Parasit dan Sesudah Perang ,

Mohd Anwar Ridhwan (5 Ogos 1949 – ) merupakan Sasterawan Negara Malaysia ke-10 dan juga merupakan seorang penulis novel Malaysia. Beliau dilahirkan pada 5 Ogos 1949 dalam keluarga petani yang berasal dari Perak yang kemudiannya menetap di Sungai Besar, Selangor. Lulusan Sarjana Muda Sastera (1973) dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D pada tahun 1998) kesemuanya dari Universiti Malaya. Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979. Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985.Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976) dan Dari Kiev ke Moskova (1992). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001.

DBP (Cetakan Pertama 2009)
179 halaman

RM15.00

Kumpulan cerpen Parasit dan Sesudah Perang mengandungi 22 buah cerpen awal Sasterawan Negara Anwar Ridhwan yang dihasilkan beliau ketika dekad awal kepengarangannya. Kumpulan cerpen ini merupakan edisi terbaharu daripada kumpulan cerpen beliau iaitu Parasit yang diterbitkan pada tahun 1976 (DBP), dan Sesudah Perang yang diterbitkan pada tahun 1978 (DBP).

Parasit dan Sesudah Perang bukan hanya menggambarkan secara dramatik tentang kisah kehidupan dan kemanusiaan serta penderitaan, tetapi merupakan satu penelitian dan pemikiran Anwar Ridhwan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekelilingnya. Penulis membawakan tema yang pelbagai dan menarik serta dibantu oleh gaya bahasa yang segar dan imaginatif lewat cerpen-cerpen beliau.

Parasit (m. 130—131):

“Masitah, aku ingin anak lelaki.” Demikian kata Budin. Masitah seakan-akan mendengar kata-kata itu. Kata-kata yang Budin ucapkan pada malam pertama mereka tidur bersama-sama di atas ranjang. Masitah seakan-akan masih dapat mendengar getar suara Budin mengiringi kata-kata tersebut. Gelar yang malu. Gelar yang manja.

“Lelaki? Mengapa tidak perempuan?” usik Masitah.

Walaupun akhirnya Budin memberikan jawapannya, tetapi jawapan tersebut lambat sekali diucapkan oleh Budin.

“Sekarang ini zaman perang. Tapi Tuhan telah menetapkan yang kita bertemu jodoh pada saat-saat begini. Bukankah kita tidak tahu kapan perang akan berakhir? Kelak. kalau terjadi sesuatu yang tidak baik ke atas keluarga kita. tapi ah, dijauhkan malaikat 44 malapetaka seumpama itu. bukankah anak lelaki itu mampu menguruskan keluarga ini lebih baik daripada seorang perempuan? Dan kalau perang ini berpanjangan, tapi ah, dijauhkan Tuhan perkara ini, katakanlah l0 tahun, 20 tahun atau 100 tahun, bukankah dia pun layak untuk menjadi perwira mempertahankan negara ini, atau sekurang-kurangnya menjadi seorang pemuda yang sanggup menjaga desa ini?” Budin tidak mengerti mengapa sepanjang itu dia berbicara. Tetapi dia sudah merasakan bahawa dia tidak menyimpan apa-apa lagi dalam jiwanya. Dia telah meluahkan semuanya kepada Masitah.

Weight 0.249 kg
Dimensions 14.0 × 1.1 × 21.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789834604899

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Parasit dan Sesudah Perang”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.