Out of stock

Pantun Peranakan Baba: Mutiara Gemilang Negeri-Negeri Selat

DING CHOO MING adalah Profesor dan Felo Penyelidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Sebelum ini, beliau pernah bertugas sebagai Pensyarah di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat dan Pustakawan di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Bukunya bersama Penerbit UKM berjudul Raia Aisyah Sulaiman: Pengarang Ulung Wanita Melayu (1999) telah memenangi Hadiah Sastera Perdana DBP.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2008)
228 halaman

RM30.00

Out of stock

Pantun Peranakan Baba: Mutiara Gemilang Negeri-Negeri Selat memfokuskan kepada keindahan dan kreativiti karya pantun daripada pengarang Peranakan Baba. Dengan terbentuknya masyarakat Peranakan Baba, hasil daripada perkahwinan campur antara lelaki Cina dengan wanita rumpun Melayu di Alam Melayu, maka sudah lahir kesusasteraan Peranakan Baba di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang, iaitu Negeri-negeri Selat (1846-1941). Kelahiran karya sastera itu adalah kemuncak kepada kejayaan warisan kebudayaan komuniti Peranakan Baba di pinggir abad ke-19. Tertarik kepada pantun, ramai Peranakan Baba boleh berjual-beli pantun dengan diiringi alunan muzik dan tarian di majlis keramaian yang juga dikenali sebagai berdondang-sayang.

Sekitar 70 orang Peranakan Baba generasi baru, termasuk Siow Hay Yam, Baba Kim Teck, Wan Boon Seng, Lim Hock Chee, Bateck dan Baba Cheong Tat adalah pengarang, penulis, editor dan sasterawan. Daripada mereka ribuan rangkap pantun, syair dan teka-teki telah diterbitkan dalam akhbar dan antologi puisi yang diusahakan Peranakan Baba di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang sejak 1889 sehingga menjelang Perang Dunia Kedua.

Hasilnya, keindahan, kehebatan dan kreativiti karya pantun daripada pengarang Peranakan Baba itu bukan sahaja dapat dinikmati serta dihayati, tetapi juga dikaji dengan lebih mudah. Irama pantun, syair serta dondang-sayang amat indah lagi hebat bukan sekadar pada gugusan rima, bunyi dan kata-kata. Kesemuanya disusun mengikut formula dan struktur yang baik dengan adanya limpahan, curahan, penyataan ilham, cita rasa, kreativiti dan kehebatan mereka sebagai pengarang.

Kreativiti Peranakan Baba berpantun telah menarik perhatian penulis pada tahun Ogos 2000 semasa terserempak dengan seorang Pemakan Baba iaitu Koh Kim Bok di Bukit Rambai, Melaka. Beliau bukan sahaja boleh berpantun, tetapi juga menyimpan beberapa buah buku pantun Peranakan Baba. Kesediaannya, walaupun baru berkenalan, meminjamkan buku pantun itu membuatkan penulis berasa masalah susah mendapatkan bahan-bahan yang dikehendaki boleh diatasi selagi Peranakan Baba yang lain dan juga kawan-kawan penulis yang lain boleh membantu.

Ketika itu, penulis sendiri tidak tahu berapa banyak pantun yang ada pada Peranakan Baba. Yang beliau tahu ialah memang banyak buku pantun Melayu sudah diterbitkan dan boleh didapati di perpustakaan. Ini juga disebabkan belum ada lagi bibliografi atau katalog atau senarai buku pantun Peranakan Baba.

Pada pengetahuan penulis yang ada hanyalah senarai bibliografi yang menyenaraikan penulisan karya Chrita Dahulu Kala dan karya penterjemahan-pengadaptasian yang lain dengan sedikit buku pantun dan syair Peranakan Baba seperti yang telah diusahakan Salmon Claudine dan Tan Chee Beng, selain tesis ijazah sarjana yang diusahakan Oong Hak Ching yang turut memberi ruang dan perhatian kepada karya pantun Peranakan Baba dan juga tesis ijazah sarjana yang telah diusahakan Teo Lay Teen mengenai Chrita Dahulu Kala yang sudah disebut tadi.

Setelah dimaklumkan tentang niat beliau ingin mengumpul dan mendokumentasi buku pantun Peranakan Baba, kawan-kawan penulis di Australia, Indonesia, England, Singapura dan Malaysia telah memberi kerjasama yang di luar dugaannya. Mereka bukan sahaja mengirimkan salinan foto antologi pantun Peranakan Baba, tetapi juga bahan-bahan yang lain tentang sosio budaya masyarakat Peranakan Baba. Daripada pengumpulan dan pendokumentasian itu, penulis turut tertarik kepada kehebatan kepengarangan Peranakan Baba dalam berpantun. Itulah serba sedikit latar belakang tertulisnya beberapa buah rencana tentang asal usul Peranakan Baba, kreativiti dan kepengarangan Peranakan Baba dalam mengarang pantun seperti yang disiarkan dan yang lain dibentangkan dalam beberapa seminar sebelum terbitnya buku ini.

Kini, sebahagian besar pantun (meliputi syair, gurindam, seloka. teka-teki) Peranakan Baba yang sudah terkumpul di portal ATMA secara maya. Kepengarangan dan penerbitan karya pantun Peranakan Baba yang dikupas dalam Pantun Peranakan Baba: Mutiara Gemilang Negeri-Negeri Selat adalah berdasarkan bahan yang telah didokumentasikan. Usaha pendokumentasian ini dilakukan bagi tujuan menyelamatkan warisan budaya Peranakan Baba yang masih ada supaya tidak pupus ditelan zaman dan terus ditinggalkan oleh generasi muda pada hari ini.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.341 kg
Dimensions 22.6 × 15 × 1.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789679428551

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pantun Peranakan Baba: Mutiara Gemilang Negeri-Negeri Selat”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.