Pembanterasan Komunis di Tanah Melayu

HO HUI LING merupakan pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku khususnya dalam bidang darurat dan komunis di Tanah Melayu.

Penerbit UM (Cetakan Kedua, 2015)
262 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM40.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789831005057 Product ID: 3521 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Pembanterasan Komunis di Tanah Melayu mengupas usaha-usaha yang diambil oleh pihak kerajaan, baik kerajaan British mahupun kerajaan Persekutuan dalam membanteras gerakan komunis di Tanah Melayu ketika zaman darurat (1948-1960). Pada masa sama, buku ini juga menilai keberkesanan usaha kerajaan dalam membanteras komunis dan memulihkan keamanan di Tanah Melayu. Perbincangan terhadap usaha kerajaan itu dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu tahap permulaan, tahap pengukuhan dan tahap penghapusan. Tahap permulaan (1948-1951) ialah ketika kerajaan merancang dasar dan mengambil langkah permulaan bagi mengawal keadaan darurat di Tanah Melayu. Peringkat ini bermula dengan pengisytiharan Undang-undang Darurat oleh Sir Edward Gent sehingga pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney oleh komunis pada Oktober 1951.

Tahap pengukuhan (1952-1954) dalam usaha kerajaan membanteras komunis bermula dengan pelantikan Sir Gerald Templer sebagai Pesuruhjaya Tinggi British dan tahap ini berakhir dengan Templer meninggalkan Tanah Melayu setelah tamat tempoh perkhidmatannya pada pertengahan tahun 1954. Tahap kedua ini menyaksikan kejayaan usaha kerajaan dalam melemahkan pergerakan komunis dan memenangi sokongan penduduk kepada kerajaan. Tahap penghapusan (1954-1960) pula menyaksikan langkah pembanterasan komunis yang masih bergerak di Tanah Melayu di bawah Sir Donald MacGillivray selaku Pesuruhjaya Tinggi British sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Pentadbiran negara seterusnya diambil alih oleh kerajaan Persekutuan dan usaha pembanterasan komunis terus dijalankan sehingga akhirnya zaman darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960. Usaha-usaha kerajaan tersebut sama ada dari segi politik, ketenteraan, sosial mahupun psikologi akhirnya telah dapat memenangi sokongan penduduk dan melemahkan pergerakan komunis sehingga saki baki komunis terpaksa berundur ke kawasan sempadan Thailand.

Senarai Jadual
Senarai Gambar
Senarai Risalah
Pendahuluan
Senarai Singkatan

1. Sejarah Komunis dan Zaman Darurat
Pergerakan Komunis Pada 1920-an
Perkembangan Komunis di bawah PKM, 1930-1940
Mogok
Perang China-Jepun
Kerjasama PKM dengan British, 1941-1945
Pergerakan Komunis Selepas Perang
Gerakan Bersenjata Komunis dan Pengisytiharan Undang-undang Darurat
Zaman Darurat

2. Tahap Permulaan
Usaha Pembanterasan Komunis di bawah Sir Edward Gent
Usaha Pembanterasan Komunis di bawah Sir Alec Newboult
Usaha Pembanterasan Komunis di bawah Sir Henry Gurney
Langkah Politik
Langkah Sosial
Langkah Ketenteraan
Langkah Sir Harold Briggs

3. Tahap Pengukuhan
Usaha Pembanterasan Komunis di bawah Sir Gerald Templer
Langkah Memenangi Hati dan Fikiran Penduduk
Langkah Melemahkan Pergerakan Komunis
Langkah Ketenteraan
Hukuman Kolektif

4. Tahap Penghapusan
Usaha Pembanterasan Komunis di bawah Sir Donald MacGillivray
Langkah Ketenteraan
Langkah Memenangi kerjasama Penduduk dan Melemahkan Pergerakan Komunis
Langkah Politik
Usaha Kerajaan Perikatan Menamatkan Zaman Darurat

5. Kesimpulan

Bibliografi
Indeks

Weight0.417 kg
Dimensions22.9 × 15 × 1.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. MOHD SHAHRULNIZAM (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author