Out of stock

Paya Jejawi: Kajian Antropologi Politik

MOHAMED SALLEH LAMRY adalah mantan Profesor Madya dan Sarjana Tamu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

DBP (Edisi Kedua, 2018)
512 halaman

RM60.00

Out of stock

ISBN: 9789834903237 Product ID: 2531 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Paya Jejawi: Kajian Antropologi Politik merupakan kajian terhadap pemisahan dan konflik dalam politik tempatan di Pahang, khususnya dalam konteks kemunculan beberapa gerakan politik pada zaman penjajahan dan politik berparti dan pilihan raya selepas kemerdekaan. Pada zaman akhir penjajahan Inggeris, terdapat dua gerakan politik utama yang mempengaruhi proses politik di Pahang. Pertama, gerakan nasionalisme Melayu dan kedua, perjuangan bersenjata anjuran Parti Komunis Malaya. Penyertaan penduduk tempatan dalam kedua-dua gerakan tersebut telah dipengaruhi oleh peranan pemimpin tempatan dan hubungan mereka dengan pemimpin luar, dan telah memisahkan mereka kepada dua golongan.

Selepas kemerdekaan, terdapat tiga buah parti politik Melayu utama di Pahang, iaitu UMNO, Parti Rakyat Malaya dan PAS. Pertandingan antara parti politik tersebut dalam pilihan raya telah memisahkan penduduk tempatan kepada tiga golongan dan menimbulkan konflik antara penyokong parti-parti tersebut pada peringkat tempatan dan negeri Pahang secara keseluruhannya. Namun, menjelang pilihan raya umum 2013, penduduk tempatan terbahagi kepada penyokong UMNO dan PAS sahaja kerana Parti Rakyat Malaya sudah tidak ada lagi.

Weight0.580 kg
Dimensions21.5 × 16 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.