Pemikiran Politik Islam di Aceh

SHAH RUL ANUAR NORDIN adalah pensyarah di Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Dewan Bahasa dan Pustaka (Cetakan pertama, 2019)
301 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM28.00

In stock

Pemikiran Politik Islam di Aceh memberikan jawapan bagi masalah penyalahgunaan kuasa yang banyak berlaku dalam kalangan pemimpin, penjawat awam dan rakyat. Tiga kitab agung Aceh iaitu Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin dan Salalah al-Salatin mencadangkan penyelesaian bagi kerosakan yang telah dilakukan oleh sistem demokrasi, iaitu melalui proses pendidikan yang berteraskan nilai ihsan dan sentiasa mengingati keperkasaan Allah SWT. Akal budi dan kebijaksanaan Bukhari al-Jauhari, Nuruddin al-Raniri dan Tun Sri Lanang jelas terpancar dalam karya agung mereka ini.

Inti pati daripada karya agung ini dapat mendidik para pemimpin dan rakyat untuk menjadi hamba Allah yang sejati. Buku ini bermanfaat kepada generasi Mukmin masa kini terutama di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei yang yakin bahawa tugas khalifah atau kepimpinan di muka bumi ini adalah suatu amanah daripada Allah dan akan dipertanggungjawabkan di Padang Mahsyar nanti. Pemimpin negara Islam perlu sentiasa berdiri di atas landasan nilai-nilai akhlak dan rakyat dipimpin ke arah mewujudkan sebuah negara yang aman, makmur dan bahagia.

Penulisan ini pada asasnya membahaskan tiga karya penting dalam tradisi pemikiran ketatanegaraan Alam Melayu yang kesemuanya menggunakan kata kunci yang sama, iaitu “salatin” yang bermaksud para sultan atau raja atau penguasa atau pemerintah. Karya-karya ini banyak berkisar di sekitar nasihat dan panduan yang perlu dijadikan teras dalam amalan kepimpinan dan pemerintahan.

Berasaskan kata kunci itu juga, Pemikiran Politik Islam di Aceh cuba menerokai satu perkembangan pemikiran dalam ruang lingkup sistem kemasyarakatan dan kenegaraan atau umumnya sistem politik yang berkembang di Alam Melayu pada abad ke-17 M. Asas kajian ini adalah untuk mengeluarkan sudut-sudut pemikiran yang digarap oleh pengarang kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin dalam konteks sebagai panduan kepimpinan dan kenegaraan. Penulisan ini juga dilihat penting untuk mengenal pasti idea politik pengarang kitab tersebut dalam erti kata sifat dan ciri pemimpin dalam Islam bagi konteks dunia Melayu-Nusantara.

Selain itu, Pemikiran Politik Islam di Aceh akan menjawab beberapa persoalan pokok antaranya, adakah pemikiran politik kitab-kitab salatin yang ada di Aceh pada awal abad ke-17 M sama atau berbeza? Apakah pula kaitan antara kitab-kitab tersebut dengan kitab ilmuwan Islam zaman dahulu (klasik) dan sekarang (moden)? Adakah terputus tali yang menyambung tradisi keilmuan kepemimpinan rumpun Melayu dengan kitab ilmuwan Islam zaman dahulu (klasik)? Adakah ketiga-tiga kitab tersebut memberikan impak yang positif kepada pemimpin dan rakyat setempat?

Dalam konteks keilmuan, penulisan ini diharap dapat meninggalkan suatu legasi dakwah kepada generasi muda Islam. Hal ini disebabkan kitab-kitab akan lahir silih berganti tetapi idea pengarangnya yang membawa perubahan yang baik kepada kehidupan masyarakat Melayu Islam amat wajar dikaji dan dicontohi. Selain menambah pengetahuan dalam bidang kepimpinan buku ini juga dapat memperkaya lagi penulisan tentang dunia Melayu pada abad ke-17 M di Aceh, suatu masa dahulu.

Dalam menyempurnakan Pemikiran Politik Islam di Aceh, penulis menggunakan kitab Taj al-Salatin (2001) dalam tulisan Jawi karangan Bukhari al-Jauhari yang merupakan salinan daripada teks asal. Ia telah diselenggarakan oleh Muhammad Haji Salleh. Selain itu, penulis juga akan menggunakan kitab Taj al-Salatin dalam tulisan Rumi selenggaraan Khalid M. Hussain (1992).

Kitab Sulalah al-Salatin atau Sulalat us-Salatin yang digunakan dalam kajian ini dikenali juga sebagai Sejarah Melayu (dalam bahasa Melayu) dan The Malay Annals (dalam bahasa Inggeris). Kitab yang akan digunakan dalam penulisan ini ialah kitab daripada salinan manuskrip asal bertulisan Jawi selenggaraan Muhammad Yusoff Hashim (1998) berjudul Hikayat Melayu atau Sulalah al-Salatin (IKSEP). Sulalah al-Salatin edisi A. Samad Ahmad (2010) juga digunakan oleh penulis.

Sementara itu, kitab Bustan al-Salatin bab I, II (2004) dan bab III (2008) yang digunakan dalam penulisan ini merupakan selenggaraan Jelani Harun.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.36 kg
Dimensions 21.6 × 14 × 1.6 cm
Edition

Format

ISBN

9789834922849

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pemikiran Politik Islam di Aceh”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.