Pakai Patut Melayu

MOHD SAID SULAIMAN adalah seorang pengarang buku tersohor di Johor. Beliau juga ada seorang tokoh ilmuan yang berkaliber, khususnya dalam memperlihatkan keistimewaan dan keunikan cara berpakaian orang Melayu zaman silam.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2008)
110 halaman termasuk Indeks dan Lampiran Teks Jawi

RM25.00

In stock

Pakai Patut Melayu, sebuah karya klasik yang boleh menjadi panduan tertib pakaian Melayu terutamanya yang dipakai di Johor. Buku ini menampilkan perkembangan reka bentuk persalinan, lelaki dan perempuan sama ada cara gaya pakaian biasa; pakaian Kehormatan Barat; pakaian kanak-kanak mahupun pakaian istiadat. Semasa hayatnya, Mejar Dato’ Haji Mohd said Haji Sulaiman (1876-1955) sering kali memupuk minat yang tinggi dalam dunia penulisan dan banyak menghasilkan pelbagai jenis rencana. Atas kegigihannya juga beliau berterusan menulis sehingga berjaya melahirkan lebih daripada 88 buah buku dalam pelbagai tema. Pakai Patut Melayu yang asalnya diterbitkan dalam tulisan Jawi pada 1931M/1349H, bolehlah dianggap sebagai sebahagian daripada khazanah keilmuan Melayu, kini diterbitkan semula secara bersama dengan versi Rumi.

Karya ini sedikit sebanyak menyumbang dalam membina korpus ilmiah serta mengembalikan semula kegemilangan penulis dalam memancarkan warna-warni pengalaman dan jiwa peribadi pengarang yang suatu ketika dahulu amat disegani ketokohannya sebagai seorang pengkarya dan pentadbir di Johor. Adalah risalah ini dikarangkan supaya jadi suatu panduan atas mereka yang belum dapat ketahui akan tertib pakaian Melayu terutamanya yang dipakai dalam Johor bagi masa yang ada dan bagi menjadi suatu ingatan pada tempoh yang di belakang kiranya berlaku apa-apa perubahan atau pindaan sama ada sedikit atau banyak.

Shahdan termustahaklah jua disebutkan iaitu bukanlah tujuan risalah ini mengatakan hal pakaian Melayu yang dipakai oleh orang-orang di dalam Johor masa sekarang ialah asas bagi pakaian Melayu di tempat lain-lain pun kerana pakaian itu seperti (bahasa) jua mana-mana negeri yang berjiran atau berhampiran lazimlah keadaannya sama atau seakan-akan. Sebagai lagi adalah risalah ini mengandungi sedikit ingatan tentang bawaan yang patut bagi kita orang-orang Melayu yang demikian diharapkan boleh memberi faedah ke atas mereka yang belum kuat hatinya berbuat demikian sungguhpun ada dalam pengetahuannya.

Senarai Gambar
Prakata Editor
Pendahuluan
Riwayat Hidup

1. Perihal Pakaian Biasa bagi Laki-laki
2. Pakaian Kehormatan Barat bagi Laki-laki
3. Pakaian Kanak-kanak Laki-laki
4. Pakaian Biasa dan Istiadat bagi Perempuan
5. Bahas Pakaian Barat bagi Perempuan
6. Pakaian Kanak-kanak Perempuan
7. Setengah Peringatan kepada Lelaki dan Perempuan

Indeks

Weight0.190 kg
Dimensions22.7 × 15 × 0.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 4 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Sehakirin Ayob (Verified Reader)

    Terbaik

    (0) (0)
  2. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  3. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  4. Fatimah Azzahra (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.