Out of stock

Paya Jejawi: Kajian Antropologi Politik

MOHAMED SALLEH LAMRY adalah mantan Profesor Madya dan Sarjana Tamu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

DBP (Edisi Kedua, 2018)
512 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM60.00

Out of stock

Paya Jejawi: Kajian Antropologi Politik merupakan kajian terhadap pemisahan dan konflik dalam politik tempatan di Pahang, khususnya dalam konteks kemunculan beberapa gerakan politik pada zaman penjajahan dan politik berparti dan pilihan raya selepas kemerdekaan. Pada zaman akhir penjajahan Inggeris, terdapat dua gerakan politik utama yang mempengaruhi proses politik di Pahang. Pertama, gerakan nasionalisme Melayu dan kedua, perjuangan bersenjata anjuran Parti Komunis Malaya. Penyertaan penduduk tempatan dalam kedua-dua gerakan tersebut telah dipengaruhi oleh peranan pemimpin tempatan dan hubungan mereka dengan pemimpin luar, dan telah memisahkan mereka kepada dua golongan.

Selepas kemerdekaan, terdapat tiga buah parti politik Melayu utama di Pahang, iaitu UMNO, Parti Rakyat Malaya dan PAS. Pertandingan antara parti politik tersebut dalam pilihan raya telah memisahkan penduduk tempatan kepada tiga golongan dan menimbulkan konflik antara penyokong parti-parti tersebut pada peringkat tempatan dan negeri Pahang secara keseluruhannya. Namun, menjelang pilihan raya umum 2013, penduduk tempatan terbahagi kepada penyokong UMNO dan PAS sahaja kerana Parti Rakyat Malaya sudah tidak ada lagi.

Senarai Jadual
Senarai Peta
Penghargaan
Singkatan

1. Pengenalan
Tujuan Kajian
Tumpuan Kajian dalam Konteks Kajian Komuniti Kampung di Malaysia
Orientasi Teori
Metodologi
• Kerja Lapangan
• Kajian Perpustakaan dan Arkib
Rangka Isi Buku

2. Perubahan dalam Masyarakat Pahang pada Zaman Penjajahan dan Selepas Kemerdekaan
Pendahuluan
Keadaan Masyarakat Pahang pada Zaman Sebelum Penjajahan
• Keadaan Negeri Pahang sebelum Abad ke-19
• Keadaan Negeri Pahang pada Abad ke-19
Perubahan dalam Masyarakat Pahang pada Zaman Penjajahan
• Perubahan Politik dan Pemerintahan
• Perubahan Ekonomi
• Perubahan dalam Sistem Stratifikasi Sosial
Perubahan dalam Masyarakat Pahang pada Zaman Selepas Kemerdekaan
• Perubahan Politik dan Pemerintahan
• Perkembangan dan Perubahan Ekonomi
• Perubahan dalam Sistem Stratifikasi Sosial
Kesimpulan

3. Perkembangan Politik di Pahang pada Zaman Penjajahan dan Selepas Kemerdekaan
Pendahuluan
Gerakan Politik pada Zaman Penjajahan
• Gerakan Penentangan terhadap Campur Tangan Inggeris
• Gerakan Nasionalisme Melayu
• Perjuangan Bersenjata anjuran PKM
Politik Berparti dan Pilihan Raya pada Zaman Selepas Kemerdekaan
• Perkembangan UMNO sebagai “Parti Kanan”
• Kemunculan dan Perkembangan Partai Rakyat / PSRM sebagai “Parti Kiri”
• Kemunculan dan Perkembangan PAS sebagai “Parti Islam”
• Pertandingan dalam Pilihan Raya
Kesimpulan

4. Paya Jejawi pada Zaman Penjajahan
Pendahuluan
Kelahiran dan Perkembangan Awal Kampung Paya Jejawi
Perkembangan Penduduk
Perubahan Aktiviti Ekonomi
Stratifikasi Sosial
• Pembezaan Kelas
• Pembezaan Status
Pembentukan Tiga Keluarga Pemimpin
• Keluarga Haji Ismail
• Keluarga Haji Abdul Rahman
• Keluarga Sutan Muakat
Kesimpulan

5. Paya Jejawi pada Zaman Selepas Kemerdekaan
Pendahuluan
Pembentukan Dua Buah Kampung Kecil yang Baru
• Kampung
• Kampung
Pembentukan Kampung Paya Jejawi sebagai Kampung yang Mempunyai Ketua Kampung Tersendiri
Perkembangan Penduduk
• Kepulangan Orang-orang yang Meninggalkan Kampung
• Kedatangan Orang-orang Kelantan
• Perpindahan ke Tempat Lain
Perubahan Ekonomi
Perubahan dalam Pola Stratifikasi Sosial
• Struktur Kelas
• Struktur Status
Mobiliti Sosial
Perubahan dan Kesinambungan Pola Kepemimpinan
• Jenis-jenis Pemimpin
• Cara Memperoleh Kedudukan sebagai Pemimpin
• Pemimpin-pemimpin yang Dominan
Kesimpulan

6. Politik Tempatan pada Zaman Penjajahan (1946-1956)
Pendahuluan
Politik Tempatan pada Zaman Sebelum Darurat (1946-1948)
• Asal Usul dan Perkembangan Gerakan Nasionalis Kiri di Daerah Temerloh
• Penyertaan Penduduk Kampung Paya Jejawi dalam Gerakan Nasionalis Kiri
• Perpecahan di Kalangan Penduduk Kampung Paya Jejawi dalam Konteks Kemunculan Gerakan Nasionalis Kiri
Politik Tempatan pada Zaman Darurat (1948-1956)
• Kemunculan Perjuangan Bersenjata Anjuran PKM di Temerloh
• Penglibatan Penduduk Kampung Paya Jejawi dalam Perjuangan Bersenjata
• Konflik di Kalangan Penduduk Kampung Paya Jejawi dalam Konteks Perjuangan Bersenjata
Kesimpulan

7. Politik Tempatan pada Zaman Selepas Kemerdekaan (1957-1986)
Pendahuluan
Politik Tempatan pada Zaman Awal Kemerdekaan (1957-1969)
• Asal Usul dan Perkembangan Politik Berparti dan Pilihan Raya di Daerah Temerloh
• Pemisahan dan Konflik di Kampung Paya Jejawi dalam Konteks Politik Berparti dan Pilihan Raya
Politik Tempatan pada Zaman Kontemporari (1970-1986)
• Pertandingan antara Parti-parti Politik di Daerah Temerloh
• Politik Berpuak di Kampung Paya Jejawi
Kesimpulan

8. Ringkasan dan Kesimpulan

Bibliografi
Indeks

Weight0.580 kg
Dimensions21.5 × 16 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.