Out of stock

Orang Sungai

Disunting oleh ROSAZMAN HUSSIN, JALIHAH MD. SHAH, dan DAYU SANSALU

Siri Etnik Sabah ITBM-UMS

ITBM & Penerbit USM (Cetakan Pertama, 2012)
225 halaman termasuk Bibliografi

RM35.00

Out of stock

Orang Sungai mengandungi maklumat lengkap tentang sejarah asal usul dan identiti budaya Orang Sungai di Sabah. Kupasan yang terkandung dalam buku ini berasaskan kajian dalam bidang sejarah, sosiologi dan antropologi sosial, kajian etnik, kajian seni dan budaya. Orang Sungai berasa daripada suku Paitan yang dipercayai merupakan kumpulan terawal di Sabah. Orang Sungai terdapat di sepanjang sungai utama khususnya di sebelah timur Sabah terutamanya di kawasan Kinabatangan, Beluran, Pitas dan Paitan. Mereka merupakan kumpulan etnik majoriti di kawasan sungai utama di Pantai Timur Sabah.

Kumpulan ini dikenali sebagai Orang Sungai, nama yang diberikan oleh William Pryer, Residen pertama Sandakan ketika itu yang membuat ekspedisi menyusur Sungai Kinabatangan sehingga ke Kampung Imbok. Rombongan Pryer telah terserempak dengan sekumpulan orang yang berambut panjang hingga ke bahu dan berkulit kemerah-merahan. Pryer tidak mengetahui asal usul kumpulan ini dan telah menamakan mereka sebagai River People yang kemudiannya telah dialih bahasa kepada Orang Sungai. Panggilan ini kekal digunakan sehingga ke hari ini malah turut digunakan untuk merujuk kumpulan lain yang juga menghuni di tepi sungai-sungai lain. Orang Sungai boleh dibahagi kepada tiga kumpulan yang utama, iaitu Orang Sungai Paitanik, Orang Sungai Dusunik, dan Orang Sungai Ida’an. Orang Sungai Paitanik merupakan masyarakat Orang Sungai yang tinggal di kawasan sekitar Sungai Paitan, contohnya di Beluran, Pitas dan Kota Marudu.

Terdapat tiga subkeluarga etnik Ida’an yang berdasarkan agama, bahasa dan tempat. Bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan Lahad Datu dan beragama Islam, mereka dikenali sebagai etnik Ida’an. Manakala kelompok yang tinggal di kawasan sekitar Tungku dikenali sebagai Begahak dan etnik di kawasan Sandakan dan Kinabatangan dikenali sebagai Orang Sungai. Orang Sungai yang dikatakan daripada subkeluarga Ida’an ialah Orang Sungai yang tinggal di kawasan Kinabatangan seperti di Kampung Abai, Kampung Bilit, Kampung Segaliud dan Kampung Suan Lamba. Malah, didapati etnik Ida’an, Begahak dan Orang Sungai ialah serumpun kerana mereka boleh berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa etnik mereka sendiri. Cuma yang berbezanya, jika suku Begahak dan Orang Sungai ada yang beragama Islam atau Kristian, namun etnik Ida’an kesemuanya beragama Islam.

Orang Sungai yang mempunyai rupa paras kecinaan membuktikan lagi bahawa mereka berketurunan Cina yang berasal dari Benua China. Walau bagaimanapun, perkara ini dinafikan seluruh komuniti Orang Sungai kerana ada yang berpendapat iras kecinaan itu lebih merujuk Orang Sungai di Kinabatangan sahaja dan tidak di tempat lain.

Prakata
Kata Pengantar
Senarai Penyumbang

PENGENALAN: Identiti Orang Sungai Berasaskan Bahasa Paitanik dan Sejarah Petempatan Awal di Hilir Kinabatangan

Asal Usul, Sosioekonomi dan Budaya Orang Sungai

Sistem Kepercayaan, Adat Istiadat dan Pantang Larang Orang Sungai Tombonuo di Sungai Paitan

Cerita Rakyat Orang Sungai Makian di Tongod

Sistem Perkahwinan Orang Sungai Makiang

Sistem Politik dan Kepemimpinan Ma Orang Sungai di Sungai Paitan

Tarian dan Lagu Tradisi Etnik Tombonuo, Pitas

Pengekalan Artifak Budaya & Tradisi Masyarakat Orang Sungai di Hulu Kinabatangan

PENUTUP: Cabaran dan Harapan Orang Sungai

Nota Hujung
Glosari
Bibliografi

Weight0.449 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

,

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.