Pemikiran Frank Lloyd Wright ke Arah Pembentukan Identiti Seni Bina Kebangsaan

ALICE SABRINA ISMAIL adalah Profesor Madya di Jabatan Senibina, Universiti Teknologi Malaysia.

Penerbit UTM (Cetakan Pertama, 2018)
224 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM40.00

In stock

Pemikiran Frank Lloyd Wright ke Arah Pembentukan Identiti Seni Bina Kebangsaan mengupas masalah identiti seni bina nasional di Malaysia serta menyingkap penghasilan prinsip reka bentuk yang bercirikan semangat kebangsaan dengan memberi fokus dan mengambil iktibar daripada falsafah tokoh seni bina agung Frank Lloyd Wright. Falsafah beliau dilihat relevan dengan aspirasi rakyat kerana menitikberatkan nilai kemanusiaan dan mementingkan sosiobudaya dalam setiap reka bentuknya. Menyedari hal ini, ideologi dan prinsip Wright yang terdiri daripada kefahaman terhadap elemen butiran, penggunaan bahan, gubahan gaya dan ekspresi setempat, penggunaan teori organik, reka bentuk artikulasi ruang, dan rupa bentuk yang bersifat regionalis serta kefahaman terhadap seni bina demokrasi boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan seni bina yang beridentiti nasional bagi menjamin pembangunan alam bina di Malaysia.

Penulis menghasilkan buku ini bagi meninjau dan mengenal pasti pelbagai pendekatan ke arah menjawab persoalan mengenai pencarian identiti seni bina nasional ini dengan merujuk kepada pemikir seni bina lampau. Dalam hal ini, mereka telah mengemukakan pelbagai kaedah untuk menjawab permasalahan mengenai pencarian identiti kebangsaan dari aspek persoalan teknologi, budaya, dan ekonomi. Walaupun terdapat beberapa “master builders” dari negara Barat yang dianggap berjaya dalam merobah persepsi dan pemikiran masyarakat terhadap kepentingan mewujudkan seni bina beridentiti ini, namun buku ini hanya memfokuskan kepada cetusan pemikir seni bina lampau di Amerika, iaitu Frank Llyod Wright. Hal ini disebabkan beliau merupakan salah satu sumber penting yang berupaya mencadangkan jawapan untuk menyelesaikan isu pencarian identiti kebangsaan ini, Segala cetusan idea dan pemikiran beliau mengenai seni bina yang beridentiti kebangsaan ini boleh disesuaikan dan dijadikan iktibar dalam merubah corak pemikiran seni bina di Malaysia serta dapat dijadikan asas rujukan bagi generasi akan datang.

Secara keseluruhannya, skop analisis dalam buku ini meliputi aspek yang meninjau kepada prinsip Wright secara kritis. Analisis ini dilakukan dengan merujuk kepada kriteria yang diperlukan dalam menghasilkan seni bina yang beridentiti kebangsaan. Analisis dilakukan berdasarkan pendekatan dan perbandingan antara seni bina dahulu dengan seni bina kini, iaitu perbandingan dengan seni bina yang dianggap berjaya diamalkan di Amerika yang melambangkan identiti dan corak seni bina kebangsaan. Buku ini turut menganalisis prinsip Wright serta menyediakan garis panduan untuk mendefinisikan maksud sebenar ciri-ciri seni bina yang beridentitikan semangat kebangsaan. Falsafah yang sering diutarakan oleh Wright seperti aspek elemen butiran, penggunaan bahan tempatan, identiti gaya dan ekspresi, teori organik perkembangan artikulasi dan reka bentuk, rujukan terhadap strata dan organisasi politik dan sosiobudaya masyarakat setempat serta kefahaman terhadap regionalisme akan diketengahkan secara terperinci dalam buku ini.

Setelah memperoleh maklumat daripada teori dan falsafah Wright, satu perangkaan kefahaman akan dibuat menggunakan asas kriteria Wright ini. Kefahaman yang dibentuk ini akan digunakan sebagai asas perbincangan untuk membuat perbandingan dengan seni bina reka bentuk tempatan yang terdapat di Malaysia bagi melihat sama ada penampilan reka bentuknya memiliki ciri-ciri yang memaparkan seni bina beridentiti kebangsaan atau tidak. Penerangan ini perlu kerana dapat membantu dalam mengemukakan kaedah penyelesaian yang bersesuaian untuk mencari dan mewujudkan seni bina beridentiti kebangsaan yang bukan sahaja secocok dengan aspirasi rakyat di Malaysia dari aspek sosioekonomi malahan membantu para pereka untuk menghasilkan bangunan yang bersifat jiwa sezaman dan setempat.

Prakata

1. PENGENALAN PRINSIP FRANK LLOYD WRIGHT
Pengenalan

2. PERKEMBANGAN SENI BINA DI MALAYSIA
Pengenalan
Senario Perkembangan Seni Bina Tanah Air daripada Persepsi Sejarah Lampau Hingga Kini
Dekad Pertama: Selepas Kemerdekaan (1957-1967) – Era Percubaan
Dekad Kedua: Selepas Kemerdekaan (1968-1977) – Era Pengukuhan
Dekad Ketiga: Selepas Kemerdekaan (1978-1987) – Era Pembangunan
Dekad Keempat: Selepas Kemerdekaan (1987-1997) – Era Wawasan
Dekad Kelima: Selepas Kemerdekaan (1997-2001) – Era Kemegahan
Rumusan

3. MASALAH DAN PENDEKATAN IDENTITI SENI BINA DI MALAYSIA
Pengenalan
Konsep Identiti dalam Seni Bina
Tipologi Identiti dalam Seni Bina
Faktor yang Mempengaruhi Pembentukan Identiti
Pendekatan untuk Menyingkap Identiti Seni Bina di Malaysia
Rumusan

4. PEMIKIRAN AWAL YANG MEMBENTUK IDENTITI SENI BINA DI AMERIKA (1860-1959)
Pengenalan
Pergolakan Seni Bina di Amerika
Ideologi dan Falsafah yang Membentuk Identiti Seni Bina di Amerika Menurut Persepsi Golongan Cendekiawan
Rumusan

5. BIOGRAFI RINGKAS FRANK LLOYD WRIGHT (1869-1959)
Pengenalan
Persepsi Cendekiawan Barat terhadap Frank Lloyd Wright
Latar Belakang dan Pengaruh Awal Hidup Frank Lloy Wright
Gaya yang Mempengaruhi Seni Bina Frank Lloyd Wright
Rumusan

6. FALSAFAH DAN PENDEKATAN FRANK LLOYD WRIGHT
Pengenalan
Persepsi Wright Terhadap Pembentukan Identiti dalam Seni Bina
Faktor yang Membentuk Falsafah Frank Llyod Wright untuk Melahirkan Seni Bina Beridentiti
Kepentingan Regionalisme dalam Seni Bina Demokrasi
Rumusan

7. PENGADAPTASIAN PRINSIP FRANK LLOYD WRIGHT DALAM MEMBENTUK IDENTITI SENI BINA TEMPATAN
Pengenalan
Kepentingan Teori Wright dalam Reka Bentuk Bangunan Tempatan
Rumusan

8. PENUTUP

Bibliografi
Indeks

Weight0.4 kg
Dimensions24 × 16.6 × 1.2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.