Pelestarian Silat Melayu: Antara Warisan dengan Amalan

Disunting oleh NAZARUDIN ZAINUN dan MOHAMAD OMAR BIDIN

Penerbit USM (Cetakan Semula, 2018)
148 halaman termasuk Indeks

RM29.00

In stock

If you purchase this book you will earn 6 points worth of RM0.60!

Pelestarian Silat Melayu: Antara Warisan dengan Amalan merangkumkan perkara-perkara yang berkaitan dengan seni silat dalam konteks perundangan Malaysia, perkembangan seni silat, pandangan Islam terhadap seni silat, amalan, teori dan konsep sosiologi, pergerakan dalam silat dan sebagainya. Di Nusantara, seni silat merupakan satu amalan biasa yang telah diamalkan sejak berabad lamanya. Namun paling ketara, amalan ini mula menonjol selepas merdeka sebagai satu saranan baharu kerajaan Malaysia untuk mewujudkan satu persatuan atau organisasi silat yang bernaung di bawah satu bumbung. Saranan tersebut disambut baik dengan kewujudan pelbagai nama, aliran perguruan dan sebagainya. Perkembangan ini turut dizahirkan melalui wujudnya pelbagai pendapat dalam pelbagai perspektif ilmu termasuk sains sosial.

Warisan silat bukanlah merupakan perkara baharu yang perlu ditonjolkan dalam meniti arus kemodenan. Sifat kepahlawanan ini jelas terbentang melalui kisah-kisah klasik yang menonjolkan watak-watak seperti Hang Lima Bersaudara, si Badang yang mempunyai ilmu kepahlawanan yang luar biasa dan banyak lagi nama-nama besar, baik yang dimitoskan mahupun yang dilegendakan. Umumnya, kesemua pahlawan yang merentasi seluruh etnik dan budaya di dunia ini akan mempunyai sifat serta kelebihan yang menguasai sesebuah ilmu untuk berlawan dengan musuh. Ilmu-ilmu tersebut kebanyakannya berbentuk kekuatan dan penguasaan fizikal dan mental. Antaranya ialah ilmu pertempuran Tae Kwan Do yang dikaitkan dengan Korea, Silambam dengan India, Kungfu dengan China, Tomoi dengan Siam manakala ilmu persilatan yang dikaitkan dengan dunia kepahlawanan Melayu.

Dalam meniti zaman serta perubahan generasi tentunya bukan semua jenis dan unsur kepahlawanan ini akan mampu bertahan. Akan ada yang berguguran dan dilupakan jika usaha-usaha untuk melestarikannya tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan secara terancang. Selain itu, pengkajian mengenai ilmu persilatan dan pertahanan diri ini juga giat dilakukan. Kajian yang dikaitkan dengan kaedah saintifik ini juga mula menarik minat bukan sahaja mereka yang pakar dan yang berjinak-jinak dengan ilmu budaya tetapi juga mereka yang menguasai ilmu sains dan teknologi. Usaha ini amat baik dan perlu digiatkan lagi supaya lebih banyak rahsia dan kebaikan yang ada dalam dunia persilatan Melayu dapat dikupas dan didedahkan.

Secara keseluruhan, kandungan kesemua makalah di dalam Pelestarian Silat Melayu: Antara Warisan dengan Amalan adalah berkaitan dengan usaha-usaha melihat dan menilai ilmu persilatan Melayu daripada aspek amalan dan aplikasi sains dan teknologi. Melalui pembuktian secara ilmiah dengan kaedah amalan dan aplikasi sains dan teknologi ini diharapkan dapat membuktikan dan memperlihatkan kepada dunia bahawa ilmu kearifan tempatan masyarakat di Malaysia khususnya bangsa Melayu adalah setanding dengan ilmu bela diri masyarakat di dunia yang lain. Kebijaksanaan orang Melayu dalam memanfaatkan persekitaran, mengaplikasikan kemahiran serta menghubungkaitkan antara amalan dengan warisan ini menampakkan keupayaan luar biasa orang Melayu.

Prakata
Pengenalan

Aplikasi Teknologi Perakam Gerak dalam Memelihara dan Memulihara Warisan Silat Titi Batang

Kajian Kes: Amalan Silat Cekak Malaysia dalam Undang-Undang Malaysia

Pembangunan Ilmu dan Adab: Sumbangan Ilmu Persilatan Melayu

Struktur Tubuh Pengamal Seni Silat Cekak Malaysia: Berdiri Lurus

Penjanaan Kemahiran Insaniah melalui Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Penerapan Nilai Infaq dan Amalan Waqaf dalam Pembangunan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO): Kajian Kes Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Kajian Awal Aplikasi Sains dalam llmu Bela Diri Bangsa Melayu: Seni Silat Cekak Malaysia

Kajian Tentang Berdiri Lurus: Tumpuan terhadap Fleksibiliti Pergerakan Kaki Pengamal Seni Bela Diri Seni Silat Cekak Malaysia

Konsep Hukum Newton dalam Seni Silat Cekak Malaysia

Mekanik Tubuh Pengamal Seni Silat Cekak Malaysia: Berdiri Lurus

Kelestarian Kebudayaan dalam Seni Silat Cekak Malaysia

Penyumbang
Indeks

Weight 0.295 kg
Dimensions 24 × 16.5 × 1 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , ,

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pelestarian Silat Melayu: Antara Warisan dengan Amalan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.