Out of stock

Pagar Bukan Penjara: Kumpulan Cerpen 1947-1968

Hamzah Hussin, lebih mesra dengan panggilan Pak Hamzah ketika hayatnya, merupakan salah seorang daripada pengarang yang menggagaskan penubuhan ASAS50 bersama-sama Keris Mas, Jymy Asmara, dan Asraf; telah mula menulis cerpen sejak dari tahun 1947 hingga ke tahun 1968. Beliau juga terkenal sebagai wartawan dan tokoh perfileman Melayu yang tidak asing lagi. Dalam tempoh tersebut beliau telah menghasilkan tujuh buah novel, iaitu Tarikh Berlari Liar (1949), Di Mana Terbitnya Si Matahari (1950), Rumah Itu Dunia Aku (1951), Pemburu ke Rumah (1952), Samseng (1956), Hujan Air Mata (1958), dan Rumah Kosong (1965). Selepas meninggalkan ASAS50, beliau menubuhkan Persatuan Angkatan Persuratan Melayu baru yang berlandaskan ‘seni untuk seni’. Hamzah Hussin kemudian terjun ke dunia perfileman sebagai perunding pembikinan filem selain menjadi penulis berpuluh skrip. Beliau meninggal dunia pada 21 April 2007 pada usia 80 tahun kerana sakit tua di rumahnya di French Road, Singapura.

Othman Puteh merupakan seorang penulis Malaysia. Othman Puteh dilahirkan pada 5 Januari 1944 di Kampung Kuala, Kuala Sungai Baru, Melaka dan meninggal dunia pada 19 Oktober 2003. Othman Puteh pernah mendapat pendidikan di MPSI, Tanjung Malim 1963 – 1964. Selepas itu, beliau telah melanjutkan pendidikannya dalam bidang bahasa di Institute Bahasa, Kesusteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau aktif menulis dan sering menyumbang dalam majalah bulanan seperti Dewan Pelajar selain mengarang antologi dan novel.

DBP (Cetakan Pertama 1996)
714 halaman

RM60.00

Out of stock

Product ID: 638 Category: Sub-subjects: , , , , ,

Pagar Bukan Penjara: Kumpulan Cerpen 1947—1968 merupakan himpunan cerpen Hamzah Hussin yang terpenting sejak dari zaman pasca Perang Dunia Kedua sehingga lebih sedekad negara kita berada dalam kemerdekaan.

Melalui cerpen-cerpen Hamzah ini, terbukti pengarangnya berkeyakinan dengan anutan konsep ‘Seni untuk Seni’ dan banyak menampilkan jalur pemikiran dan memberikan tanggapan tafsirannya terhadap realiti objektif zamannya, terutama tentang subjek yang berkaitan dengan semangat nasionalisme, pengaruh permodenan Barat dalam hubungannya dengan gejala sosial masyarakat Melayu, pergaulan bebas di kalangan anak muda, unsur keislaman dan pelbagai ragi kehidupan harian yang ditemukan. Kesemuanya itu menjadi amat signifikan, apatah lagi dalam konteks dokumentasi sejarah kesusasteraan Melayu.

Hamzah merupakan cerpenis dan novelis yang penting dalam era pasca Perang Dunia Kedua, khususnya pada zaman kegemilangan Angkatan Sasterawan 50 yang beroperasi di Singapura. Beliau juga terkenal sebagai wartawan dan tokoh perfileman Melayu, dan pada tahun 1950-an dahulu pernah mencetuskan pemikiran yang penuh kontroversi berhubung dengan konsep ‘Seni untuk Seni’ yang kemudiannya menjadi polemik yang agak panjang di kalangan anggota ASAS50 sendiri.

Polemik ‘Seni untuk Seni’ dan ‘Seni untuk Masyarakat’ yang hangat itu menghidupkan suasana dunia kesusasteraan Melayu, sesungguhnya merupakan suatu hikmah; malah sebagai aset yang bernilai dalam khazanah kesusasteraan itu sendiri. la harus dilihat dan ditelusuri secara positif dan penuh dengan keterbukaan sikap bagaimana pejuangpejuang bahasa dan kesusasteraan pada era tersebut memperjuangkan keyakinan diri dan tenaga fikir mereka dalam usaha dan upaya mengangkat martabat dan marwah kesusasteraan Melayu.

Hamzah sendiri dengan keyakinan pegangan konsep ‘Seni untuk Seni’ yang diperjuangkan itu memperlihatkan wujudnya pemikiran yang tidak sehala, malah rencam pelbagai bagi memberikan corak warna kelainan dalam perkembangan sastera Melayu.

Weight 0.945 kg
Dimensions 14.5 × 4.7 × 22.2 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pagar Bukan Penjara: Kumpulan Cerpen 1947-1968”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More from this Author

  • Bintang Bukan Saja Di Langit

    Bintang Bukan Saja di Langit

    , RM20.00
  • Memoir Hamzah Hussin: Dari Keris Film Ke Studio Merdeka

    Memoir Hamzah Hussin: Dari Keris Film Ke Studio Merdeka

    , RM18.00