Pemikiran Politik Dalam Novel Ahmad Boestamam

ZABIDIN HJ ISMAIL adalah penulis dan pengkaji sastera & sejarah tempatan serta penggerak persuratan Melayu Perak di samping pengkaji masyarakat Melayu Rao. Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku; antaranya Pasir Salak Bumi Pahlawan Melayu (Yayasan Perak, 1993); Di Pelabuhan Senja (DBP, 1993); Mokhtar Dahari Wira Bolasepak Negara (DBP, 1999) dan banyak lagi, serta memenangi beberapa anugerah penulisan, termasuk Anugerah Sasterawan Perak dalam kategori Esei dan Kritikan pada tahun 2004 daripada Kerajaan Negeri Perak.

Penerbit UM (Cetakan pertama, 2010)
148 halaman

RM35.00

Only 1 left in stock

Pemikiran Politik Dalam Novel Ahmad Boestamam berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air.

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza politik, kewartawanan dan sasterawan dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, anti-kolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.

Ketiga-tiga aspek pemikiran politik itu mempunyai perkaitan di antara satu dengan yang lain. Ia tidak terpisah malahan barangkali dipaparkan serentak dalam sesebuah novel melalui wacana naratif dan gaya penulisan yang sesuai dengan mesej yang hendak disampaikan kepada pembaca. Kehadiran aspek-aspek tersebut dalam novel-novel Ahmad Boestamam disampaikan dalam bentuk mesej. Manakala pembentukan sesuatu mesej pula hasil gabungan unsur tertentu. Lantaran itu kehadirannya berselirat dan terselit di celah-celah tema atau persoalan sesebuah novel.

Ini bermakna pemikiran politik yang terkandung dalam novel-novel Ahmad Boestamam bukan merupakan tema atau persoalan utama sesebuah novel melainkan sebagai mesej yang ada kaitan dengan plot serta pengalaman watak-watak tertentu.

Aspek nasionalisme merupakan tunjang ataupun asas idealisme beliau yang bersifat membungkus dan “mengawal” sub-idealisme lain seperti anti-kolonialisme dan sosialisme. Justeru mesej nasionalisme agak dominan dipancarkan di dalam novel-novel beliau berbanding mesej antikolonialisme dan sosialisme. Walau bagaimanapun, kesemua idealisme ini difokuskan kepada topik utama iaitu perjuangan terhadap kemerdekaan tanah air yang bersifat pembelaan dan kepentingan golongan marhaen.

Ahmad Boestamam lebih tertarik membela masyarakat miskin dan daif kerana golongan elit dan bangsawan dikatakan menggunakan kedudukan, pendidikan serta status-quo mereka untuk berkompromi dengan Inggeris dari segi mendapatkan kemerdekaan walaupun penjajah itu sendiri bertekad untuk terus menjajah negara ini. Justeru beliau berjuang membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan dan menentang penjajah baik Inggeris mahupun Jepun melalui tiga bidang utama iaitu politik, kewartawanan dan penulisan sastera Apatah lagi ketiga-tiga bidang tersebut telah mendarah daging dalam jiwanya yang tabah, tegas dan gigih itu. Sasterawan Negara Kamaludin Muhammad (Kris Mas) dalam tulisannya bertajuk “Ahmad Boestamam Yang Jangan Dilupakan” memperakui bahawa darah senimanlah yang menjadikan Boestamam seorang pemimpin yang perasa dan menjadikan dia tidak menundukkan kepala atau mengalah dalam perjuangannya untuk bangsa dan tanah air walaupun dia sedar perjuangannya sudah berlalu (Dewan Masyarakat, 1983).

Berkat ketabahan, ketegasan dan kegigihan Ahmad Boestamam dalam mengungguli ketiga-tiga bidang itu walaupun dalam tempoh waktu yang panjang, beliau bolehlah disifatkan sebagai aktor yang melakonkan sejarah bangsanya. Justeru keterlibatan Ahmad Boestamam dalam politik telah diakui oleh Ramlah Adam yang (1994) menyatakan peranan Ahmad Boestamam sangat penting dalam gerakan nasionalisme dan politik Malaysia. Pengaruhnya menjangkau dari tahun 1930-an hingga 1970-an, suatu jangka masa yang lama. Beliau menggerakkan pelbagai persatuan dan parti politik. Tidak keterlaluan jika dikatakan dengan mengkaji peranan Ahmad Boestamam seolah-olah membaca sejarah politik negara ini.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.24 kg
Dimensions 22.8 × 15.2 × 0.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789831004395

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pemikiran Politik Dalam Novel Ahmad Boestamam”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.