayat Hidup Noordin Hassan

BAB 2 Konsep Teater Fitrah

BAB 3 Tahap Perkembangan (Daripada Nasionalisme — Perkembangan Teater Fitrah)

BAB 4 Tahap Akhir (Teater Fitrah sebagai Citra Kesejagatan)

BAB 5 Kesimpulan

Lampiran Petikan Drama Pilihan Noordin Hassan
Bukan Lalang Ditiup Angin
Tiang Seri Tegak Berlima
1400
Jangan Bunuh Rama-rama
Anak Tanjung
Cindai
Sirih Bertepuk Pinang Menari
Demi Zaitun
Sarah
Mana Setangginya?
Intan yang Tercanai

Bibliografi
Indeks

Weight0.243 kg
Dimensions21.5 × 13.9 × 1 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.