Paradigma Melayu

Suntingan oleh HASHIM ISMAIL, NOR HISHAM OSMAN, MOHD TAUFIK ARRIDZO, dan MOHAMMAD NAZZRI AHMAD

ITBM (Cetakan Pertama, 2017)
285 halaman

RM40.00

In stock

If you purchase this book you will earn 8 points worth of RM0.80!
ISBN: 9789674607296 Product ID: 25025 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Paradigma Melayu menghimpunkan pelbagai tulisan berkenaan pengalaman intelektual masyarakat Melayu serumpun. Pelbagai ilmu kearifan tempatan dianalisis oleh para sarjana pada peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Pengalaman dan kebijaksanaan masyarakat Melayu serumpun meliputi pelbagai bidang kehidupan manusianya. Dari segi sejarah kewujudan masyarakat prasejarah, kemudiannya melalui masyarakat bertamadun, moden dan pascamoden melahirkan banyak cabang ilmu yang harus dikaji dari semasa ke semasa.

Dengan munculnya buku ini akan membuka sebahagian lembar kebijaksanaan Melayu serumpun yang sejak sekian lama membentuk manusia Melayu yang menguasai pelbagai bidang ilmu kehidupan. Langkah transformasi masyarakat Melayu serumpun tetap memerlukan kebijaksanaan tempatan untuk difahami, dinilai dan dimanfaatkan daya fikir mereka bagi memacu kehidupan masa depan.

Perubahan sosiopolitik, sosiobudaya dan sosioekonomi masyarakat membentuk pola-pola baharu terhadap perubahan kehidupan orang-orang Melayu. Saingan dalam merebut peluang untuk hidup menjadi semakin mencabar. Malahan transformasi dalam pola tindakan dan pemikiran mereka adalah disebabkan keinginan untuk kesejahteraan serta keharmonian.

Untuk itu, tindakan yang berbentuk perubahan paradigma adalah dituntut sehinggakan ia mampu menjadi satu reaksi positif ke arah kemajuan masyarakat. Paradigma Melayu adalah sebuah buku yang menampilkan bagaimana perubahan sikap orang-orang Melayu dalam berhadapan dengan pelbagai isu termasuk isu perubahan sosial, budaya, politik, pendidikan, seni, bahasa dan ekonomi dalam menangani perubahan dimensi pola fikir selaras dengan perubahan pesat masyarakat dunia.

Prakata I
Prakata II
Pengenalan

Amalan Perniagaan Orang Bajau Daerah Kota Belud, Sabah

Evolusi Tasawur Pemikiran Melayu: Kajian Historiografi

Islam and the Malay Rulers as the Paradigm of Malayness in Sajak-sajak Sejarah Melayu

Kerelaan Berbagi dan Keberanian Berbeda dalam Dwilogi Para Priyayi Karya Umar Kayam

Local Wisdom dalam Kesusasteraan Indonesia Moden: Kontribusinya dalam Pembangunan Karakter Bangsa

Mahkota on the Melaka Traditional Mosques

Malay Literature Youth Association (Mylitya) Programme

Marked Bricks from Candi 1 Bumiayu: Preliminary Study

Melestarikan Adat Perpatih Menjana Transformasi Minda insan Bestari Kelas Pertama

Simbolik Politik dalam Sebelas Rejab: Bacaan Kritikan Melayu

Strategi Retorik dalam Novel Bumi Cinta, Karya Habiburrahman el-Shirazy

Wayang Kulit: Satu Perbandingan Tradisi Melayu dan Tamil

Collaborative Research in the Austronesian Language Family

Penggunaan Bahasa Ibunda secara Inklusif dalam Pendidikan dengan Rujukan kepada Bahasa Melayu

Sastera Melayu Era Pascamoden: Berakhirnya Mitos Sejarah Lama

Usaha Memperkasa Iman, Islam dan Bahasa di Kalangan Masyarakat Keturunan Jawa di Sabak Bernam, Selangor

Weight 0.449 kg
Dimensions 22.8 × 15.1 × 1.7 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Paradigma Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *