Out of stock

Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu

UNGKU ABDUL AZIZ (b. 1922 – ) merupakan ahli ekonomi, intelektual dan pemikir ulung Malaysia. Beliau telah dianugerahkan gelaran “Profesor Diraja Ekonomi” (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978. Beliau turut menjawat jawatan Naib Cancelor Universiti Malaya dari 1968–1988.

DBP (Cetakan Pertama, 2011)
58 halaman termasuk Lampiran dan Bibliografi

RM15.00

Out of stock

Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu mengandungi 78 buah pantun yang dipilih secara teliti yang memenuhi beberapa ukuran Ungku Aziz bagi membuktikan keunikan pantun tersebut, daripada koleksi pantun beliau yang berjumlah 16,000 buah. Tumpuan beliau ialah menggambarkan dunia pedagang, gambaran musim dan angin serta pantun kanak-kanak. Ungku Aziz mengakui bahawa pendekatan kajian beliau ini bolehlah dikatakan di luar kotak. Beliau cuba memberikan perhatian pada aspek pembahagian pantun yakni deconstruction. Beliau cuba mengenal “struktur atau jiwa pantun” dengan memberikan contoh pada konsep teknikal dan jati diri di dalam pantun.

Pantun tidak wujud dalam kekosongan atau vacuum. Pantun ialah manifestasi terbaik seni sasteraorang Melayu. Demikian exotic sifat pantun hingga khabarnya ia mempengaruhi banyak pengkaji oriental pada zaman penjajah dan selepas penjajahan. Malah pengaruh pantun tersebar hingga dikatakan mengesankan sasterawan tersohor Perancis, Victor Hugo dan mereka yang seangkatan dengannya.

Pantun sebagai sifatnya pantun, mempunyai ciri-ciri yang unik yang membezakannya dengan tradisi puisi lisan yang lain. Kedudukannya cukup istimewa hingga ia menjadi senama dengan budaya dan pengucapan seni orang Melayu. Di tengah perubahan luar biasa yang melanda masyarakat Melayu hari ini, pantun adalah di antara pengucapan sastera yang masih bertahan disampaikan dalam pelbagai majlis rasmi dan tidak rasmi. Hang Tuah mungkin akan hilang di dunia tetapi pantun tidak akan hilang selagi orang Melayu mempertahankan nilai kemelayuan mereka.

Minat yang besar terhadap pantun memungkinkan banyaknya buku yang mengumpulkan karya lisan ini. Demikian juga sudah sekian banyak usaha untuk “menelaah” pantun Melayu bukan sahaja oleh pengkaji orientalis tetapi juga sarjana dan ilmuwan tempatan. Sudah tentulah sebahagiannya menumpukan pada sifat dan keistimewaan pantun dari segi bahasa dan perbendaharaan kata, struktur dan komposisinya serta kehebatan nilai tersurat dan tersirat yang terlihat dari pembayang dan maksudnya. Terdapat juga usaha sungguh-sungguh untuk melihat bagaiman? pantun memancarkan pandang-dunia, nilai dan minda Melayu itu sendiri.

Ternyatalah pantun cerminan masyarakat Melayu yang sebenar. Ia bukan sahaja menggambarkan sikap dan pendirian orang Melayu, menampilkan kehidupan dan cara hidup orang Melayu tetapi lebih penting ia ada kaitannya dengan adab dan akal mereka. Minda Melayu ternyata jelas terlihat dari gubahan dan pemilihan perbendaharaan kata yang tepat dalam pantun Melayu.

Judul koleksi ini ialah Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu yang dengan sendiri menunjukkan ke arah mana kecenderungan Ungku Aziz “membaca” pantun-pantun yang terkumpul ini. Ramai orang Melayu sendiri yang menganggap pantun tidak lebih luahan perasaan dan nukilan masyarakat tradisional Melayu. Ada yang menganggap ia susunan kata-kata yang kelihatan indah dan tidak lebih dari itu. Ungku Aziz membuktikan sebaliknya. Malah bagi Ungku Aziz, pantun membuktikan “daya akal, kreativiti” orang Melayu, malah ia merupakan “daya cipta yang canggih.” Ungku Aziz menggunakan perkataan “genius” untuk membawa makna “daya cipta” itu,

Tradisi pantun yang menurut Ungku Aziz berusia lebih 700 tahun di kalangan masyarakat Melayu Nusantara merupakan penghasilan minda yang istimewa. Kreativiti yang memungkinkan terhasilnya pantun datang dari pemerhatian dan pengalaman yang luar biasa. Maka itu apa yang terhasil ialah karya sastera yang bukan sahaja mempunyai konvensi yang khusus, yang dicorakkan oleh pola rima yang khusus tetapi seperti juga yang disenaraikan oleh Ungku Aziz, seni pantun mempunyai keupayaan daya ubah atau flexibility, variasi dan ciptaan kata dwimakna selain sifat-sifat unik yang lain.

Weight0.157 kg
Dimensions24.8 × 18.4 × 0.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Mohd zain Kosnan (Verified Reader)

    Good material for reading

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.