Panduan Mengkaji Manuskrip Perubatan Melayu

MOHD AFFENDI MOHD SHAFRI adalah Profesor Madya di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Akademi Jawi Malaysia (Cetakan Pertama, 2021)
51 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM25.00

In stock

If you purchase this book you will earn 5 points worth of RM0.50!

Panduan Mengkaji Manuskrip Perubatan Melayu disusun serta dikembangkan daripada kaedah sedia ada serta penambahan kaedah baharu, dikumpulkan secara ringkas dalam panduan ini untuk digunakan dalam bengkel-bengkel perumian. Justeru, buku panduan yang diberi nama Panduan Mengkaji Manuskrip Perubatan Melayu juga boleh dijadikan panduan kilat dan pantas oleh para pelajar dan pengkaji untuk merangka kajian dan menulis kertas cadangan kajian mereka.

Kajian ke atas manuskrip perubatan Melayu sedang berkembang dengan baik di rantau ini. Kesedaran masharakat tentang kehadiran khazanah ini menarik perhatian banyak pihak untuk mengusahakan kajian sama ada ke atas manuskrip mahupun kandungan manuskrip tersebut. Ini menyebabkan bahawa kajian ke atas manuskrip perubatan Melayu tidak lagi terhad kepada usaha yang dijalankan oleh ahli sejarah dan ke atas naskhah secara fizikal, tetapi turut melibatkan para saintis dan sarjana dalam ‘ilmu perubatan dan ‘ilmu kesihatan terhadap ‘ilmu yang terkandung di dalamnya.

Para pengguna panduan ini adalah dinasihatkan supaya turut merujuk kepada buku-buku panduan sedia ada serta menyertai bengkel-bengkel yang diadakan dan semasa ke semasa untuk memantapkan pemahaman dan kemahiran. Kaedah yang terkandung dalam panduan ini juga bukanlah bersifat muktamad malah boleh diperbaiki sekiranya tidak bersesuaian atau perlukan penambahbaikan.

Manuskrip perubatan Melayu merupakan salah satu bidang penulisan yang popular di kalangan orang Melayu jika dilihat dari segi bilangan, keragaman dan sebarannya yang luas. Secara tidak langsung, ini menunjukkan ‘ilmu perubatan sudah menjadi satu bidang ‘ilmu yang penting dalam kalangan orang Melayu yang di’amalkan dan dirakam dalam bentuk tulisan, merakyat dan membumi. Beberapa kawasan di ‘Alam Melayu diketahui pernah menghasilkan banyak karya perubatan contohnya Fatani, Pontianak dan Riau-Lingga. Setengahnya mempunyai tabib-tabib diraja yang turut meninggalkan karya sama ada secara bertulis atau bercetak.

Manuskrip perubatan Melayu secara ‘amnya mesti mengandungi kandungan yang mewakili ‘ilmu perubatan iaitu lebih daripada 80% perbincangannya mestilah mengenai perubatan. Sebuah kitab fiqh tidak sesuai dikategorikan sebagai kitab perubatan meskipun kandungannya mungkin berkaitan dengan hal ehwal tubuh badan manusia seperti hayd. Manakala manuskrip yang mempunyai berbilang-bilang ‘ilmu tanpa bab-bab yang jelas mestilah dirujuk sebagai kitab mujarrabat sahaja dan tidak sesuai dikategorikan sebagai kitab perubatan.

Penghejaan dan Perumian
Senarai Jadual
Senarai Gambar
Senarai Rajah

1. PENDAHULUAN
Definisi Manuskrip
Manuskrip Melayu
Orang Melayu
Sumber Manuskrip Melayu
Pembahagian Manuskrip Melayu

2. MANUSKRIP PERUBATAN MELAYU
Pencirian Manuskrip Perubatan Melayu
Pembahagian Manuskrip Perubatan Melayu
Perubatan Melayu
Manfaat Mengkaji Manuskrip Perubatan Melayu
Cabaran Mengkaji Manuskrip Perubatan Melayu

3. CIRI-CIRI PENGKAJI MANUSKRIP PERUBATAN MELAYU YANG DIPERLUKAN
Memiliki Sahsiah Terpuji
Mempunyai Kemampuan Berbahasa Melayu Yang Baik
Mempunyai Kemahiran Membaca Jawi Lama Yang Baik
Mengetahui ‘Ilmu Perubatan Yang Asas

4. BEBERAPA BENTUK KAJIAN MANUSKRIP PERUBATAN MELAYU
Kajian Fizikal Manuskrip
Kajian Isi Manuskrip

5. KAJIAN FILOLOGI KE ATAS MANUSKRIP PERUBATAN MELAYU
Alih Aksara
Pemurnian Alih Aksara

6. KAJIAN SAINTIFIK KE ATAS MANUSKRIP PERUBATAN MELAYU
Perbandingan Dengan Dapatan Sains Terkini
Membuat Indeks Pengukuran Saintifik
Analisa Bertema
Kajian Makmal dan Klinikal
Indeks Kesepakatan

7. BAHAN-BAHAN RUJUKAN

8. MANUSKRIP PERUBATAN MELAYU DAN MASHARAKAT
Memasharakatkan Manuskrip Perubatan Melayu
Kelangsungan Tradisi dan Kelestarian ‘Alam
Penyelidikan yang Bertanggungjawab
Kemajuan Bertunjangkan Agama dan Budaya

9. SENARAI RUJU‘KAN

10. INDEKS

Weight 0.13 kg
Dimensions 22.8 × 15.2 × 0.4 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Panduan Mengkaji Manuskrip Perubatan Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *