Pemikiran Melayu: Kolot atau Progresif?

AB SULAIMAN adalah seorang penulis politik veteran dan penganalisis pemikiran Melayu. Beliau aktif menghasilkan beberapa karya berkaitan pemikiran Melayu dan seputarnya.

Abu Bakar bin Hj Sulaiman (Cetakan Pertama, 2023)
122 halaman termasuk Indeks

RM25.00

Only 1 left in stock

Pemikiran Melayu: Kolot atau Progresif? menerokai corak pemikiran masyarakat Melayu yang lebih cenderung untuk mempercayai kepada logik yang dilandaskan oleh budaya dan kepercayaan mereka daripada mempercayai logik yang berpandukan fakta yang wujud, yang pada amnya diterima oleh masyarakat sejagat. Kecenderungan inilah yang telah mengongkong masyarakat Melayu daripada bertindak dengan lebih progresif; enggan menerima kebenaran semata-mata kerana ia bertentangan dengan logik budaya yang dianuti atau yang disogokkan kepada mereka. Pengarang telah mengupas apa yang dikatakan sebagai logik budaya dan logik sejagat. Kedua-duanya mempunyai tempat dalam pemikiran manusia. Yang penting ialah untuk kita membezakan diantara kedua-dua logik ini dan memilih situasi yang sesuai dan wajar untuk ia diaplikasikan. Dalam hal ini minda sebahagian daripada orang Melayu mungkin telah terperangkap dalam kecelaruan yang menyebabkan mereka gagal untuk membezakan antara logik budaya dan logik sejagat. Mereka gagal membezakan antara kepercayaan dan fakta yang berasaskan realiti.

Fenomena ini bukanlah satu fenomena yang semula jadi tetapi merupakan suatu fenomena yang sengaja ditanam dan disuburkan oleh pemimpin-pemimpin politik Melayu sendiri. Didorong oleh agenda ketuanan Melayu yang menguntungkan pemimpin-pemimpin ini, rakyat biasa digalak untuk tidak banyak berfikir. Logik budaya yang tidak perlu disandar kepada fakta digunakan dengan sepenuhnya untuk mempengaruhi pemikiran rakyat biasa. Ia diperkuatkan lagi dengan hujah-hujah logik budaya yang bersandarkan ajaran agama yang telah diputarbelitkan. Ini adalah modus operandi pemimpin-pemimpin politik Melayu untuk menguasai pemikiran rakyat Melayu. Tradisi feudal masyarakat Melayu pula memudahkan proses ini. Disebabkan oleh sikap kesetiaan dan ketaksuban kepada ketua, logik-logik budaya yang dilemparkan kepada mereka tidak langsung atau jarang sekali dipersoalkan. Keadaan menjadi lebih buruk apabila pembohongan yang dibaluti dengan logik budaya diketengahkan bagi menguatkan lagi hujah propaganda mereka.

Penulisan buku ini dimuktamadkan sekitar waktu terdapat beberapa kes telah diputuskan oleh mahkamah terhadap bekas pemimpin-pemimpin negara daripada golongan elit Melayu. Mereka telah dihadapkan ke mahkamah akibat perbuatan curang mereka semasa memegang tampuk kuasa. Walau pun keputusan mahkamah jelas berasaskan bukti-bukti yang telah diketengahkan, mereka yang disabit kesalahan masih enggan menerima keputusan yang dijatuhkan. Malah langkah ini telah disambut oleh pengikut mereka dengan laungan dan hujah yang tersisir jauh dari logik sejagat. Reaksi sebahagian dari orang-orang Melayu dalam menghadapi peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa minda mereka masih terkongkong dan tidak dapat menerima logik sejagat sebagai sebahagian daripada pemikiran mereka. Ini adalah sesuatu yang amat mengecewakan. Walaubagaimanapun pada keseluruhannya perbicaraan kes-kes kecurangan pemimpin Melayu ini telah membuka mata kebanyakan orang-orang Melayu untuk menerima logik sejagat sebagai tunggak asas pemikiran mereka. Masyarakat Melayu akan hanya dapat menjadi progresif sekiranya orang-orang Melayu dapat membedakan dan mengasingkan antara logik budaya dan logik sejagat. Mampu mempertikaikan logik budaya yang disogok oleh pemimpin-pemimpin mereka dan mampu berfikir secara bebas tanpa sebarang kongkongan.

Prolog
Kata Pengantar
Prakata

A. PENGENALAN
1. Kebenaran

B. PEMIKIRAN DAN KEBENARAN
2. Mencari Kebenaran
3. Benarbudaya Kaum Melayu
4. Etnosentrisme
5. Agama
6. Bangsa
7. Bangsa Dalam Kenangan
8. Negara

C. BENARSEJAGAT
9. Benarsejagat
10. Mengurus Kedatangan Coronavirus-19
11. Membina Menara Petronas
12. Pentingnya Kesinambungan
13. Revolusi Sains

D. NORMA PEMIKIRAN MELAYU
14. Sejarah Permikiran Melayu
15. Sistem Pemerintahan
16. Pemerintahan Ketuanan Melayu
17. Kesan Patah Balik
18. Kesan Kepada Rakyat

E. SEBAB DAN HASIL
19. JAKIM, Pelajaran, Migrasi
20. Mengenal Bahasa
21. Bahasa Terbaik
22. Pemikiran Dua Dimensi
23. Sedar dan Ubah
24. Membuka Fikiran

Lampiran A
Indeks

Weight0.231 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.