Out of stock

Pemikiran Pramoedya Ananta Toer Dalam Novel-Novel Mutakhirnya

KOH YOUNG HUN mempunyai pengalaman bertugas sebagai Pensyarah Tamu di Universitas Nasional, Jakarta dan pernah memegang jawatan Profesor di Jabatan Pengajian Melayu-Indonesia, Hangkuk University of Foreign Studies, Seoul. Beliau memperoleh Ijazah Kedoktoran Falsafah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1994.

DBP (Cetakan pertama, 1996)
219 halaman

RM30.00

Out of stock

Pemikiran Pramoedya Ananta Toer Dalam Novel-Novel Mutakhirnya bermaksud mengikuti tanggapan Pramoedya terhadap dunia luar, yang terpancar melalui karya-karyanya. Pembicaraan terhadap novel-novel Pramoedya, bererti membicara dan menganalisis dunia pengalaman dan pemikiran Pramoedya yang tergambar di dalamnya. Seseorang novelis tidak hanya menyajikan kehidupan, tetapi juga intuisi dan tafsiran tentang kehidupan.

Pramoedya Ananta Toer ialah salah seorang sasterawan Indonesia yang penting dalam Angkatan 45. Walaupun beliau tidak bertugas sebagai anggota sidang redaksi penerbitan yang dihubungkan dengan Angkatan 45, dan tidak pula merupakan peserta aktif dalam segala perbincangan saatera yang berlaku sejak tahun 1945, tetapi berdasarkan karya sastera yang dihasilkannya sejak zaman yang diperkatakan ini, maka tidak dapat dinafikan bahawa banyak persamaan terdapat di antara Pramoedya dengan para anggota angkatan 45 yang lain.

Pendapat bahawa beliau merupakan penulis prosa yang terpenting dalam zaman itu, bukan sahaja kerana luasnya persoalan yang dikemukakan dalam semua karya kreatifnya, tetapi lebih-lebih lagi kerana nilai karyanya yang ternyata istimewa dan tinggi, tidak disangkal. Ditinjau daripada aspek inilah maka menjadi amat wajar jika hasil karya sasteranya yang amat tinggi nilainya itu diperkatakan dengan sepenuhnya.

Di samping itu, selepas dibebaskan daripada pengasingan selama 14 tahun sejak tercetusnya G-30-S/PKI, Pramoedya menghasilkan tetralogi Bumi Manusia yang dapat dikatakan pembawa pembaharuan kepada dunia sastera Indonesia yang selama ini kekeringan dalam mencetuskan persoalan-persoalan yang bersifat intelektual dan pemikiran.

Oleh yang demikian, pengalaman lahir batin yang didedahkan dalam karyanya dapat dirasakan juga sebagai pengalaman manusia umumnya. Pengalaman demikian menjadi dasar terpenting dalam menumbuhkan pemikiran Pramoedya, kerana “sesuatu pemikiran tidak dapat diwujudkan daripada keadaan vakum.” Semuanya ini menjadi bermakna apabila karya-karya itu dikaji atau dikritik.

Hashim Awang berpendapat bahawa kritikan kesusasteraan merupakan suatu usaha untuk menilai hasil-hasil ciptaan seseorang sasterawan dengan cara, yang beralasan serta bersistem dan bertujuan untuk mengembangkan sesuatu yang difikirkan baik lagi indah.

Dalam konteks ini, perlu ditegaskan bahawa jumlah kar atau tulisan kritikan sastera di Indonesia adalah banyak, tetapi tidak banyak yang berkualiti. Ini disebabkan oleh sebahagian besar kritikan sastera Indonesia lebih bersifat deskn’ptif, tidak analitik, dan pendekatan yang digunakan, khususnya dalam kritikan novel, banyak terpengaruh dengan apa yang terdapat di Barat atau di Eropah. Di sini, C.W. Watson menegaskan bahawa, “We should seek to analyse the novel in order to reconstruct other themes than the simple adaptation of European models of character and plot.”

Dengan demikian, menyoroti pemikiran Pramoedya yang tersirat dalam karya tetralogi Bumi Manusia menuntut sikap dan pegangan yang tersebut di atas.

Pramoedya sebagai salah seorang sasterawan yang berwibawa di rantau ini, sepatutnya mempunyai jumlah kajian akademik yang banyak terhadap karya-karyanya tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, iaitu jumlahnya amat kecil. Selama ini, hanya beberapa kajian mengenai karya-karya Pramoedya, termasuk satu kajian peringkat kedoktoran yang dilakukan oleh Savitri Prastiti Scherer yang menyoroti karya-karya Pramoedya yang dihasilkan antara tahun 1950-1965.

Belum ada kajian yang menyelidiki tentang pemikiran Pramoedya yang terpantul dalam tetralogi Bumi Manusia. Kajian ini perlu dikerjakan kerana pemikiran Pramoedya yang tersirat dalam tetraloginya itu dapat mendedahkan kita kepada pelbagai pengalaman dan corak pemikirannya yang pernah dijalani semasa beliau ditahan di Pulau Buru selama empat belas tahun dua bulan.

Dengan kajian ini dapat diketahui sejauh mana pemikiran Pramoedya mengalami perubahan berbanding dengan pemikiran yang terpantul dalam karya-karya sebelumnya, dan perkaraperkara baru yang hendak dipaparkan oleh pengarangnya dalam karya ini. Selain itu, dengan merujuk kepada salah satu fungsi kritikan kesusasteraan yang dijelaskan di atas, iaitu “membaiki” salah faham antara pengarang dengan pembaca, kajian ini dapat memberi sumbangan untuk menghapuskan salah faham dan prasangka yang wujud mengenai karya dan pengarangnya.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.400 kg
Dimensions 22.4 × 15 × 1.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789836255174

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pemikiran Pramoedya Ananta Toer Dalam Novel-Novel Mutakhirnya”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.