Pembinaan Berasaskan Kayu

ZAKARIA YAA’COB adalah pensyarah kanan di Universiti Teknologi MARA.

DBP (Cetakan Pertama, 2022)
258 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM60.00

In stock

If you purchase this book you will earn 12 reward points!
ISBN: 9789834934439 Product ID: 32455 Category: Sub-subjects: , , , ,

Pembinaan Berasaskan Kayu mendedahkan tentang konsep dan proses pembinaan rumah berasaskan kayu dari awal pembinaan hinggalah ke proses pembinaan rumah kayu. Proses pembinaan berasaskan kayu untuk rumah memerlukan kepakaran untuk memilih kayu-kayu yang berkualiti dan tahan agar pemilik berasa selesa untuk mendiami rumah. Sehubungan dengan itu, buku ini berjaya mengetengahkan idea dan pengalaman penulis sebagai arkitek untuk memilih kayu sebagai alternatif dalam membina rumah kayu. Buku ini mempunyai dua bahagian yang penting. Bahagian satu, teori mengenai kayu dan asas-asas mengenali kayu-kayu di Malaysia. Bahagian dua yang paling penting ialah mengenai pembinaan berasaskan kayu yang diadaptasikan dari rumah-rumah tradisional Melayu dan rumah-rumah kayu di Malaysia mengikut jenis dan teknik pembinaannya.

Sejak dahulu lagi kayu merupakan bahan binaan yang digunakan oleh tukang kayu untuk membina rumah orang Melayu. Kayu merupakan bahan utama yang seratus peratus digunakan untuk pembinaan rumah kayu. Kayu digunakan sebagai struktur bangunan seperti tiang, rasuk dan gelegar serta struktur kerangka bumbung. Dengan banyaknya jenis kayu di hutan hujan khatulistiwa Malaysia. Kayu-kayu yang mudah didapati seperti kayu cengal, meranti, kulim, kembang semangkuk, merbau, balau, mengkulang, kempas, keruing dan pelbagai jenis kayu. Terdapat rumah-rumah yang menggunakan batang pokok sebagai tiang rumah dan lantai.

Penggunaan kayu secara kekal seperti rasuk, tiang, bingkai bangunan, jubin bumbung kayu, papan lantai, bingkai pintu, tingkap, dinding dan kerangka bumbung. Bagi penggunaan secara sementara atau tidak kekal, kayu kerap digunakan untuk perancah bangunan, acuan konkrit, pagar dan pintu pagar. Kayu juga digunakan untuk membuat dek-dek kapal pengangkut, membuat kapal-kapal kecil, jeti dan lain-lain. Industri kayu seperti papan lapis, panel kayu dan banyak lagi industri berasaskan kayu yang boleh dihasilkan hasil dari inovasi pengkaji dan pereka bentuk. Dalam pembinaan bangunan kayu, kayu kerap digunakan untuk membuat tiang, rasuk dinding, pintu, tingkap dan bumbung.

Terdapat beberapa jenis rumah kayu di Malaysia yang boleh digambarkan seperti Rumah Kayu Tradisional Melayu, Rumah Kayu Konvensional, Rumah Kayu Kolonial dan Rumah Kayu Moden. Pembinaan rumah-rumah dari jenis yang berbeza ini disebabkan pembinaan oleh tukang kayu dari zaman yang berbeza dan boleh ditentukan perbezaan dengan cara pembinaannya. Masyarakat Melayu amat mementingkan pemilihan tukang kayu bagi menentukan reka bentuk rumah, seni ukiran dan kerawang, susun atur ruang dan pemilihan kayu yang sesuai untuk sesebuah rumah yang akan dibina. Pemilik rumah akan memberitahu tukang rumah kehendak dan keperluan untuk rumahnya, tukang kayu pula akan menentukan reka bentuk, susun atur ruang serta jenis ukiran yang akan digunakan untuk rumah tersebut. Kedua-dua, pemilik rumah dan tukang kayu memainkan peranan yang amat penting untuk membina rumah tradisional Melayu yang dikehendaki dan memenuhi cita rasa pemilik rumah serta mempunyai nilai seni bina yang tinggi dan unik.

Kreativiti tukang kayu dalam mereka bentuk rumah dengan ruang dan susun aturnya serta kerawang dan ukiran awan larat adalah berdasarkan pemilihan dan kesesuaian rumah Melayu itu sendiri. Selalunya dalam hal ini tukang kayu sudah mempunyai idea dan kemahiran. Persekitaran dijadikan sandaran untuk menzahirkan idea reka bentuk ukiran dan sebagainya. Flora dan fauna adalah pengamatan paling hampir yang dijadikan ilham oleh tukang kayu dalam reka bentuk ukiran pada rumah Melayu.

Senarai Foto
Senarai Jadual
Senarai Lakaran
Senarai Rajah
Prakata
Penghargaan

1. Pengenalan
Pengenalan Pembinaan Berasaskan Kayu
Rumah-rumah Kayu di Malaysia
Kayu sebagai Bahan Binaan
Kelebihan Penggunaan Kayu
Jenis-jenis Rumah Kayu

2. Klasifikasi Spesies Kayu
Klasifikasi Spesies-spesies Kayu
Kayu Keras Berat
Kayu Keras Sederhana
Kayu Keras Ringan
Kayu Lembut

3. Pemprosesan Kayu
Pemotongan Kayu
Pengeringan Kayu
Pengawetan Kayu
Kaedah Aplikasi Rawatan Pengawetan

4. Kecacatan Kayu dan Produk Berasaskan Kayu
Kecacatan Kayu
Kecacatan Semula Jadi
Kecacatan Serangan Serangga
Kecacatan Kulat dan Cendawan
Kecacatan Pemotongan dan Pengeringan Kayu
Produk Keluaran Kayu

5. Konsep Pembinaan Rumah Kayu
Konsep Pembinaan Rumah Kayu
Sistem Struktur Kerangka Tiang, Rasuk dan Alang
Sistem Tanggam
Sistem Bolt dan Nat
Sistem Kerangka Jenang

6. Komponen Rumah Kayu
Komponen Rumah Kayu
Asas Bangunan Rumah Kayu
Pembinaan Tiang dan Rasuk
Pembinaan Lantai
Pembinaan Dinding

7. Pintu dan Tingkap
Pembinaan Pintu dan Tingkap
Pintu
Jenis-jenis Pintu
Tingkap
Jenis-jenis Tingkap Konvensional dan Moden

8. Reka Bentuk Tangga
Pembinaan Tangga
Tangga dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam
Reka Bentuk Tangga
Ibu Tangga Terbuka dan Tertutup
Komponen-komponen Tangga
Butiran-butiran Tangga

9. Bumbung
Pembinaan Bumbung
Jenis-jenis Bumbung
Bumbung Rumah Tradisional Melayu
Reka Bentuk Kerangka Mengikut Jenis Atap
Jenis-jenis Kekuda Bumbung
Bumbung Dormer

10. Kesimpulan

Bibliografi
Indeks

Weight 0.417 kg
Dimensions 22.2 × 15 × 1.6 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.