Out of stock

Pakaian Melayu Sepanjang Zaman

ABBAS ALIAS (b. 1952 – ) merupakan seorang guru kakitangan sumber Sains Wilayah Persekutuan dan memperoleh anugerah guru cemerlang pada tahun 1984. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang seni dan penyelidikan alam Melayu.

NORWANI MOHD. NAWAWI (b. 1957 – ) merupakan pensyarah kanan di Universiti Teknologi MARA.

DBP (Cetakan Kedua, 2006)
176 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM100.00

Out of stock

Pakaian Melayu Sepanjang Zaman menerokai susur galur sejarah pakaian masyarakat Melayu dan perkembangannya sejak dari zaman tradisional hingga ke zaman moden. Pakaian orang Melayu lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dahulu kala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal masyarakat di tempat itu sendiri, malahan yang lebih penting akibat pengaruh daripada pedagang India, Cina, Arab dan Eropah.

Begitulah luasnya pengaruh yang diterima oleh orang Melayu yang meliputi unsur-unsur tamadun dari sebelah Timur dan sebelah Barat. Kesemua unsur ini diolah dan digabungkan menjadi satu budaya yang kaya. Daripada jalinan kebudayaan yang beraneka rupa ini, terhasil berbagai-bagai jenis pakaian Melayu asli yang indah dan unik sehingga hari ini, pakaian tradisional Melayu masih teguh keutuhannya walaupun dilanda arus perkembangan fesyen dari Barat.

Antara pakaian wanita yang masih popular termasuklah baju kurung, baju kebaya panjang, baju kebaya pendek, baju kurung Kedah dan baju Pahang. Selain itu, terdapat juga pakaian yang dianggap klasik yang tidak sesuai dipakai sebagai pakaian basahan. Pakaian klasik ini adalah seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, baju Menora dan baju Minangkabau yang hanya sesuai dipakai dalam majlis tertentu seperti pertunjukan tarian atau peragaan fesyen. Bagi kaum lelaki pula, pakaian yang masih popular ialah baju Melayu.

Tamadun dunia pada mulanva telah menghasilkan pakaian yang bercirikan kebangsaan sesebuah negara. Namun demikian, pada abad yang ke-19 setelah kuasa British dapat memperluas pengaruhnya, perbezaan pakaian bangsa yang berlainan telah menampakkan keseragaman ke arah pemodenan. Negara Malaysia juga tidak terlepas daripada arus kemajuan dan pemodenan ini, terutama bagi kaum lelaki dan sebahagian besar muda-mudi Melayu, yang lebih senang berpakaian cara Barat.

Namun demikian, pada hari-hari istimewa seperti hari perayaan, perkahwinan atau menghadiri majlis formal, mereka lebih mengutamakan pakaian Melayu tradisional. Pakaian tradisional ini merupakan lambang kemegahan seni tradisi yang diwarisi sejak dahulu lagi. Melalui pakaianlah dapat diukur ketinggian budi pekerti sesuatu bangsa itu. Semoga pakaian tradisi Melayu itu tetap utuh pada sepanjang zaman.

Pengenalan

BAB 1 LATAR BELAKANG MASYARAKAT MELAYU NUSANTARA
1.1 ASAL USUL ORANG MELAYU
1.2 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PAKAIAN MELAYU
— Pengaruh India
— Pengaruh Islam
— Pengaruh Kesultanan Melayu Melaka
— Pengaruh Barat
1.3 TEKSTIL MELAYU
— Kain Limar
— Kain Cindai
— Kain Songket
— Kain Limar Bersongket
— Kain Tenun Biasa
— Kain Telepuk
— Kain Gerus
— Kain Batik
— Pewarnaan Kain
— Penyalaian Kain

BAB 2 PERKEMBANGAN PAKAIAN RAJA DAN RAKYAT BIASA
2.1 BAJU
2.2 BAJU HIAS
2.3. BAJU KEHORMAT BARAT
2.4 SELUAR
2.5 BENGKUNG DAN TALI PINGGAN
2.6 TENGKOLOK
2.7 ALAS KAKI
2.8 PAKAIAN WANITA BANGSAWAN
2.9 PAKAIAN RAKYAT BIASA

BAB 3 JENIS-JENIS PAKAIAN MELAYU
3.1 BAJU KURUNG
— Asal Baju Kurung
— Baju Kurung Teluk Belanga
— Baju Kurung Cekak Musang
— Kain Sarung, Seluar dan Samping
3.2. BAJU KEBAYA
— Baju Belah Labuh/Baju Kebaya Labuh
— Baju Belah Pendek/Baju Kebaya Pendek
— Baju Bandung/Baju Kota Bharu
3.3. BAJU KEDAH
3.4 BAJU PAHANG
3.8 PAKAIAN KEPALA
— Tengkolok
— Songkok
— Semutar
— Kopiah
— Terendak

BAB 4 PAKAIAN ADAT PERKAHWINAN MELAYU
4.1 PAKAIAN PENGANTIN DIRAJA
4.2. PAKAIAN PENGANTIN ANAK ORANG-ORANG BESAR DAN RAKYAT BIASA
4.3. HIASAN KEPALA PENGANTIN

BAB 5 PAKAIAN KLASIK
5.1 PAKAIAN CIK SITI WAN KEMBANG
5.2 PAKAIAN PUTERI PERAK
5.3 PAKAIAN PENARI KLASIK
— Tarian Makyung
— Tarian Asyik
— Tarian Menora
— Tarian Gamelan

BAB 6 CIRI-CIRI ISLAM PADA PAKAIAN MELAYU
— Telekung Mini
— Skaf
Turban
— Serkup
— Selendang

BAB 7 REKA BENTUK PAKAIAN MELAYU KONTEMPORARI
7.1 BAJU KURUNG MODEN
7.2 BAJU KEBAYA MODEN
7.3 BAJU KEBARUNG

BAB 8 PENUTUP

Senarai Plat
Senarai Rajah
Bibliografi
Indeks

Weight0.929 kg
Dimensions26 × 26 × 1.5 cm
Author(s)

,

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.