Pemikiran Politik dan Ekonomi Barat

Oleh: Makmor Tumin

UM Press (2018)
322 Halaman

RM65.00

In stock

Product ID: 2294 Categories: ,

Buku Pemikiran Politik dan Ekonomi Barat membincangkan asas pemikiran politik dan ekonomi Barat dengan meninjau 3 orang pemikir (Socrates, Plato, Aristotle), seorang pemikir transisi dunia Eropah (Machiavelli), dan 3 orang pemikir teori pakatan social (Hobbes, Locke, dan Rousseau).

Lima orang pemikir lain yang dibincangkan dalam buku ini adalah di kalangan ilmuan yang mempunyai asas ekonomi dalam penghuraiannya tentang sistem pemerintahan;

Mereka adalah Adam Smith, John Stuart Mill, Karl Marx, John Rawls, dan Robert Nozick.

Buku ini adalah satu usaha untuk menghuraikan tentang asas yang digunakan oleh pemikir Barat bagi menghasilkan satu teori pemerintahan yang baik.

Terdapat tiga asas yang dibincangkan; ontologi (berasaskan tuntutan kuasa supranatural seperti Tuhan), deontologi (berasaskan tuntutan fitrah alam semulajadi), dan teleologi (berasaskan tuntutan kehendak manusia dan masyarakat).

Daripada huraian di atas, pengarang berpendapat bahawa adanya gerakan yang menghendaki supaya paradigma ontologi digunakan semula dalam menghasilkan teori politik bukan sahaja disokong, malah amat diperlukan.

Weight 0.525 kg
Dimensions 15 x 1.8 x 22.9 cm
Edition

Format

ISBN

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pemikiran Politik dan Ekonomi Barat”

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.