Novel Intertekstual Melayu

MAWAR SHAFEI adalah pensyarah kanan di Program Persuratan Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia… Selain menulis rencana akademik. beliau juga menghasilkan karya kreatif dalam genre cerpen.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2010)
493 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM60.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 12 reward points!

Novel Intertekstual Melayu menumpukan pemerhatian terhadap wujudnya hubungan dan proses antara teks dalam penghasilan novel Melayu. Dasar hubungan ini dikesani dalam tradisi kesusasteraan Melayu seperti lipur lara, penulisan manuskrip dan seterusnya dalam penulisan prosa moden seperti novel. Kecenderungan hubungan ini dikaitkan dengan intertekstualiti iaitu fenomena kewujudan teks dalam sesebuah teks atau dialog antara teks.

Intertekstualiti pertama kali diajukan Julia Kristeva bertolak dari dialogik Mikhail Mikhailovich Bakhtin dan sistem tanda Ferdinand de Saussure yang kemudian diperhalusi beberapa sarjana seperti Roland Barthes, Gerard Genette, Michael Riffaterre dan Harold Bloom.

Beberapa rumus intertekstual dikemukakan berdasarkan dua kecenderungan tersebut serta senarai penghasilan novel Melayu tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura yang menyokong hubungan berkenaan. Rumus intertekstual itu membentangkan hubungan antara hipoteks (teks awal) dengan hiperteks (teks terkini); melihat proses, makna yang diajukan dan kewajaran ia dilakukan. Empat rumus yang dikemukakan adalah hipoteks terdiri daripada teks tradisional, teks pengarang sendiri, teks pengarang lain dan teks bukan kreatif. Rumus-rumus ini digunakan dalam beberapa contoh pengarang umum dan tiga pengarang pilihan untuk setiap negara kajian.

Pemilihan para pengarang ini ialah terhadap ketekalan yang diperagakan dalam penghasilan novel intertekstual. Pengarang umum yang dikaji ialah Buyong Adil, Mohd. Nasir Zainal Abidin, Azizi Haji Abdullah, A. Samad Said, Zaharah Nawawi, Marah Rusli, Trisnoyuwono, Pramoedya Ananta Toer, Hamka, Harun Aminurrashid, Muhammad AriffAhmad, Mohamed LatiffMohamed dan Isa Kamari. Sementara tiga pengarang pilihan yang ditumpukan ialah Anwar Ridhwan (Malaysia), Putu Wijaya (Indonesia) dan Suratman Markasan (Singapura).

Analisis terhadap hubungan intertekstualiti ini menemukan antara ciri kepengarangan Melayu iaitu pendirian pengarang terhadap konsep tradisi iaitu keak.uran atau keanjftlan mereka terhadap teks tradisional yang dirujuk sama ada dan aspek tema atau struktur naratifnya, kecenderungan pengarang melakukan inovasi/eksperimen dan melawan konvensi khususnya dalam pembentukan semula teks awal mereka, dinamisme pengarang menerima dan menyesuaikan teks pengarang lain (universalism lawan particularism), ketekalan sebahagian besar pengarang mengajukan persoalan politik dan kepimpinan.

Weight 0.715 kg
Dimensions 22.8 × 15.1 × 2.3 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Novel Intertekstual Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *