Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu

KONG YUANZHI (b.1937 -) banyak menjalankan penyelidikan di Universitas Indonesia (1964-65) dan di Universiti Leiden (1986-87). Beliau kini mengajar dan menjadi Timbalan Ketua di Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Indonesia-Melayu, Fakulti Pengajian Timur, Universiti Peking sejurus kembali daripada jawatannya sebagai profesor pelawat di Universiti Malaya (1999-2000).

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, 2010)
209 halaman, termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

In stock

Product ID: 1814 SKU: 9789679425086 Categories: , Tags: , , , , , ,

Malaysia sentiasa menghargai semua tokoh yang berjasa bagi perdamaian dan kemajuan di pelbagai negara. Antara lain, termasuk tokoh yang dipaparkan dalam Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu iaitu Zheng He (1371-1433) atau dikenali juga dengan beberapa nama lain seperti Zheng Ho, Cheng Ho dan Sam Po Kong. Beliau dianggap utusan persahabatan yang besar dan berjasa kerana kejayaannya memimpin ketumbukan armada sebesar 27 ribu anggota dalam pelbagai kunjungan muhibah ke lebih 30 kerajaan sekitar tahun 1405-33. Beliau dan ketumbukannya tujuh kali ke Melaka dan ke Pahang (1409-12), Johor (1409), Kelantan (1412) dan beberapa tempat lain di Semenanjung Tanah Melayu.

Sepanjang sejarah perhubungan China-Malaysia tidak pernah terjadi persengketaan yang besar dan berpanjangan. Parameswara bersama permaisuri, pengiring dan rombongannya seramai 540 orang berkunjung ke China pada tahun 1422. Rombongan ini mencatat angkatan asing terbesar yang berkunjung ke China sewaktu pemerintahan Dinasti Ming. Selepas menerima sambutan dan anugerah terbaik daripada Maharaja Ming, kunjungan  balas yang diketuai Zheng He menerima sambutan hangat di Melaka.

Dilihat dari segi masa, pelayaran Zheng He ke “Samudera Barat” dilakukan jauh lebih awal daripada ahli-ahli pelayaran Eropah seperti ChristOpher Columbus (1451-1506), Vasco da Gama (1460-1524) dan Ferdinand Magellan (1480-1521). Pelayaran pertama Zheng He adalah pada tahun 1405. Ini bererti masing-masing 87, 92 dan 114 tahun lebih awal daripada pelayar-pelayar seperti Columbus (yang sampai di benua Amerika pada tahun 1492), Gama (yang sampai di Calicut, India pada tahun 1497) dan Magellan (yang memulai mengelilingi bumi sejak tahun 1519). Tambahan lagi pelayaran Zheng He tersebut dilakukan berturut-turut tujuh kali dalam tempoh 28 tahun. Begitu lama kegiatan pelayarannya sehingga tidak tertandingi oleh ahli-ahli pelayaran Eropah pada masa itu.

Ditinjau dari segi skala, armada Zheng He pun cukup mengagumkan. Dalam pelayaran pertama Zheng He, terdapat kapal besar 62 buah dan anak kapalnya berjumlah lebih daripada 27,800 orang. Pada pelayarannya yang ke-3, terdapat kapal besar 48 buah dengan anak kapal lebih daripada 27,000 orang. Pada pelayarannya yang ke-7, kapal besarnya 61 buah dan anak kapalnya 27,550 orang.

Setiap pelayaran Zheng He rata-rata tersedia 60 kapal besar dan jumlah keseluruhan kapalnya lebih dari 200 buah termasuk kapal ukuran sedang dan kecil. Kapal besar yang dikatakan sebagai “kapal pusaka” itu panjangnya 44.4 zhang (138 m) dan lebarnya 18 zhang (56 m). Pada pertengahan pertama abad ke-15 kapal semacam itu merupakan kapal yang terbesar di dunia. Kapal-kapai itu diperbuat daripada kayu dan Zheng He telah menciptakan keajaiban dalam sejarah pelayaran dunia.

Di samping itu, armada Zheng He yang terdiri daripada pelbagai jenis kapal, misalnya kapal pusaka sebagai kapal induk, “kapal kuda” yang mengangkut barang-barang kuda, kapal tempur, kapal pembawa bahan makanan dan “kapal duduk” sebagai kapal komando. Di samping itu armada tersebut mempunyai banyak kapal pembantu.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.346 kg
Dimensions 15.3 × 1.2 × 22.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789679425086

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.