Panduan Bangsa: Mengandungi Akhlāq, Adab, Pergaulan dan Lain-Lain

AḤMAD HĀSHIMĪ adalah ulama besar kelahiran Kedah dan pejuang kemerdekaan yang telah bersama dalam gerakan menentang Malayan Union.

Akademi Jawi Malaysia (Cetakan Pertama, 2021)
388 halaman termasuk Indeks

RM55.00

In stock

If you purchase this book you will earn 11 points worth of RM1.10!
ISBN: 9789672422259 Product ID: 27526 Category: Sub-subjects: , ,

Panduan Bangsa merupakan sebuah kitab karangan Tuan Guru Ḥāji Aḥmad Hāshimī yang diterbitkan pada 1946, sewaqtu orang-orang Melayu melalui tempoh penuh gelora dan ujian manakala semangat kebangsaan dan kemerdekaan sedang berada dikemuncak. Kitāb ini dimulakan dengan tiga buah taqrīẓ (puji-pujian) yang dikarang oleh Shaykh ‘Abdu’Llāh Fahim, Tunku Abdul Rahman Putra al-Ḥāj dan Tuan Guru Ḥāji Ḥusayn bin Ismā’īl. Terkandung di dalamnya 45 bāb ya’nī 45 panduan dalam kehidupan berkenaan akhlaq, adab, pergaulan, budi perangai dan sebagainya yang menjadi ciri penting sebuah bangsa dan tanah air yang merdeka dan berdaulat.

Dalam kelumpuhan orang Melayu selepas Perang Dunia Kedua, dan keadaan negeri yang huru-hara ‘aqibat keganasan gerila komunis, penubuhan Malayan Union pula digagaskan pada Januari 1946M dengan tipu helah untuk meletakkan Semenanjung Tanah Melayu sebagai Tanah Jajahan Mahkota Inggeris. Laungan kebangsaan bergema menerusi pidato-pidato ‘umum dan untuk pertama kali, seluruh ra’yat Melayu turun ke lapangan menyuarakan nasib tanah air mereka yang tidak menentu. Para pembesar dan bijak pandai Melayu telah bergandingan memimpin seruan kebangkitan ini, tidak ketinggalan ialah daripada kalangan ‘ulamā’ Kaum Tua seperti Tuan Guru Ḥāji Aḥmad Hāshimī.

Tuan Guru Ḥāji Aḥmad Hāshimī mengarang Panduan Bangsa sebagai sebuah karya yang menyentuh tentang pengislahan jiwa dan pembinaan jati diri bangsa, yang kini jenisnya jarang sekali diketengahkan. Dalam pandangan ‘umum khususnya hari ini, para ‘ulamā’ Kaum Tua sering dilihat terasing dan terpinggir serta dan kurang diketahui jasanya dalam medan perjuangan kebangsaan. Rata-rata ahli tarikh meletakkan Kaum Tua sebagai ‘ulamā’ yang bertentangan sifatnya dengan Kaum Muda yang dipandang lebih progresif dan ke hadapan—suatu ta’biran yang kurang menyeluruh daripada haqigqat perjalanan sejarah tanah air kita. Tokoh-tokoh ‘ilmuwan Kaum Tua yang sebahagian besarnya berkelulusan dari kota Makkah al-Mukarramah mempunyai pengaruh yang quwwat dalam kalangan bangsa Melayu ketika itu yang berpegang teguh kepada Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah.

Penghejāan dan Perūmīan

Penghargaan
Kata Pengantar I
Kata Pengantar II
Catatan Penyunting

Pengenalan Tuan Guru Ḥāji Aḥmad Hāshimī
Naskhah Rujū’kan

Taqrīẓ Al-‘Ālim al-‘Allāmah al-Ustādh al-Ḥājj ‘Abdu’Llāh Fahim, Mudīr Madrasah Idrīsiyyah, Kuala Kangsar

Taqrīẓ Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra

Taqrīẓ Al-‘Ālim al-Fāḍil al-Ḥājj Ḥusayn bin al-Ḥājj Ismā’īl, Mudīr Madrasah al-Akhlāq al-Islāmiyyah dan Bekas Yang di-Pertua Kesatuan Melayu Kedah

Pendahuluan
Mara
Ṣabar
Putus Asa
Harapan
Bacul
Cuai
Berani
Utusan Kemaṣlaḥatan Bangsa
Kemuliaan.
Lena dan Jaga
Adab dan Pergerakan
Bangsa dan Kerajaan
Tertipu atau Terpedaya oleh Diri Sendiri
Membaharui
Melampaui
Agama
Kemajuan
Kebangsaan
Merdeheka
Jenis-jenis Kemerdehekaan
Kemahuan
Ketua (Penganjur)
Suka Menjadi Penganjur
Dusta atau Benar
Sederhana
Bahagia
Menunaikan Kewājipan
Kepercayaan
Dengki
Tolong Menolong
Puji dan Tegur
Cekal
Wārith Bumi
Sekatan Permulaan Perjuangan
Kejatuhan
Keelokan
Perempuan
Bersiap dan Berserah
Bersandar kepada Kebolehan
Didikan dan Asuhan
Bersatu
Penutup Kata
Keshukūran

Daftar Rujū’kan

Glosari
Indeks

لمڤيران کتاب ڤندوان بڠسا

Weight 0.715 kg
Dimensions 21.6 × 13.8 × 2.8 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Script

Jawi, Roman

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Panduan Bangsa: Mengandungi Akhlāq, Adab, Pergaulan dan Lain-Lain”

Your email address will not be published. Required fields are marked *