Out of stock

Nusantara: Malaysia dan Geopolitik Laut China Selatan

HANS-DIETER EVERS adalah Profesor Emeritus di University of Bonn dan Felo Utama IKMAS, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Diterjemahkan oleh ABDUL MUIEN ABADI

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2017)
44 halaman termasuk Rujukan

RM20.00

Out of stock

Nusantara: Malaysia dan Geopolitik Laut China Selatan adalah terjemahan daripada Nusantara: Malaysia and the Geopolitics of the South China Sea, Syarahan Kursi Pok Rafeah ke-11 oleh Hans-Dieter Evers pada 18 November 2016 di Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia ialah sebuah negara maritim yang terletak di lokasi strategik antara Laut China Selatan dengan Selat Melaka. Ruang maritim antara Lautan Hindi dengan Lautan Pasifik telah dikonsepsikan sebagai ‘Nusantara’ semenjak abad ke-l4 lagi. Pada mulanya gagasan ini digunakan untuk merujuk kepada ruang laut yang wujud di antara pulau-pulau yang dianggap sebagai wilayah milik empayar Majapahit dan juga milik pelbagai kerajaan Melayu di sekitarnya; namun melalui perjalanan sejarah, konsep ini telah berubah dengan memberi makna yang berbeza-beza. Menurut makna asalnya, Nusantara merupakan sebuah konsep budaya dan geopolitik, yang merujuk kepada wilayah bumi dan air (tanah air) dengan sempadannya yang tidak begitu jelas dan berubah-ubah, yang pada hari ini merangkumi wilayah Asia Tenggara bahagian maritim serta perairan laut-laut sekitarnya. Justeru, dalam syarahan ini, Laut China Selatan ditakrifkan sebagai “laut Mediterranean”, yang daripada perspektif Malaysia, merupakan sebahagian daripada Nusantara. Adalah dicadangkan di sini supaya konsep Nusantara digunakan bagi menggubal sebuah dasar maritim Malaysia. Dasar yang berasaskan wilayah geografi ini boleh wujud secara bersaing dan seiring dengan dasar “poros maritim” Indonesia dan dasar “Laluan Sutera Maritim” China.

Terletak di antara Lautan Hindi di Barat dan Lautan Pasifik di Timur, Semenanjung Malaysia memainkan peranan utama dalam menghubungkan kedua-dua lautan tersebut. Dengan kemasukan Sabah dan Sarawak, dua wilayah Borneo, posisi Malaysia sebagai sebuah negara maritim yang sejati telah makin diperkukuhkan. Berdasarkan lokasi geografi serta sejarah lalunya, adalah sukar untuk difahami bahawa kerajaan Malaysia masih belum membangunkan sebuah dasar maritim yang jelas seiring dengan Indonesia dan Republik Rakyat China. Presiden Indonesia Joko Widodo, atau Jokowi, telah mengingatkan negara tersebut akan masa lalu maritimnya dan memperkenalkan “poros maritim” sebagai suatu panduan bagi dasar maritim negara terbabit.

Kerajaan China turut mengembalikan masa lalu sebenar dan bayangan China bagi mengisytiharkan pembukaan “Laluan Sutera Maritim” sebagai titik pusat dasar maritim baharunya, yang bagaimanapun turut dipadankan dengan konsep Laluan Sutera Utara Asia Tengah. Dengan mendasarkan geopolitiknya ke atas kedua-dua laluan darat dan juga maritim, para penggubal dasar China sebenarnya telah menggabungkan dua buah idea geopolitik klasik yang saling bertentangan. Bapa pengasas geopolitik, ahli geografi Jerman Friedrich Ratzel (1844-1904) menekankan “Raum” (ruang) sebagai suatu faktor pembimbing dalam penciptaan negara dan empayar. Geopolitik yang terkemudiannya menitikberatkan dominasi sama ada ke atas daratan (Haushofer, Mckinder) atau lautan (Mahan) sebagai faktor penentu dalam menjelaskan perkembangan negara-negara. Kesemua posisi ini, hampir dengan faham penentuan geografi, kemudiannya telah ditolak, sebahagiannya turut disebabkan oleh penggunaan jargon geopolitik (“Volk ohne Raum” rakyat tanpa ruang) untuk menjustifikasikan perluasan ketenteraan Jerman sewaktu zaman Nazi. Geografi politik modern dan geopolitik telah melepaskan belenggu ideologi masa lalu dan mendefinisikan bidang tersebut sebagai “analisis kesarjanaan mengenai titik persilangan geografi dengan politik global dari pelbagai perspektif disiplin dan metodologi” (dasar redaksi jurnal Geopolitics, lihat juga O’Loughlin et al. 2012).

Sama sekali tidak mengusulkan faham penentuan geografi, kami walau bagaimanapun menekankan fakta yang tidak dapat dielakkan bahawa Malaysia menduduki sebuah posisi geogran utama di antara Selat Melaka dengan Laut China Selatan, di antara Lautan Hindi dengan Lautan Pasifik. Walau bagaimanapun, persoalannya adalah sama ada Malaysia akan mengusahakan secara aktif sebuah dasar “menghubungkan lautan”, atau sepertimana ia juga boleh dipanggil sebagai sebuah “strategi Nusantara”, atau membiarkan ruang maritim di antara dan juga di sekitar semenanjung Malaysia dan Borneo kepada dasar-dasar maritim negara-negara lain, iaitu China, Indonesia, India, dan Amerika Syarikat.

Perancangan pembangunan Malaysia telah dipandu oleh “Wawasan 2020”, diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir. Sembilan cabaran yang diutarakan dalam “wawasan” ini berakhir dengan matlamat untuk menubuhkan “sebuah masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang sepenuhnya kompetitif, dinamik, utuh, dan berdaya tahan”. Dalam kesemua cabaran dan cara yang digariskan dalam wawasan ini, serta juga dalam kebanyakan dokumen-dokumen yang terkemudian yang merujuk kepada wawasan ini—termasuk dalam agenda untuk Persidangan Antarabangsa Kajian Malaysia Kesembilan, atau MSC9, yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Sosial Malaysia bersama-sama dengan IKMAS pada 2014—sebuah cabaran yang sangat penting didapati tiada, iaitu untuk menjamin akses kepada sumber-sumber semula jadi. Terdapat juga kekurangan umum dari segi perhatian terhadap sumber-sumber maritim dan secara lebih khusus terhadap tadbir urus sumber-sumber di Laut China Selatan. Hal ini adalah paling mengejutkan memandangkan Malaysia ialah sememangnya sebuah negara maritim.

Dari sudut pandang geografi, Malaysia ialah sebuah negara maritim disebabkan garis pantainya sepanjang 4,675km, bersempadan dengan Selat Melaka dan Laut China Selatan. Sekitar 63% sempadan Malaysia ialah sempadan maritim, mengunjur sejauh 480,000 km persegi pentas benua. Tambahan lagi Malaysia dibentuk oleh negeri-negeri maritim yang penting dalam sejarah, seperti Melaka, Johor, Terengganu, dan negeri-negeri lain. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang berbeza, kebanyakan daripada mereka ialah pendatang seberang laut manakala orang Melayu peribumi sejak dahulu merupakan pelaut dan nelayan laut dalam, menjelajahi Laut China Selatan, serta laut dan lautan Mediterranean berdekatan. Salah sebuah kelompok peribumi, Orang Laut, mengambil nama mereka daripada hubungan mereka dengan laut. Ekonomi maritim menyumbang bahagian yang penting kepada KDNK Malaysia manakala pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Selat Melaka dan di hujung selatan Johor telah maju menjadi bandar pelabuhan dunia yang utama.

Dalam masa yang sama perlumbaan untuk sumber-sumber di Laut China Selatan telah bermula dan tadbir urus Laut China Selatan telah menarik perhatian kuasa-kuasa dunia. Bagi memahami isu yang mendasar dalam penyelesaian masalah ini, Nusantara: Malaysia dan Geopolitik Laut China Selatan berhasrat untuk berundur sejenak dan melihat kepada pola kebudayaan dan geografi yang mendasar.

Abstrak
Abstract

1. Menghubungkan Lautan: Malaysia sebagai sebuah Negara Maritim
2. “Nusantara” sebagai sebuah Konsep Geopolitik
3. Permasalahan Tadbir Urus Laut China Selatan
4. Laut China Selatan sebagai sebuah Lautan Mediterranean
5. Perhubungan: Rangkaian merentasi Laut China Selatan
6. Kesimpulan: Dasar Maritim dan “Model Nusantara”

Nota
Penghargaan
Rujukan
Indeks
Biodata
Lampiran

Weight0.1 kg
Dimensions23 × 15 × 0.5 cm
Author(s)

,

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Mohamad Haziq Amaluddin (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.